Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 4 May 2014

SIEM REAP - Part 2, Tonle Sap

Jarak Tasik Tonle  dari bandar Siem Reap lebih kurang 15 km. Tetapi menaiki tut-tut mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai.  Jalan pula setengah berturap dan setengah berbatu, terasa macam naik kuda pula.  Biasanya Salim akan menyediakankan mask penutup muka.  Jalanraya dibina agak tinggi bagi mengelakkan dari dinaiki air semasa musim hujan.  Rumah-rumah kayu.yang ditepi jalan mempunyai tiang yang tinggi untuk  menyamai aras jalan  Walaupun cuaca agak panas, tapi tiupan angin semasa tut-tut melucur dapat mengimbangi suasana dan terasa nyamannya

jalan yang berdebu menuju ke Tonle Sap


Dipertengahan jalan ke Tonle Sap, singgah dulu di ladang teratai.

Salim membelikan saya seikat buah teratai untuk dicuba... kopekkan kelopak teratai tu... di dalamnya ada biji teratai yang lembut dan enak rasanya


adik ini menghadiahkan saya sekuntum bunga teratai.. terima kasih dik..


gadis kemboja yang malu-malu bila saya mengambil gambarnya


bunga teratai digunakan untuk acara keagamaan bagi masyarakat yang beragama Buddha






Pada musim monsoon, keluasan tasik Tonle boleh mencapai 12,000km persegi, tetapi bila musim kemarau begini saiznya, mengecil sehingga  2,500km persegi.  Tasik yang terbesar di Asia Tenggara ini menjadi tempat penyatuan beberapa batang sungai, menjadi sumber pengairan untuk pertanian dan tangkapan ikan air tawar.  Kata Salim tiket menaiki bot  ialah US$15.  Saya pun tak teragak-agak minta tolong Salim belikan tiket sebab saya pernah terbaca sebelum ini yang tiketnya ialah US$20, Lepas mendapatkan tiket kami ke jeti untuk menaiki bot, ikut turutan bot yang ada di situ, satu group tiket  untuk satu bot, tak perlu menungu hingga bot penuh dulu baru jalan.




Inilah bot yang kami naik..
mula-mula Salim kata dia tunggu je.. tapi kemudiannya dia pun ikut sama.. mungkin  senang untuk berkomunikasi dengan tekong bot itu.  Lama juga menyusuri sungai sebelum sampai ke tasik.  Air sungai agak cetek beserta keruh dan sesekali bau hangir menyusup hidung.  Sekarang ni musim panas, dari bulan April hingga Julai. Masa musim hujan dari bulan Ogos hingga December, air tasik akan melimpah hingga paras jalan.
kampung terapung Chong Khneas












Tekong bot biasanya akan bertanya persetujuan kita untuk singgah di sekolah.  Adalah tidak digalakkan untuk singgah kerana disini kita semacam 'dipaksa' untuk menderma dan hasilnya tidak disalurkan dengan betul seperti yang diberitahu.

tengok kat ruang atas bumbung yang terhad tempat anak-anak bermain

Ini cerita pasal topi yang bersusun di rak tu..
how much.. tanya saya.. US$10.. jawab sipenjual...

Saya minta US$5.. tawar menawar dan akhirnya setuju dengan hargaUS$7.. oklah.. boleh pakai esuk semasa ke Angkor Wat untuk peneduh panas...

Dari jauh Salim memerhati... mahal tu kak.. katanya bila saya dah selesai berjualbeli..  boleh dapat US$3 sahaja jika di bandar..


Buaya yang di bela untuk hasilnya..
di bandar Siem Reap banyak kedai yang menjual bag dari kulit buaya
Semasa perjalanan pulang bot pula bermasalah.. tersekat-sekat.. pelahan je geraknya.. itik berenang pun rasanya lagi laju

kesian adik tekong bot ni.. kena tolak bot yang tak boleh dihidupkan... alahai, cetek je airnya...

akhirnya kena minta pertolongan bot lain supaya menarik hingga ke jeti.  Sepatutnya tour boleh selesai dalam masa 1jam setengah berlanjutan hingga 2 jam jadinya





Selesai di Tonle Sap, Salim bawa kami ke kampung Steung Thmey, tak jauh dari bandar, untuk makan tengahari.  Tak semena-mena semasa perjalanan pulang hujang turun dengan lebatnya.. Salim terpaksa mencari tempat berteduh.  Seperti hujan tak mahu reda, Salim menurunkan penutup di kiri kanan tut-tut untuk meneruskan perjalanan.  Dah lama tak hujan, kata Salim.. Alhamdulillah hujan rahmat

Singgah di Restoran Muslim Kitchen.  Beberapa kali membelek menu.. akhirnya kami memilik "daging lembu naik bukit", telur dadar dan sup khmer (sebab kami tak makan ikan sungai). Susah untuk dapatkan makanan laut di sini kerana kedudukan Siem Reap yang agak jauh dari pantai.  Ikan dan udang biasanya dari tasik air tawar

Salim minta diri untuk balik ke rumahnya yang tidak jauh dari situ untuk menukar bajunya yang basah. Setengah jam kemudian dia datang semula dengan membawa pisang goreng.







Suasana kampung muslim Champ di Steung Thmey.
Terdapat masjid, hotel dan beberapa restoran halal di sini.
Penduduk muslim di sini dikira okay juga keadaan mereka,  sumber pendapatan tempias dari hasil pelancungan.  Tetapi yang tinggal di luar bandar agak daif kehidupan mereka.  Selalu masyarakat Malaysia datang membuat ibadat korban.  Kos sara hidup pula agak tinggi.. sewa bilik US$50 didiami bersama isteri dan 3 anak yang masih kecil.  Kos sekolah anak-anak ditanggung tanpa bantuan dari kerajaan beserta harga makanan yang agak mahal.  Kalau di Malaysia RM1 pun dah boleh beli nasi lemak..  ungkap Salim... mungkin terkenang masa dia pernah bekerja kilang di Johor pada tahun 1995 hingga 1998.

Semasa  Salim mengisi minyak tut-tut saya sempat bertanya harga minyak.. 4,500 Riel untuk seliter
(US$1 = 4,100 Riel = RM3.30)

Jam 3.00 petang kami meminta Salim menghantar kami ke hotel..


Tarikh Percutian : 17 April, 2014 hingga 20 April, 2014
Pakej Percutian : Dream Trips

Siem Reap Dreamtrip
Pakej Percutian Siem Reap ditawarkan lagi pada pertengahan Jun 2014
Hubungi kami (HP: 0122077581 / 0129697581) sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DreamTrip ini.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...