Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 6 April 2017

Mengapa Travel Insuran Penting

Mengapa travel insurance itu penting...? Ada tiga situasi yang mungkin anda tidak perlukan insuran perjalanan:-

1.  Perjalanan/penerbangan domestik di saat-saat akhir
Anda (mungkin) tidak memerlukan insuran perjalanan dalam situasi ini kerana anda tidak risau kepada pembatalan perjalananan. Perjalanan itu sudah pasti apabila ianya ditempah pada saat-saat akhir. Insuran perjalanan mungkin hanya perlu sekiranya anda tidak sanggup kehilangan bagasi (sekiranya anda ada membawa) dan kehilangan ini amatlah jarang berlaku di dalam penerbangan domestik yang tidak memerlukan pertukaran kapalterbang.
Oleh kerana ianya domestik, anda mungkin telahpun ada medical insurance untuk melindungi kos-kos perubatan kecemasan sekiranya berlaku. 
2.  Perjalanan/penerbangan domestik yang murah
Katalah anda mendapat tiket penerbangan pergi-balik domestik supersaver, RM50 contohnya, dan anda pula akan menginap di rumah saudara mara, ianya tidak berbaloi untuk mengambil insuran perjalanan.  Insuran hanya berbaloi sekiranya anda menempah perjalanan yang mana kosnya anda tidak sanggup untuk rugi begitu sahaja. Begitulah juga situasinya mengenai bagasi (sekiranya ada) seperti mana yang diterangkan di atas.
3.  Sekiranya kos kerugian tidak begitu terkesan kepada anda
Insuran perjalanan hanyalah perlu untuk melindungi/membayar gantirugi kepada anda terhadap kos-kos perjalanan yang anda telah tempah lebih awal. Sekira berlaku pembatalan terhadap perjalanan anda dan anda pula tidak kisah dengan kerugian itu, maka insuran perjalanan adalah tidak perlu dalam situasi ini.
Sekiranya anda meninggalkan negara, anda sepatutnya sentiasa ada sekurang-kurangnya perlindungan insuran untuk keperluan medical (medical insurance yang anda ada tidak akan terpakai di luar negara) dan perlindungan insuran untuk kos emergency evacuation untuk pulang sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

Bila dah berlaku pada diri sendiri barulah dapat hargai tentang keperluan dan pentingnya insuran. Sebelum ini rasa macam bayar for nothing saja bila beli insuran. Ini baru kes kecil  yang tak seteruk macam yang selalu dibaca, seperti jatuh sakit semasa berada di luar negara sehingga terpaksa meminta bantuan  untuk menampung kos yang tinggi.

Kami mula travel (family travel) sejak pertengahan 90an lagi ke pelusuk dunia dan tidak pernah kami mengalami insiden 'pick pocket'. Kami dulu 'survived' subways di France, dan telah juga mengambil maklum tentang insiden 'pick-pocket' di Italy. Sebenarnya kami braced for pick-pocket in Rome, rupa-rupanya kami tewas di Milan.
Insiden yang kami alami adalah, 'pick-pocket', di mana kami kehilangan wang tunai (matawang asing) semasa menaiki keretapi dari Milan Centrale menuju ke La Spezia. Dompet kami mengandungi wang tunai dan tiket-tiket perjalanan seterusnya. Kami rasa kejadian ini berlaku semasa sedang mengangkat beg-beg dari lantai ke tempat letak beg. Dompet yang berada di dalam poket sebelah dalam jaket dicopet entah bila. Sedar-sedar zip jaket telah terbuka dan dompet hilang tanpa disedari langsung. Memang mereka sangat licik. Walaubagaimana pun, dompet ini di temui semula di bahagian tandas keretapi, dengan wang tunai lesap tetapi tiket-tiket perjalanan seterusnya tidak di ambil.
(Milano Centrale)
Perkara pertama yang kami lakukan setelah sampai di destinasi ialah bertanyakan host apartment kami balai polis yang terdekat. Laporan dibuat pada malam itu juga dengan tujuan untuk mendapatkan satu salinan laporan polis. Di balai polis (stesen La Spezia) kami mengisi borang laporan dan menceritakan kejadian kehilangan wang tunai tersebut. Nyatakan jumlah wang termasuk matawangnya (kes bagi melibatkan matawang Euro dan CHF) yang hilang tersebut. Paspot diperlukan semasa membuat laporan.

Apabila keluar negara, kami akan membeli travel insurance secara online. Untuk lebih senang, klik saja 'Yes' kepada tawaran yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan semasa menempah tiket kapalterbang. Kami tidak pernah membeli insuran semasa menempah tiket penerbangan. Bagi kami, perlindungan insuran yang lebih komprehensif serta lebih kompetitif (dari segi harga) boleh didapati dari syarikat-syarikat insurance dan boleh dibeli secara online.

Pilihlah plan perlindungan, selalunya dengan meneliti nilai perlindungan (RM) yang sesuai bagi anda. Selalunya kategori perlindungan adalah standard (cuma had nilai perlindungan saja yang berlainan), antaranya :-
1. Personal accident
2.  Medical and other expenses
3.  Hospital allowance
4.  Baggage and personal effects
5.  Loss of money and/or travel documents
6.  Delayed baggage
7.  Travel delay
8.  Personal liability
9.  Loss of deposit or cancellation/ curtailment
10.  Hijacking

Bagaimana membuat tuntutan insuran...

Tuntutan insuran dibuat sebaik saja kami kembali ke Malaysia, iaitu lebihkurang 2 minggu selepas laporan polis dibuat. Pastikan insuran perjalanan yang dibeli ada memberi perlindungan terhadap kehilangan wang tunai akibat kecurian (standard travel insurance selalunya ada perlindungan ini). Dalam kes kami, kerugian wang/cash diganti penuh oleh pihak insuran (kerana tidak melebihi had perlindungan).

Setelah sampai di Malaysia, kami melaporkan tuntutan insuran dengan menelefon syarikat insuran. Komunikasi seterusnya adalah melalui emel. Tidak payah proses membuat tuntutan. Email pagi, tengahari dapat emel meluluskan tuntutan.

Dokumen yang diminta oleh pihak insuran (imbas dokumen kemudian hantar melalui emel) adalah:-
1.  Nyatakan no polisi insuran
2.  Borang tuntutan yang diisi butirannya
3.  Laporan polis di negara kejadian
4.  Tiket penerbangan pergi-balik dari Malaysia
5.  Boarding passes

6. Slip tukaran wang asing (simpan resit tukaran wang asing ini sehingga habis percutian/tidak diperlukan lagi). Kami kemukakan beberapa slip tukaran wang RM-Euro dan RM-Swiss (CHF)

7.  Butiran peribadi 
8.  dan lain-lain dokumen as necessary (akan diberitahu oleh pihak insuran nanti)
Semua dokumen yang diminta dapat kami sediakan dan lebihkurang beberapa jam selepas itu kami mendapat emel yang meluluskan tuntutan kami (semua kehilangan matawangan asing kami seperti yang ternyata dalam laporan polis dibayar gantiruginya dengan menggunakan kadar tukaran wang asing sepertimana yang tercatit dalam slip money changer). Lebihkurang seminggu lebih selepas kelulusan tersebut, kami menerima cheque tuntutan (ribuan juga nilainya) tersebut melalui pos.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...