We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 17 March 2016

Winter di Tokyo, Odaiba

03 Januari 2016

Odaiba adalah sebuah "pulau buatan manusia" di Tokyo, yang asalnya dibuat pada sekitar 1850an untuk tujuan pertahanan (mempertahankan Edo dari serangan laut).

Dari stesen Osaki, kami sampai ke stesen Tokyo Teleport untuk mula "menjelajah" Odaiba.

Dari pagi hingga ke malam, tidak semua lokasi di Odaiba yang kami "target" sempat kami lawati.



Berjalan kaki menuju ke Fuji TV dari stesen Tokyo Teleport...




Bangunan HQ Fuji TV... ditengahnya ada bebola metal gergasi, iaitu Dek Tinjau (Spherical Observation Room di tingkat 25)




Lawatan ke Fuji TV adalah percuma kecuali untuk naik ke Dek Tinjau. Harga tiket adalah 550 Yen untuk seorang dewasa (300 Yen untuk kanak-kanak bawah 12 tahun), dibuka untuk kunjungan setiap hari kecuali hari Isnin dari 10am hingga 6pm
 

Spherical Observation Room



Pemandangan dari atas ...





Pemandangan dari Dek Tinjau...










Sekitar kawasan di dalam Dek Tinjau (Spherical Observation Room).. asyik bergambar dengan karektor-karektor yang dipamirkan...



 

















Mezama Sky di tingkat 24.. menempatkan studio Mezamashi TV, sebuah siaran majalah berita Jepun.. Ia dibuka untuk kunjungan awam kecuali pada waktu-waktu rakaman dibuat. Di antara autograph yang diabadikan di studio ini adalah dari Tim Burton, Tom Hanks, Milla Jovovich, Justin Bieber..









Kemudian turun ke tingkat 5, Fuji TV Wonder Street... menempatkan koleksi items dari tv program yang popular, paparan semua program Fuji TV, karakter anime, wajah-wajah personaliti Fuji TV..





























Turun ke tingkat bawah (Aras 1 Theater Mall), terdapat Fuji TV Drama & Movie Plaza, kedai-kedai cenderamata/item berkaitan dengan program-program Fuji TV dan cafe/restoran..
















("BARATIE", sebuah restoran yang menggambarkan sebuah kapal laut di dalam siri "One Piece", sebuah rancangan anime yang popular di Jepun)









Kereta "Zero emission" di pamirkan di bahagian luar bangunan..




Keluar dari Fuji TV, kami menyusur ke kawasan di mana terdapat replika Statue of Liberty....

 




Kemudian kami ke Aqua City Odaiba, shopping complex yang besar. Tujuan utama adalah untuk mencari sebuah restoran makanan Jepun yang halal.






Tinjau-tinjau shopping sket...

(Gourmet popcorn pun ada)





Dari Aqua City Odaiba.. kami ke Diver City Tokyo Plaza dan sampai ke tujuan kami di tingkat 6.., "Shinshu Sobadokoro Sojibo", restoran halal yang dicari tu... time late lunch... kena register nama.. tunggu giliran nak masuk restoran... terbaca di sijil halal restoran itu juga di iktiraf oleh Malaysia. Paket makanan Brahim pun ada dijual di sini.





"Late lunch" yang kami order...jam dah menunjukkan waktu 3pm, dah boleh dikatakan sebagai waktu makan malam dah.






Round-round plaza Diver City...




Di luar plaza, hari dah gelap.. lebihkurang jam 5.30pm .. berhenti sekejap ambil gambar dengan "giant Gundam"








Mula berjalan untuk ke stesen Tokyo Teleport untuk bagi balik ke apartment di Musashi-koyama.. dari jauh nampak Mega Web dan orang ramai masih berkunjung walaupun hari dah gelap..

Ia merupakan "Car Theme Park".. Toyota showcase. Ada terbaca yang tourist boleh "test drive" kereta toyota di sini dengan menunjukkan lesen memandu antarabangsa. Tetapi kena tahu membaca bahasa Jepun kerana kebanyakan instructions memandu hanya dalam bahasa Jepun..

Oleh kerana masa dah agak suntuk (park dah nak tutup), kami hanya melawat "History Garage" sahaja..










Kereta "Back to the future"...









"Garage" pun dah mula tutup.. berjalan balik menuju stesen Tokyo Teleport untuk pulang ke apartment.. Odaiba saja perlu dua hari nampaknya.. satu museum pun tidak sempat kami lawati di kawasan Odaiba ini.. Hasrat untuk melihat Rainbow Bridge pada malam hari juga kami abaikan kerana dah kepenatan.



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...