Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 7 March 2018

Madinah - Feb 2018

Pakej Umrah Ziarah Baitulmaqdis - Part 3

Selesai ziarah Amman, Jordan sekembalinya dari ziarah Jerusalem, Palestine, kami ke Madinah untuk menziarah Baginda Nabi Muhamad s.a.w.  

Menaiki pesawat Royal Jordan RJ722 pada lebihkurang jam 1:30pagi waktu Amman, kami tiba di lapangan terbang Madinah (MED, yang juga dikenali sebagai lapangan terbang antarabangsa Putera Mohammad bin AbdulAziz) pada lebihkurang jam 4:30pagi waktu Madinah. Penerbangan yang lebihkurang 2 jam lebih, tertidor ayam kerana keletihan. Tidak ambil makanan yang diberikan di dalam pesawat dan ketika menghampiri Madinah, dikejutkan oleh pramugari yang mengesyorkan melihat keluar tingkap untuk pemandangan Madinah/Masjid Nabawi dari atas. 

Mendarat di airport Madinah, urusan imigresen berjalan lancar. Ketibaan tidaklah seramai mana waktu itu. Pegawai imigresen pula jauh lebih mesra berbanding dengan dahulu, mengukir senyuman semasa bertugas. Mungkin kerana situasi tidak begitu padat dengan orang ramai.


Sesudah menunaikan solat subuh di dalam airport, kami keluar menaiki bas yang sedang menunggu di luar untuk ke hotel penginapan, Mawaddah Al Waha.


Pakej ibadah umrah, maupun ibadah haji, selain dari bersolat di Masjid Nabawi, pakej selalunya akan menyelitkan ziarah dalam (maqam Rasulah SAW dan sahabat, Raudhah, Perkuburan Baqi') dan ziarah luar (Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq, Jabal Uhud) sebagai itinerari di Madinah. Tertakluk pada masa di Madinah, ada juga ziarah pilihan (kilang Al Qur'an).

Kini Masjid Nabawi telah dilengkapi dengan 'payung raksasa' yang boleh dibuka dan ditutup untuk memberi teduh kepada jemaah yang beribadat di sini.


Foto di bawah adalah kawasan Raudhah yang dilingkungi/dikepung dengan tabir penghadang (kawasan Raudhah tidak dapat dimasukki dengan sewenang-wenangnya). Foto diambil di dalam kawasan lingkungan tabir di bahagian belakang kawasan Raudhah. Kawasan Raudhah yang sebenarnya adalah kawasan hamparan karpet bewarna hijau arah ke depan dalam foto di bawah ini.


Ada waktu-waktu tertentu untuk jemaah wanita memasuki kawasan Raudhah ini.

Kawasan Raudah semasa waktu khas untuk wanita

Antara sudut bahagian dalam Masjid Nabawi


Bersolat di bahagian dataran luar masjid yang diteduhi oleh 'payung raksasa'. Kalau dahulu, bersolat di dataran luar ini, jemaah terdedah kepada cuaca semasa ketika bersolat.

suasana sebelum solat jumaat

Kubah hijau di dalam foto di bawah menandakan kedudukan maqam Rasullah S.A.W.


Petang di hari ketibaan, sebelum menunaikan solat Asar, kami ke Sokaifat Bani Saedah (berhampiran perkarangan Masjid Nabawi). Ia merupakan taman di mana pertama kali para sahabat berkumpul bagi memilih pemimpin sejurus selepas kewafatan Rasullah S.A.W. Sayyidina Abu Bakar as Siddiq telah dipilih bagi menggantikan Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin di sokaifat ini.


Ziarah (luar) ke Masjid Quba


Ke Pasar kurma. Kami tidak membeli kurma di sini (sebahagiannya telah dibeli di Palestine) tetapi memesan kepada ustaz mutawif kami untuk membeli kurma Nabi, katanya dari tuan punya pengusaha ladang kurma itu sendiri di Madinah ini.


Ziarah (luar) ke Jabal Uhud. Di sini terdapatnya perkuburan syuhada, termasuk bapa saudara Rasullah S.A.W., Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib dan beberapa sahabat lain yang gugur di medan peperangan Uhud, peperangan ke-2 di antara kaum muslimin dan kaum Quraish.


Sekembalinya dari ziarah luar, kami singgah lagi di pasar kurma yang lokasi tidak berapa jauh dari Masjid Nabawi.


Keesokan harinya selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi, kami bertolak ke Kota Mekah dengan bas bagi memulakan ibadah umrah dengan mula berihram dan memasang niat di miqat Bir Ali setelah meninggalkan Masjid Nabawi, Kota Madinah.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...