We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 2 February 2015

DIY, Craft and Recycle 3.. Selambut

Ada ketikanya... bila rasa rajin...

Batu Seremban @ Selambut

Anak memujuk... minta jahitkan batu seremban...
agaknya dah bosan mengadap permainan moden dan canggih sekarang..
Okie... kita buat sama-sama ya...


potong kain 1.5in X 3in
sebanyak 5 keping



Jahitkan dua penjuru dan biarkan satu penjuru terbuka

bila dibalikkan, jadilah macamni..
dengan satu ruang yang terbuka

saya menggunakan biji kekacang untuk diisi ke dalamnya...
boleh juga menggunakan kacang hijau..

Beras...?  kita guna untuk masak nasi je lah...

Tercari2 juga apa yang boleh digunakan selain dari makanan.. ada tak yang sesuai?



Isi cuma separuh penuh...

kemudian bahagian yang terbuka itu dijahit tangan secara menyerong supaya membentuk segitiga.
















dah pun siap... dah boleh main...
bila tak main simpan elok-elok dalam uncang supaya tak hilang.

Melihat anak bermain,
cara bermain batu seremban pun dah tak sama macam cara kita 40 tahun dulu...
Batu satu hingga batu lima  masih ada persamaannya, kemudian batu enam dan batu tujuh.  Batu lapan disebut hujan dah macam lain sikit. Penyudahnya disebut 'King' pun ada beberapa cara..


Lepas ni Theha dah boleh  buat sendiri kan!!


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...