Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 30 October 2017

Northern Europe Part 1 - Flight Delay, apa yang perlu dilakukan?


Ketibaan - 10 & 11 Oktober, 2017

Percutian kami kali ini bermula dengan penerbangan KLM yang sepatutnya berlepas dari KLIA pada jam 11:20 malam, Selasa 10/10/2017 menuju lapangan terbang Schiphol, Amsterdam (untuk transit selama 2jam 30 minit) dan seterusnya ke lapangan terbang Arlanda di Stockholm, Sweden yang sepatutnya tiba jam 10:30am waktu Sweden, keesokan harinya.

Segalanya seperti biasa sahaja sehinggalah kami menerima mesej di Messenger/Whatsapp/Email dan juga pengumuman bahawa penerbangan kami dijadualkan lewat kerana kelewatan tiba pesawat dari Jakarta.


Kami pernah mengalami insiden kelewatan penerbangan sebelum ini, tapi inilah pengalaman pertama kali kami terlepas connecting flight dan juga pertama kali kami sampai ke destinasi tanpa bagasi.

TIPS : Pilih saluran komunikasi di website syarikat penerbangan sekira ianya ada disediakan. Ini dapat membantu penerimaan info serta membolehkan anda berhubung/berkomunikasi dengan syarikat penerbangan dengan lebih pantas sekiranya perlu. Kami memilih semua saluran yang ada iaitu; FB messenger, Whatsapp dan Email selain dari telefon untuk tujuan ini. Boleh dikatakan kami dapat berhubung secara 'LIVE' melalui FB messenger/Whatsapp sepanjang episod kelewatan penerbangan ini.

Contoh komunikasi melalui whatsapp dengan KLM sebelum berlepas:-

(Whatsapp)
Contoh komunikasi melalui FB Messenger dengan KLM setelah mendarat di Amsterdam:-

(FB messenger)
Jam 00:53 tengah malam (dah masuk hari lain pun) masih belum lagi nampak bayang pesawat di balai berlepas.  Apabila kami berbual dengan pramugari serta pilot pesawat semasa menunggu di balai berlepas, mereka memberitahu bahawa connecting flight kami akan ditempah secara otomatik apabila sampai di Amsterdam, tetapi pilot memberitahu bahawa dia akan cuba terbang untuk sampai seawal mungkin dengan harapan kami tidak perlu terlepas penerbangan seterusnya. Pihak KLM menyediakan minuman serta snack percuma sambil menunggu pesawat yang belum lagi sampai.

Akhirnya kami berlepas hampir jam 2 pagi dan ianya sudah pasti kami akan terlepas connecting flight di Amsterdam yang dijadualkan berlepas jam 8.30pagi waktu Amsterdam.

Terjaga di pertengahan pernerbangan, snap foto kat screen.. 


Jam waktu tempatan menunjukkan 8.15am ketika mendarat di Amsterdam, tinggal 15 minit lagi sebelum connecting flight ke Arlanda, Stockholm akan berlepas.  Keluar saja dari pintu pesawat, petugas KLM menunggu dengan memegang papan tanda meminta kami berlari ke pintu berlepas.

15 minit?? persoalan dalam kepala. Kena scan nak masuk balai berlepas lagi, kena lepas check point imigresen lagi dan.... balai berlepas? Mak datuk! ada dalam 1 km kot dok berlari? Anyway, kami fikir connecting flight pun mungkin delay kot? Lalu kamipun bergegas la juga. Pegawai di imigresen check point (setelah memberitahu beliau situasi yang kami hadapi) siap bagi laluan VIP lagi kepada kami. 

Sampai di pintu berlepas, 8.45am... pesawat dah tiada. Hampeh!

Kami kemudian terus ke travel desk dan di situ kami mendapat tahu bahawa tiada pun otomatik rebooking flight dibuat untuk kami akibat kelewatan itu.

Minta petugas KLM book mana-mana flight yang ada untuk sampai ke Stockholm selewat-lewatnya jam 1 tengahari kerana kami ada connecting ferry pula di Stockholm untuk ke Helsinki, Finland (destinasi pertama kami untuk percutian ini). Tiket ferry pun dah beli lama dulu.

Ada satu flight jam 11pagi ke Arlanda, Stockholm... cantik!! tapi ada satu seat saja yang tinggal! Waduh!! Kami hanya ada satu option sahaja hari itu, iaitu terbang ke Helsinki, Finland dan dari sana terbang balik ke Arlanda, Stockholm, ETA 2pm. Otherwise kena tidur kat Amsterdam, ambil penerbangan esoknya. Alamak!!

Banyak benda nak kena timbang dalam kepala. The only option yang ada ni pula, tinggal 45minit lagi sebelum flight berlepas ke Helsinki.
  • Tidur di Amsterdam? No way!
  • Pergi ke Helsinki saja, tak payah balik ke Stockholm, hanguskan cita-cita dan naik cruise Baltic Sea ke Helsinki... tapi bagasinya pula macamana? KLM kata bagasi akan bersama kami dari Amsterdam ke Helsinki dan ke Arlanda, Stockholm... aarrgghh!!
  • Nantikan sampai lewat ke Stockholm, terlepas ferry pulak, macamana? Tidur kat Stockholm? Tiket ferry hangus, ada ke transport lain ke Helsinki atau nak kena tidur di Stockholm pula?
Macam manapun kami terpaksa ambil the only option yang ada. Semua kos penerbangan ini ditanggung oleh KLM. Kami dijadualkan mendarat di Arlanda, Stockholm jam 2.10pm. Waktu Helsinki dan waktu Stockholm berbeza sejam.. perbezaan waktu itupun kami kena teliti betul-betul sebelum buat keputusan.


Terus ke pintu berlepas... alamak!! Flight delay juga!!! Tapi mujur hanya 10 minit delay. KLM 1167 ke Helsinki, Finland memakan masa 2jam 20 minit penerbangan.


Mendarat di lapangan terbang Helsinki, kami mempunyai masa lebihkurang setengah jam lagi sebelum pintu pelepasan ditutup. Nasib baiklah pintunya tidak jauh sangat dari pintu ketibaan. Kali ini kami menaiki penerbangan Finnair pula untuk ke Arlanda, Stockholm yang memakan masa selama lebihkurang satu jam penerbangan.

 

Mendarat di Arlanda, tunggu punya tunggu sehingga belt bagasi berhenti berputar, kami dapati bagasi kami tiada.  Dua beg semuanya, yang checked-in semasa di KLIA. Staff yang bertugas di kaunter pun pening bila diberitahu kami tiba dari Finland, dan kemudian rushing nak ambik ferry ke Finland pula... aahh.. apa-apalah.. yang sebetulnya kami tak punya banyak masa untuk tunggu bagasi di situ.

Terus buat report kehilangan luggage. (PIR -Property Irregularity Report).  Bagasi akan dihantar ke alamat hotel di Finland.


Selesai urusan laporan, jam ditangan menunjukkan 2:50pm. Terminal ferry terletak di bandar Stockholm, 50km jauh dari Arlanda airport. Tanpa bagasi, laju aja kami bergegas keluar airport, terus ambil teksi yang pertama yang ada di luar. Ada lebih kurang sejam lebih untuk sampai ke terminal ferry. Drebar teksi kata, "oh yes.. we should be there in 45 minutes"..legaaa!!!


Rancangan asalnya (sekiranya tiada kelewatan penerbangan), kami akan ke terminal ferry dari Arlanda dengan menaiki bas ke pusat bandar dan dari situ samada menaiki metro/tram ataupun teksi ke terminal ferry (dalam 3.5km dari pusat bandar). Mengikut jadual asal kami sepatutnya ada banyak masa (4jam) untuk ke terminal ferry dari Arlanda. Dan kosnya dianggarkan dalam RM100 lebih sahaja untuk kami berdua. Kos teksi yang kami naiki hari itu adalah Euro$80, 4 kali ganda lebih mahal dari yang dirancangkan.

Teksi di Stockholm terkenal juga dengan scam. Masa tu kami tak sempat pun terfikir semua itu walaupun pernah terbaca tentangnya.  Bila ditanya apakah boleh dibayar dengan kad.. katanya ya.. tapi bila sampai ke destinasi mesin kad tidak dapat digunakan dan kami terpaksa membayar dengan Euro kerana belum mempunyai matawang Krona Sweden (SEK). Tapi di dashboard teksi itu adalah juga dia letak notis harga minima dan maksima dalam SEK. Sebelum berlepas pun drebar teksi itu dah bagi tahu harga, cuma bila bayar dalam euro tu lebih mahal sedikit nilai tukaran matawang sekiranya dibangdingkan nilai SEK. Kami diberitahu kemudiannya, supaya memilih teksi yang berwarna hitam yang ada tertera nombor telefon dipintunya sekiranya hendak menggunakan perkhidmatan teksi di Stockholm.

Sampai di terminal ferry. Guna nombor tempahan semasa bila online dulu, kami dapatkan pass masuk ke ferry menggunakan mesin ini di terminal ferry Stockholm.

 

Sampai masa untuk berlepas ke Helsinki menaiki ferry menerusi Lautan Baltic.. sehelai sepinggang dengan hanya beg kandar, tanpa bagasi..


Viking Lines, MS Mariella..


Ini cabin tidur untuk malam ini...


Pemandangan dari MS Mariella semasa meninggalkan Stockholm..


Ikea, Sweden..


matahari semakin terbenam...


Makan malam kami di coffee cafe MS Mariella...


Ini pandangan dari atas, ruangan utama/lobi MS Mariella


 Tengah malam terjaga, ferry singgah sebentar di port mana entah..


Ini waktu pagi-pagi lagi, orang lain masih nyenyak tidur.. kami bangun untuk melihat matahari mula muncul... keadaan gelap serta sejuk di luar Captain's deck, deck yang paling atas..


Sarapan pagi dengan panorama terbitnya mentari...


 Sampai ke terminal ferry di Helsinki, Finland


Berjalan kaki ke apartment hotel yang terletak lebihkurang 400 meter dari terminal ferry... Kami akan menginap di situ selama 4 malam di Helsinki..


TIPS : Elok simpan segala dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan, itinerari penerbangan, boarding pass, tag bagasi, resit-resit pembelian barangan/perkhidmatan, dokumen komunikasi seperti emel, laporan dan lain-lain sehingga anda selamat pulang ke tanahair dan tiada apa-apa lagi perkara yang perlu di followup. Ini penting especially apabila anda ingin membuat tuntutan insuran. Kami mendapat pengalaman pertama berkaitan ini semasa bercuti di Milan, Itali dulu.

Dimasa hadapan, sekiranya perlu mengambil penerbangan KLM dan transit di Amsterdam, kami mungkin akan mengambil masa transit sekurang-kurangnya 3 jam... dalam keadaan biasa pun sekurang-kurangnya 1 jam (lebih kalau musim ramai orang) untuk melepasi scan masuk dan imigresen check point.

Saturday, 7 October 2017

Berkunjung ke Ipoh, September 2017

Selepas Jumaat (15/09/2017) kami bersiap-siap untuk bertolak ke Utara bagi menghadiri majlis akad nikad waris yang diadakan pada keesokan harinya. Target sampai sebelum maghrib tetapi terlewat 2 jam kerana ada kemalangan di terowong Ipoh dan juga hujan lebat semasa kami mula sampai ke Juru (jam di tol Juru). Diberitakan ada banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Penang (Pulau).

Tidak lama selepas keluar dari tol, kami singgah di gerai Ida Mee Udang Sg. 2. Kami pernah sampai di Kepala Batas beberapa tahun dahulu, dan pernah menikmati Mee Udang yang lokasinya ke dalam sikit di tepian sebuah sungai. Tidak ingat dah macamana nak ke sana, lagipun hari telah malam untuk mencari-cari tempat. Sos udang di gerai Ida Mee Udang Sg. 2 ini sedap.


Majlis akad nikah dilangsungkan di masjid Jamek Tasek Gelugor pada kesokan harinya.


Selepas majlis akad, kami menghadiri majlis jamuan di rumah pengantin sebelum check-out dari homestay selepas tengahari untuk bermalam di Ipoh.

Dalam perjalanan, singgah di Design Village Outlet Mall yang terletak di Batu Kawan (Bandar Cassia). Outlet Mall ini baru disiapkan dan masih belum lagi dipenuhi keseluruhannya dengan pelbagai outlet. Sempat juga beli kasut di Outlet G-62 di sini, harganya lebih murah dari online store Obermain.


Perjalanan ke Ipoh tidaklah jam dalam cuaca baik, tidak seperti hari semalam. Tiba di hotel Eastana sebelum maghrib, sebuah hotel bajet untuk tidur semalaman sahaja. Kami menempah dua bilik, (walaupun ada bilik family) atas faktor dua bilik air, yakni, tidak lama sangat menunggu giliran untuk mandi kalau ianya hanya satu bilik air di bilik famili. Hotel ini berdekatan dengan Kinta Riverfront, boleh saja berjalan kaki untuk ke situ.


Sesudah refreshed, kami keluar untuk makan malam. Sebelum itu, merayau dulu di Gerbang Malam Ipoh, yang terletak di Jalan Tahwil Azhar.  Kiranya sebuah pasar malamlah, beroperasi setiap hari 8.00pm hingga 3.00am.


Beli limau bali untuk dibawa pulang.. harganya berbeza mengikut saiz buah dari RM10 hingga RM25 sebiji.

 

Bertanyakan kepada En. Google, beberapa tempat makan yang dicadangkan.  Kami memilih di 21 Grilled untuk makan malam.  Sebenarnya kami merayau dulu di Kinta Riverfront berdekatan dengan hotel tetapi rupanya restoran itu telah pun berpindah.  Lalu kami pergi ke cawangannya di Taman Cempaka selepas merayau di Gerbang Malam.

Kopi aisnya (beli asing dibahagian depan sebelah luar restoran) dalam gelas besar, minum 2 orang tak habis (RM7?) 


Bahagian dalam restoran...


Nasiblah kami sampai awal sikit, tanpa membuat tempahan awal ada 1 meja kosong ngam untuk kami berempat.  Kemudian semakin ramai orang yang datang.  Order monster burger (potong lapan), cukup untuk makan 4 orang. Harganya amatlah berpatutan (murah bila dibandingkan harga 4 biji burger di restoran KL) Ada sorang tu order lagi lamb chop.. makan tak habis lalu minta staff  bungkus untuk dibawa balik hotel (charge RM3 untuk beli bekas bungkusnya).
 

Esok paginya, terus check out hotel untuk mencuba breakfast di restoran New Hollywood. Lihat dari luar memanglah kelihatan seperti sebuah restoran china seperti biasanya, tapi yang ini adalah halal.


Bila sampai, orang sudah penuh dan ramai yang beratur menunggu meja. Sempat menjeling ke arah masakan kuew tiaw goreng dan char kuey, tetapi terpaksa telan air liur saja sebab kami kesuntukan masa dan mengambil keputusan untuk breakfast di restoran lain yang tidak ramai orang. Lalu kami pergi ke restoran Pelita yang terletak tidak berapa jauh dari situ.

Selepas breakfast, kami ke bangunan KTM Ipoh...


Berdekatan di situ adalah Masjid Negeri...


Juga tidak jauh dari situ, kami menyusur ke Art of Old Town Ipoh...  Mural dinding di sini diinspirasikan daripada budaya masyarakat Ipoh


Kemudian kami meninjau ke Pasar Karat (Loken) Ipoh..  Bukan sahaja barang karat (terpakai) yang dijual tetapi pelbagai jenis barang pun ada.  Pasarnya agak panjang dan pengunjung pun ramai, sesak sangat...


Meninjau kawasan-kawasan Gerbang Malam, Pasar Karat, Art of Old Town dan amnya keseluruhan Bandar Ipoh, kami dapati kebersihannya terjaga. Tidaklah nampak sampah sarap dibuang merata, sebuah pandangan yang agak lazim di pasar-pasar di Malaysia. Syabas Ipoh!

Akhirnya sebelum tengahari, kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang, yang terletak 6km dari bandaraya Ipoh, itinerari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Kawasan gerbang masuk... sekitar kawasan masuk terdapat banyak kawasan untuk meletakkan kereta...


Beli tiket bot (RM3 seorang, 12 tahun keatas) untuk menyeberang ke kawasan Taman rekreasi...


Sampai ke seberang... Taman Rekreasi Gunung Lang... kami menghabiskan masa bersantai di dalam taman.. tempat yang sesuai untuk riadah, jogging dan sebagainya termasuk berkelah (cuma, kalau berkelah membawa makanan tu, jaga-jagalah kebersihan taman ye!).  Berlatarkan kehijauan alam semulajadi, tamannya menarik, teduh dan bersih terjaga.. sebuah tandas di kawasan hujung taman yang kami masuki pun nampak terjaga  bersih, walaupun agak gelap sikit kerana tak buka suis lampu..


Boleh kot minta kebenaran untuk bermalam di sini? Rumah tradisi kosong...


Basikal juga boleh disewa di taman ini...


Pandangan dari menara..


Teduh serta nyaman...


Ada juga zoo kecil di taman ini...


Menuju ke jeti bot untuk kembali ke seberang gerbang masuk Taman....


Pulang ke KL selepas tengahari... sebenarnya sudah lama kami tidak berkunjung ke Bandar Ipoh.. sering kali melaluinya tapi tidak pernah singgah..  Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati, membuatkan kami bercadang untuk berkunjung ke Perak lagi...




Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...