We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 22 January 2018

Krismas di Western Australia - Dec 2017

25 Disember 2017

Kami telah merancang itinerari 'sight-seeing' yang tidak memerlukan apa-apa perkhidmatan kaunter dan seumpamanya pada hari Krismas kerana hampir kesemua kedai/perkhidmatan kaunter tiket/pusat tumpuan ditutup pada hari krismas.

Di stesen minyak berdekatan homestay, kami isi petrol penuh-penuh, khuatir kalau-kalau tidak banyak stesen minyak yang beroperasi di sepanjang perjalanan (tetapi bukan begitu kesnya). Lagipun harga seliter petrol lebih murah di hari Krismas.

Hari ini kami menuju ke selatan Perth, ke Canal Rocks, di Yullingup. Dari situ kami ke Busselton Jetty sebelum pulang ke Perth untuk bersiar-siar di bandar Perth pada waktu malam, kalau-kalau ada pesta bunga api. Jarak perjalanan pergi-balik lebihkurang sejauh 550km.


Di dalam perjalanan, baru perasan ladang anggur sedang berbuah lebat dan menunggu masa untuk dituai..

Perjalanan selama 3 jam terasa agak membosankan kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk disinggah.  RnR pun tak ada untuk berehat sambil minum secangkir kopi.



Canal rocks merupakan batu granit (pada hari ini) yang mula terbentuk jauh di bawah permukaan pada 750 juta tahun lepas. Lebihkurang 500 juta tahun lepas supercontinent Gondwana mula terbentuk yang kemudiannya menyebabkan pertembungan bahagian Australia ini dengan benua India.


Ramai juga pengunjung ke sini pada pagi hari krismas..  Dari tempat pakir kereta, tidak jauh untuk berjalan ke jambatan sempit itu.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebelum meninggalkan Canal Rocks..

(berhampiran jeti sebelum meninggalkan Canal rocks)

Kemudian kami ke Busselton....


Tarikan pelancong di sini adalah Busselton Jetty yang merupakan jeti kayu terpanjang di dunia, sejauh lebihkurang 1.8km ke tengah laut. Bagi mereka yang tidak ingin berjalan ke hujung jeti di tengah laut, boleh menaiki keretapi dari darat ke hujung (keretapi ini tidak beroperasi sewaktu kami datang kerana sambutan hari krismas)

  

Di kawasan hampir tengah-tengah jeti... air laut yang berwarna gelap kerana terdapat rumpai laut di bawahnya.

 

Menghampiri penghujung jeti..


Hujung jeti..

 

Selepas Busselton, kamipun bertolak pulang ke Perth untuk ke pusat bandar Perth, kali ini untuk melihat pemandangan disebelah malam pula sebelum balik ke homestay..


Spend masa di tempat yang sama, Elizabeth Quay dan Kings Park.. (link entry Perth) kali ini senang dapat parking, tidak jauh dari tempat meronda.. Parking di sekitar Elizabeth Quay selepas jam 7pm adalah percuma.

 


Merdeka?

 

Pihak Perbandaran Perth berhasrat untuk membina memorial di Elizabeth Quay bagi memperingati tragedi MH370 (berita-berita The West Australian, Perth Now, FreeMalaysiaToday). Tetapi keluarga mangsa tragedi, yang mana 2/3 daripadanya adalah rakyat China, menentang hasrat ini.

 
 

Mula menuju ke arah tempat pakir kereta, untuk ke Kings Park pula..


Sampai di Kings Park, drebar tunggu dalam kereta...



Esoknya rest sikit, tidak perlu keluar awal pagi.. boxing day.. hari menyopping...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...