Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 26 April 2017

Italy - Dec 2016 Porto Venere


Portovenere adalah satu lagi saranan dari host apartment. Terletak di hujung tanjung, lebih kurang 10km dari apartment, Portovenere merupakan salah sebuah kawasan yang digazetkan sebagai UNESCO Heritage site.

Kami ke sana dengan menaiki bas berpandukan kepada waze bagi mengetahui di mana lokasinya untuk kami turun nanti. Ianya terletak di hentian stesen bas yang paling akhir. Semasa mula-mula hendak menaiki bas dari La Spezia, kami bertanyakan orang tempatan juga untuk memastikan bas yang betul. Kami hampir menaiki bas yang menuju tempat lain pada hari itu. 

Waktu kami sampai, tidak ramai pengunjung kerana musim sejuk. Hujan pula turun renyai2.  Tidak banyak aktiviti pada waktu itu kecuali bersiar-siar di kawasan sekitar. Bot-bot sewaan juga tidak beroperasi.

Ternyata tempat ini sangat mempesonakan.. Gabungan keindahan alam semulajadi dan tinggalan kota lama dari binaan batu lama yang masih utuh teryata sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Laut Ligurian unjuran dari laut Mediteranean yang agak terkepong, menjadikan pukulan ombaknya tidak begitu kuat.   Asyik kami di sini.. apalagi dalam suasana yang tenang kerana tidak ramai pengunjung, cuma ada satu lagi famili lain yang baru sampai ketika itu.  Jauh di bawah dalam air yang sejuk, terdapat satu bayangan manusia yang sedang berenang.. wah dalam cuaca yang sejuk begini pun masih mampu berenang..

Baca kisah Lord Byron yang dulunya berenang menyeberangi teluk Portovenere ini.

 
 
 



 

 
 















































No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...