Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 30 September 2017

Asiatique Riverfront, Bangkok

Day 5b, Selasa - 29/08/2017

Walaupun lebihkurang 6km sahaja dari Esplanade Mall untuk ke Terminal 21, perjalanan teksi adalah juga dalam setengah jam lebih untuk sampai.

Terminal 21 adalah salah satu pusat membeli belah yang agak 'high end / mahal sikit', di mana rekabentuknya berkonsepkan terminal lapangan terbang. Kami mendapat info bahawa ada sebuah gerai 'HALAL' di foodcourt Terminal 21, tetapi semasa kami pergi, gerai tersebut telah tiada lagi. Kami tidak jumpa pun gerai/restoran Halal di sini. Apabila kami google 'restoran halal', ada keluar 'Tony Roma' sebagai restoran halal di dalam Terminal 21 ini, tetapi ternyata ianya tidak halal apabila kami pergi periksa. Terdapat beberapa buah restoran halal dalam lingkungan 1km / 2km di kawasan ini yang kebanyakannya menyediakan menu masakan timur tengah.


Untuk mencuba BTS buat kali pertama, kami mulakannya di stesen Asoke, yang berada di luar Terminal 21.  Kami menggunakan mesin untuk membeli tiket ke Siam Station (Sukhumvit Line), dengan harga THB112 untuk 4 tiket perjalanan sehala. Tidak dapat tempat duduk kerana ramai orang menggunakan perkhidmatan ini.


Sampai di Siam station, kami meronda-ronda sekejap di kawasan Siam Paragon dan Siam Square sebelum menaiki BTS untuk ke Saphan Taksin station (Silom Line). Di sini kami membeli tiket di kaunter pula. 

(shot dari stesen Siam)
 

Di luar stesen Saphan Taksin, ada jetty bot Sg. Chao Phraya untuk ke Asiatique Riverfront. Ada bot yang berbayar (jadualnya lebih kerap), ada juga boat percuma (jadualnya setengah jam sekali?). Di Jetty, ada yang menjual tiket boat untuk ke Asiatique. Bila ditanya 'Free Boat', dia kata 'No free, no free'. Bila ditanya lagi, ditunjukkan tempat menunggu lain, 'You wait 1 hour', katanya lagi.

(Shuttle boat information ini diambil di jetty Asiatique Riverfront)
Antara foto-foto perjalanan boat dari jetty di Saphan Taksin ke jetty Asiatique Riverfront menerusi Sg. Choa Phraya.

 
 
 
 
 

Meronda di Asiatique Riverfront..

 

Kami tidaklah menonton persembahan di Calypso ini, tidak ada dalam itinerari kami walaupun dicadangkan...(salahsatu video di youtube)..


Selepas habis meronda, kami berjalan mengikuti pandu arah untuk mendapatkan teksi bermeter untuk pulang ke hotel. Ada satu mamat tu offered kami teksi (tidak payah beratur). Bila diberitahu lokasi hotel kami di Ramkhamhaeng, dia quote THB700.

Kami terus beratur di kaunter untuk mendapatkan teksi bermeter. Untuk servis ini mereka charge THB20 (resit dikeluarkan).  Mereka dapatkan sebuah teksi bermeter. Ceritanya pula, selepas keluar dari perkarangan Asiatique, drebar teksi tidak mahu menggunakan meter dan meletak harga 300B.  Kami tak setuju dan dia meminta kami menaiki teksi lain dengan alasan jam di Ramkhamhaeng. Kami menolak dan meminta drebar itu u-turn menghantar kami balik ke kaunter teksi dengan memberi alasan kami telah membayar servis charge untuk mendapatkan teksi bermeter di kaunter tadi. Akhirnya drebar itu menghantar kami ke hotel dengan muka masam dan kami benarkan dia memilih jalan lebuhraya (kami setuju tanggung kos tol sebanyak THB50). Sampai di hotel, meter menunjukkan harga THB168.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...