Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 2 April 2017

Italy - Dec 2016 Milan

Selamat tinggal bumi Swiss, kampung Heidi, the girl from the Alps kami tinggalkan...

Setelah 11 hari menikmati keindahan alam di Switzerland, hari ini (Khamis, 15 December) kami bersiap awal-awal pagi untuk meneruskan pengembaraan.

Perjalanan awal pagi dari Switzerland (Spiez Bahnhof) ke Italy (Milano Centrale) menaiki tren eurocity (EC) mengambil masa lebihkurang 2 jam 30 minit tanpa melibatkan pertukaran tren. Family Pass boleh digunakan (tanpa bayaran tiket perjalanan) sehingga stesen pertama Italy (Domodossola) setelah memasuki sempadan. Bayaran tambahan serta tempahan tempat duduk dikenakan untuk perjalanan dari Domodossola ke Milano Centrale. Urusan tiket ini  dibuat di stesen Spiez sehari sebelum bertolak.


Meninggalkan Switzerland awal pagi.. data mobile (1GB) yang kami beli di Zurich pun ngam-ngam habis..


Tiba di stesen Domodossola... tidak perlu bertukar tren.. tetapi pastikan menaiki gerabak yang betul seperti yang tercetak pada tiket, kerana ada gerabak-gerabak yang tidak menyambung perjalanannya sehingga ke Italy.



Mula memasuki Milan..


Tiba di Milano Centrale...





Tiga hari di Milan kami menginap di bilik keluarga hotel bajet Hotel Bolzano Milan yang ditempah melalui kelab percutian kami. Selain daripada tidak perlu membayar harga tempahan hotel ini (kerana menebus mata ganjaran terkumpul dari percutian-percutian sebelumnya). hotel ini juga terletak berdekatan dengan Milano Centrale (lebihkurang 200m berjalan kaki).


Setelah checked-in di hotel, kami keluar semula untuk mendapatkan Pizza Halal yang kami nampak semasa  keluar dari stesen Milano Centrale. Cheesenya meleleh semasa membawa pulang ke hotel...


Bersiar-siar di kawasan Piazza del Duomo di mana terdapat gereja terbesar di Italy (ke 5 terbesar dunia) Milan Cathedral, juga dikenali sebagai Gothic Duomo. Daripada hotel, kawasan ini tidaklah sejauh mana (2.5km), tetapi kami menaiki Metro M3 (line kuning) dari Milano Centrale.




Yang ini terletak berhadapan dengan Gothic Duomo



Bersebelahan pula adalah Galleria Vittorio Emanuele II


Ada pameran Leonardo Da Vinci di galleria... dan setelah berjalan ke kawasan luar galleria, terdapat binaan tugu Leonardo



Berjalan santai dengan tiada tujuan tertentu, kami sampai ke kawasan outlet-outlet shopping... kebanyakannya butik-butik yang berjenama mewah.. benarlah kata orang bahawa Milan ialah kota membeli-belah bagi yang berdompet tebal dan yang mengikuti arus perkembangan fesyen. Butik-butik fesyen memenuhi hampir keseluruhan kota Milan di setiap penjuru dan koleksi yang terbaharu mesti ada di sini.  Memandangkan perjalanan kami di bumi Italy baru saja bermula dan banyak lagi tempat yang kami akan dijelajahi.. hasrat membeli beberapa barangan sebagai tanda kenangan  kena dilupakan dahulu.  Hari krismas lagi 10 hari menjelang dan jualan akhir tahun pun belum lagi bermula.  Jika datang ke sini kebetulan masa sales, biasanya ialah Jan- Feb dan July- Sept. boleh sawan dibuatnya...




Ini salah satu outlet Jimmy Choo, designer kasut terkenal Malaysia..



Casa degli Omenoni...


Tak ingat dah apa nama shopping complex/mall ni...



Kemudian merayau-rayau di kawasan sekitar...






Balik semula ke duomo square bila dah menjelang malam untuk kembali ke hotel


Keesokan harinya...mencari kedai makan yang sesuai untuk sarapan pagi sebelum pergi berjalan kaki ke Piazza Gae Aulenti






Mencuba pizza restoran italy yang real...  memang tasty.. seakan memanggil untuk berkunjung ke Italy lagi... :)



Fresh seafood corner di salah sebuah supermarket yang kami singgah semasa berjalan kaki balik ke hotel...


Tempat shopping Sarravalle Outlet, berada di luar kota Milan yang akan mengambil masa lebihkurang 1 jam untuk memandu kereta ke sana. Ada juga shuttle bus dengan bayaran Euro20 seorang mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Adalah lagi senang jika menyewa kereta sehari untuk ke sana, terutama untuk yang datang bekeluarga ramai kerana boleh mengikut masa sendiri.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...