Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 9 April 2014

Dari Homestay ke Homestay

Selepas dua hari di Cameron Highland, kami memanjangkan perjalanan ke Taiping, Perak. Mengambil laluan Simpang Pulai, kemudian exit tol Changkat Jering, tak jauh dari situ tempat pertama yang dituju ialah restoran mee udang Nur Zetty.  Anak-anak bukan penggemar udang.. mujur ada juga menu lain seperti nasi goreng dan mee goreng.

mee udang.. biasa vs special
Usai menjamu selera, kami menghala ke Kemunting mencari Rayyan Homestay.  Tak salah pilih.. kami selesa dengan suasana homestay Rayyan yang kemas dan bersih.
  
Sebagaimana kami menyediakan homestay yang bersih untuk tetamu kami, begitu jugalah kami mengharapkan bila sesekali kami pula menjadi tetamu.  Sebab ada sesetengah pemilik homestay yang menguruskan secara sambil lewa tanpa menitik beratkan soal  kebersihan.  Takkanlah menginap di homestay kena bawa cadar sendirikan?.  Walaupun bertaraf homestay tapi bila bab kebersihan seboleh-bolehlah biarlah sama taraf dengan kebersihan bilik hotel, supaya tetamu selesa dan berpuashati.



Tujuan sebenar ke Taiping ialah untuk mengambil pinggan Corelle yang dah berbulan-bulan tertangguh.  Pada malamnya Dayah datang ke homestay untuk menghantar Corelle.. selesai sudah.. bolehlah kami keluar makan malam pula. Destinasi yang kami pilih ialah medan selera di belakang balai bomba Taiping.  Di sini ada deretan gerai perniaga melayu yang menjual yong tau fu.  Memang sedap.. pada kuahnya.. taburan kacang.. memang terasa nak datang makan lagi.  Untuk anak-anak yang selalunya tak sama citarasa dengan orang tua, di sini juga ada chicken chop dan lain-lain juga.



Inilah set corelle makcik yang baru.  Yang lain-lain sudah dihantar kepada empunya masing-masing. Makcik memang suka guna pinggan mangkuk corelle sebab ciri-cirinya yang lasak dan ringan.  Set corelle pertama, hadiah dari ibu mertua 27 tahun lalu pun masih berkeadaan elok lagi.








Sekitar Taman Tasik Taiping...













Menyusuri bandar Taiping, Bandar Warisan.. Mengapa dikatakan bandar warisan boleh dibaca disini..





cendol bismillah dan laksa kedah

Bukit Larut @ Maxwell Hill





Hasrat untuk mendaki ke puncak bukit tidak kesampaian kerana tiket untuk perkhidmatan land rover  untuk hari ini sudah habis dijual. Sewaan landrover ke puncak atas dilakukan selang sejam dari pagi (jam 8 atau 9 pagi?) hinggalah jam 4 petang (last trip of the day). Tidak pasti pula bagi pengunjung yang bermalam di Bukit Larut, samada pengangkutan ini disediakan mengikut keperluan ataupun tertakluk juga pada jadual pengangkutan.











Sebelum bertolak balik ke KL, kami singgah di Kuala Sepetang mencari mee udang Mak Jah.  Kiranya pembuka dan penutup di Taiping dengan mee udang.  Bagi saya... antara mee udang Mak Jah dan Mee udang Zetty, selera saya lebih menyukai mee udang Zetty Changkat Jering
suasana di restoran mee udang Mak Jah

Tarikh : 26 Mac 2014

Sunday, 6 April 2014

Makan Angin Di Cameron Highland

Menggunakan lebuhraya Plus Utara Selatan, keluar di tol Tapah untuk menuju ke CH.  Jarak dari Tapah - Cameron Highlang sekitar 60km mengambil masa satu jam setengah untuk sampai.  Ini kerana jalan yang kecil berliku dan mempunyai banyak selekoh tajam, kelajuan kenderaan antara 40-50km/jam sahaja.  Jalan tidaklah sesibuk mana walaupun masih dalam cuti sekolah.  Mungkin kerana ada beberapa jalan pilihan untuk menuju ke CH seperti dari Simpang Pulai dan jika dari Kelantan boleh melalui Gua Musang.

Jika mendaki melalui jalan Tapah, pekan yang pertama akan sampai ialah Ringlet, diikuti dengan Habu, Tanah Rata, Brincang, Keafarm, dan Tringkap.

Singgah membeli petai  di tepi jalan yang dijual oleh orang asli.  Jangan kata petai di sini murah... sama juga dengan KL, harga rm10 seikat untuk 10 keping.  Bila ditawar dapatlah harga rm8.  Sambal bilis petai untuk nasi lemak esok tentu lebih umpp!


Ladang  teh Boh Farlie di Habu

Di sini kita boleh melihat bagaimana cara pemprosesan teh, boleh berehat di restoran sambil menikmati teh dengan kek strawberi atau scone panas dan boleh membeli produk teh di teh shop center.

Saya  berpuas hati dengan teh kualiti eksport yang dibeli disini, terasa keenakan dan keasliaan tehnya.





anak-anak lah yang paling seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai





Dari Tanah Rata menuju ke Brincang, terdapat satu perkampungan tradisional yang merupakan penempatan pertama orang melayu, iaitu kampung Taman Sedia.  Di sini terdapat beberapa agro farm strawberi, ada cafe, dan beberapa unit homestay.  Tentu seronok menginap dalam suasana kampung yang dikelilingi ladang strawberi.  Lain hari saya tentu akan mencari penginapan di sini jika bersesuaian.

YZ Agro Strawberry.. antrara farm yang terdapat di Kg. Taman Sedia
anak-ank seronok dengan aiskrim strawberri malaysia


Pasar malam di Brinchang

Kebiasaannya pada hari Sabtu dan Ahad, tetapi semasa cuti sekolah  ia dibuka pada setiap hari, bermula seawal jam 4 petang  Sesak dengan pengunjung.  Yang  menarik perhatian saya di sini ialah jagung rebus dan ubi keledek rebus yang manis rasanya.  Selain itu sayur goreng ala tempura seperti brokoli, kencum, cendawan dan daun bayam.  Kencum adalah kuntum dari bunga lily.  Rasanyanya manis bunga.. agak unik juga.  Barangan cenderamata juga banyak dijual.  Strawberi dijual mengikut saiz, ada yang 4 pack rm20, 2 pack rm25... dan malam itu anak-anak berkenduri strawberi coklat yang dibuat sendiri di apartment.. makanlah hingga puas..















kencum yang belum dimasak













Cameron Lavender di Tringkap

Bukan sahaja lavender, terdapat juga bunga lain yang bermacam warna cantik berkembang. Tempat ini dibuka pada tahun 2013, bayaran masuk ialah rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak.


self picking fresh strawberry



nak petik bunga sendiri pun boleh.. rm2 setangkai




Sebelum ke Lavender garden, kami singgah di Keafarm untuk membeli sayur-sayuran dan strawberi untuk dibawa pulang.  Bunga segar pun ada.. tapi jangan terpesona sangat dengan bunga awet yang katanya boleh tahan hingga dua tahun, sebab itu cuma janji manis si penjual sahaja.  Hakikatnya 2 minggu pun tak tahan.. harga seikat dijual rm10. makcik adik beradik belilah 5 ikat, percuma 3 ikat.. tapi tipah tertipu rupanya..


bunga awet yang katanya tahan 2 tahun tunggu masa untuk dicampak dalam tong sampah


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...