Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 4 October 2017

Hari akhir percutian keluarga di Bangkok, Ogos 2017

Day 6,  Rabu - 30/08/2017

Spa sememangnya dalam itinerari percutian. Cadang nak pergilah tempat spa yang best sikit, malangnya aras tunai yang ada dalam poket sangat terhad. Memandangkan kena reserve cash untuk bayaran teksi ke Airport dan bayaran dinners kat hotel semasa check out nanti, terpaksalah meronda spa-spa yang berdekatan dengan hotel. Urusniaga menggunakan kad kredit agak terhad di sini, ringgit pun tak bawa banyak untuk ditukarkan.

Hari ini relaks sikit, turun lambat untuk sarapan sebelum keluar berjalan-jalan meronda di Ramkhamhaeng. Google spa di Ramkhamhaeng, tidak nampak yang menarik yang dalam lingkungan jalan kaki. Semasa keluar hari itu, ada ternampak satu spa yang agak menarik di salah satu lorong di kawasan berdekatan. Ronda-ronda mencari spa ini, singgah dulu di The Mall Ramkhamhaeng 3. Di sini nampak banyak walet kulit yang berjenama, tetapi harganya harga ori. Selama meronda di area Ramkhamhaeng ni pun tidak terjumpa walet kulit berjenama yang tiruan punya.

Ini dia spa yang nampak semasa teksi membuat 'short-cut' mengelakkan jam hari tu. Spa ni tidak keluar dalam list bila googled tadi.


Masuk tanya samada boleh guna kredit kad sebagai bayaran... "line problem" pulak katanya. Kira-kira cash yang ada, cukupla lagi untuk ambik basic spa (urut kaki dan badan, dua sejam setiap orang). Menu spa yang lebih-lebih sikit tu tidak cukup cash nak bayaran.

Spent dua jam kat sini, best juga urutan kaki (1 jam) dan badan (1 jam).  Tempatnya walaupum kecil tetapi bersih dan kemas. Boleh rekomen. Salah seorang yang mengurut tu (boleh bertutur bahasa) cerita, dia dulu pernah kerja di Rawang.

Lepas spa, balik semula ke hotel untuk early dinner. Kemudian packing semua, bersedia untuk check out pada jam 3 pagi esoknya.

Day 7,  Khamis - 31/08/2017



Dalam jam 3.30pagi, settled urusan check out di kaunter. Tidak dapat juga bayar dengan kredit kad. Ada deposit THB500 diambil oleh hotel semasa check in dulu, kena tambah sikit lagi THB untuk menjelaskan semua bayaran bil hotel (dinners)

Oleh kerana setiap orang ada bagasi, maka kami tempah 2 buah teksi untuk ke lapangan terbang Suvarnabhumi pada pagi itu. Kalau nak tempah teksi besar (van), ianya perlu dibuat sehari sebelum kerana van tersebut akan datang dari airport. Bayarannya THB800.

Hotel suggested kami mengambil dua buah teksi yang boleh saja dipanggil ke hotel pada pagi buta itu (hotel telefonkan). Dua orang, satu teksi menuju ke lapangan terbang Suvarnabhumi, menaiki MAS MH797 yang dijadualkan berlepas ke KLIA pada jam 6:00pagi.

Bayaran teksi (menggunakan meter) adalah kurang sedikit dari THB200 sebuah. Kira kosnya THB400 (keep the change) berbanding dengan teksi van THB800. Agaknya dikira sebagai dua-hala kot untk ambil kami di Ramkhamhaeng ke airport sebab masa kami sampai dulu, drebar teksi ambil THB400 (tak guna meter) untukmenghantar kami ke hotel dari airport.

Lebihkurang lokasi rondaan kami semasa percutian keluarga di Bangkok kali ini:-


Tiada kelewatan penerbangan dan kami tiba di KLIA pada jam 9:10 pagi (waktu Malaysia) pada hari Merdeka.  Sesampai di rumah kami bersiap-siap untuk pula ke kampung untuk menyambut hari raya haji dan hari keluarga TAMMAN.




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...