Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 14 April 2017

Italy - December 2016 Lucca

Perjalanan seterusnya, dari Pisa Centrale kami menuju ke Lucca yang terletak lebih kurang setengah jam perjalanan keretapi.

Kami sampai di stesen Lucca dan dari sini kami berjalan kaki melalui taman untuk menuju ke Torre delle Ore and Torre Guinigi yang disarankan untuk dinaiki. 



Di stesen inilah semasa memesan tiket perjalanan balik ke La Spezia di kaunter, dia tersilap dengar nama stesen (faktor bahasa) lalu print tiket yang salah. Perasan apabila jumlah bayaran diminta adalah berlainan dengan jumlah yang dipaparkan di app Trenitalia. Setelah menyedari kesilapan itu, dia menukar semula tiket perjalanan sebagaimana yang dikehendaki. Peramah, tidak merungut sepertimana yang digambarkan dalam reviews pembelian tiket keretapi Italy di kaunter-kaunter.


Landskap yang menarik... Tidak begitu ramai pengunjung, agaknya mungkin tersasar dari perhatian pelancong.  Kami pun mengetahui tempat ini setelah disarankan oleh host kami di La Spezia.














Hendak mencari restoran untuk makan tengahari tetapi tidak jumpa yang sesuai...  Italy, terkenal dengan pizza dan pasta.. anak-anak juga sangat sukakan gelato (aiskrim).


Melalui 'pasar'....




Merayau di celah-celah banguna menuju ke Torre Guinigi


Torre Guinigi yang disarankan untuk dinaiki. Tetapi kami tidak menaikinya kerana tak larat nak panjat tangga (tak ada lift)


Mula keluar kawasan untuk pulang ke stesen Lucca...


Keluar ikut jalan terowong bawah tanah....


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...