24/06 Ahad : Kuala Lumpur ke London (Gatwick)
Bermula dengan penerbangan 10.30pagi di KLIA (
GMT+8), menaiki pesawat
Emirates menuju ke
Dubai International Airport (DXB), lebihkurang 7 jam penerbangan. Transit di DXB (
GMT+4) selama lebihkurang 2 jam sebelum bertukar menaiki pesawat Emirates lain untuk ke London Gatwick (lebihkurang 8 jam penerbangan).
Bermalam di LGW (
GMT+1) untuk menunggu menaiki pesawat seterusnya pada awal pagi keesokan harinya. Ada sebuah bilik khas yang disediakan sebagai tempat beribadat untuk kegunaan bersama penganut-penganut agama Islam, Kristian dan lain-lain.
Bermula jam 10 malam, 'self-check in luggage / bag-drop' telah dibuka untuk kami check-in bagasi. Semasa check-in bagasi, tidak ramai orang yang 'check-in' bagasi berbanding keesokan harinya di mana terdapat barisan panjang menunggu giliran. Kami dah agak situasi ini melalui
pengalaman kami sebelum ini, menaiki penerbangan EasyJet. Ini kali kedua kami menaiki pesawat
EasyJet. Seelok-eloknya tibalah di lapangan terbang 4 atau 5 jam sebelum waktu berlepas (
sila baca ini) sekiranya anda memilih penerbangan EasyJet (ataupun
RyanAir) kerana kami rasa airlines tambang murah ini popular di sebelah sana.
25/06 Isnin : London ke Keflavik, Iceland
Penerbangan EasyJet dari London (LGW) ke Keflavik International Airport, Iceland (
KEF) berlepas jam 6.30 pagi, mengambil masa lebihkurang 3 jam penerbangan untuk sampai. Perbezaan masa London (GMT+1) dengan Iceland (
GMT 0) adalah sejam.
Sesampainya di airport Keflavik, kami mengambil car rental shuttle bus (tempat menunggu shuttle, lebihkurang 100m berjalan kaki, di luar balai ketibaan) untuk ke
Iceland Car Rental.
Suzuki Swift yang kami sewa selama bercuti di Iceland.
Dalam lebihkurang 5km daripada airport, kami singgah di stesen minyak ini untuk membeli simkad dan juga sedikit bekalan makanan snek di grocery bersebelahannya. Dari Keflavik airport, kami memandu sejauh lebh 50km untuk sampai ke Reykjavik (next post), bandar tempat penginapan hari pertama kami di Iceland.
Tips
Banyak juga stesen-stesen minyak di Iceland adalah 'self-service' di mana hanya ada pam minyak dan mesin menerima pembayaran sahaja (tiada kaunter/kedai). Pembayaran dibuat melalui kad yang menggunakan nombor pin. Tetapi nombor pin yang mereka gunakan hanyalah 4 digit (seperti juga di London semasa kami mengambil kereta sewa, 4 digit juga kata mereka). Ini menjadi masalah untuk mengepam minyak di stesen-stesen 'full self-service' yang tiada kaunter/kedai. Kami mencuba beberapa kali dengan kredit kad Malaysia sehingga kena block sebab pin kita lebih dari 4 digit.
Di Iceland, kami dapati, stesen-stesen minyak di pekan/bandar sahaja yang ada kaunter. Itupun adalah setengah-setengah stesen yang ada kaunter, terpaksa juga bayar pam minyak di mesin bayaran di pam. Kalau jauh dari pekan/bandar, selalunya stesen minyak adalah 'full self service', tiada orang langsung untuk melayan kita. Untuk lebih selamat, isikan saja minyak apabila jumpa stesen minyak, biar tangki sentiasa penuh. Nak hantar kereta nantipun, minyak kena penuh.
Satu lagi cara ialah dengan membeli
prepaid currency card yang ada dijual di airport dan stesen-stesen minyak. Prepaid card ini boleh digunakan di seluruh Iceland untuk sebarang pembelian. Di Iceland, kami hanya menukar sedikit sahaja matawang (tunai) Iceland sebagai standby. Kredit kad kami langsung tidak boleh digunakan di sana sekiranya tempat pembelian itu 'full self service'. Ianya hanya dapat digunakan apabila ada kaunter servis (kena tandatangan slip pembayaran).
Penyewaan kenderaan - 4 wheel drive or 2 wheel?
Persoalan sebelum kami membuat keputusan untuk booking kereta sewa. Perjalanan
Ring Road 1 tidak memerlukan kenderaan pacuan 4 wheel, melainkan jika ingin meneroka lebih melalui
jalan kategori 'F' atau 'F-roads' .....
Ring road 1
(Þjóðvegur 1), angka satu digit, bolehlah dikategorikan sebagai lebuhraya/jalan utama, ada sebahagiannya 2 lanes dan sebahgiannya lagi satu lane. Jalan yang bertandakan 2 digit angka, bolehlah dikatakan jalanraya satu lane, selesa untuk memandu. Kalau jalan yang bertandakan 3 digit angka, ianya merupakan jalan satu lane yang lebih sempit dan ada sebahagian darinya tidak berturap (gravel road), terutama sekali sekiranya anda masuk ke pendalaman.
Elak menyewa kereta dari syarikat sebarangan kerana ia mungkin tidak menyediakan perlindungan insuran yang sepatutnya. Walaupun kita hanya bercadang untuk memandu di atas jalanraya yang berturap, kadangkala kita terpaksa juga menempuh jalan yang tidak berturap (umpamanya untuk sampai ke air terjun yang menarik) yang mana batu-batan atas jalan (yang kadangkala agak besar) mungkin boleh merosakkan undercarriage kereta. Pastikan menyewa kereta dari syarikat yang 'ada nama'.
Selepas memandu jalan-jalan yang tidak berturap, kereta akan kotor dan diselaputi debu tebal (macam selut bila anda memancarkan air ke cermin untuk melihat jalan). Singgahlah di stesen-stesen minyak berdekatan yang ada menyediakan pancur air serta berus untuk membersihkan kereta. Ianya disediakan secara percuma di beberapa stesen minyak (tidak semua stesen). Selama seminggu kami memandu di Iceland, sebanyak 3 kali menggunakan self-servis ni... tak sanggup memandu dalam keadaan kereta yang comot begitu.
Musim panas di Iceland
Anggapan kami dengan suhu 14c- 20c sepanjang kami berada di sana, cukuplah sekadar membawa jaket nipis ala-ala spring coat. Rupanya kami silap. Menggigil kesejukan lah juga. Nasib baik tergerak hati nak selitkan juga baju heater long john dan scaft yang dikait sendiri hadiah dari sahabat. Cuaca di Rekjavik lebih sejuk dan berangin berbanding di Akureyri.
Baju hujan juga perlu kerana cuaca yang tidak menentu.. kejap hujan kejap berhenti.. walaupun hujan renyai-renyai. Baju hujan juga elok dibawa apabila pergi ke air terjun untuk mengelakkan badan tersimbah air terjun.
Musim panas ialah waktu puncak.. harga hotel/penginapan adalah lebih mahal.. elok buat tempahan se awal mungkin. Kami mencari hotel/penginapan di pekan-pekan kecil berdekatan dan di kawasan bukan tumpuan pelancongan, yang kesemuannya lengkap dengan kitchenette.