Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 9 September 2018

Iceland Jun 2018 - Akureyri ke Skagaströnd

Day 7 - 30/6 Sabtu : Akureyri ke Skagaströnd (360km)

Perjalanan dari tempat penginapan di Svalbardseyri / Akureyri ke tempat penginapan seterusnya di  Strandgata / Skagaströnd tidaklah begitu jauh sangat, tetapi kami melencong dulu ke bahagian selatan sebelum berpatah balik ke utara kerana terlalu awal petang untuk masuk menginap. 



On the way, singgah sekejap di tepi jalan di ladang ini sebab nak ambik foto kuda.


Tidak nampak banyak tempat-tempat yang menarik untuk singgah di laluan kali ini, Lagipun, tiada tempat tertentu yang dirancangkan untuk singgah di laluan ini semasa membuat perancangan dulu. Bila 'google' keluar  Glaumbaer old turf ini lalu terus wazerkan perjalanan.


Kawasan ini telah di isytiharkan sebagai kawasan museum, di mana terdapat rumah-rumah ladang yang dibuat daripada rumput. Dulu ianya merupakan sebuah kawasan penempatan sehingga awal tahun 90an.

  
 

Google lagi, jumpa yang dikatakan 'Seal Center' dan dari sedikit keterangan yang dipaparkan, katanya kita boleh nampak seal/anjing-anjing laut dari tepian pantai berdekatan dengan Seal center itu. Apalagi, terus wazerkan perjalanan ke tempat yang dikatakan itu.


Kami tak singgah yang dikatakan 'Seal Center' tetapi terus memandu memasukki jalan 3 digit (apalagi, comot habis kereta sewa kami dengan keadaan hujan renyai-renyai pula). Adalah dua tiga  kereta lain yang sama-sama menuju tempat yang kami tuju dengan harapan untuk melihat anjing-anjing laut berenang di tepian pantai.

Pakir kereta diruangan pakir, kami berjalan masuk dalam hujan renyai sehingga ke tepian pantai. Tak nampakpun anjing-anjing laut itu. Bukan musim agaknya. Ambil foto batu inilah saja, yang agak menarik di kawasan itu untuk dijadikan tanda kami pernah sampai. 😂


Tu dia kereta sewa kami setelah keluar dari jalan gravel 3 digit. Self-cuci di station minyak, free saja


Perjalanan OTW ke tempat penginapan kami pada hari itu di Skagaströnd, kami berpatah balik hampir 100km


Sampai di Skagaströnd singgah dulu di taman kecil berhadapan dengan sebuah gereja komuniti di situ. Taman ini dihiasi dengan skulptur besi-besi buruk yang dimenafaatkan secara berseni. Skagastrond hanyalah  pekan kecil yang mempunyai penduduk seramai 482 penghuni, yang mengikut statistiknya bilangan penduduk semakin berkurang.  Terasa sangat tenang.  Teringin juga nak pergi berenang di kolam awam yang tak berapa jauh dari situ, tapi tak berkesempatan kerana ianya telah ditutup sewaktu kami sampai.


Ini dia tempat penginapan kami, Guðmundur's Place, Strandgata 22, Skagaströnd, yang tidak nampak memberangsangkan dari luar. Host kami tinggal berdekatan, kena call dia dulu untuk datang membuka pintu.


Host kami, Gudmundur, sangat peramah orangnya dan banyak dia kongsi tips perlancongan sekitarnya, siap dengan buku panduan. Dia juga menunjukkan kami cara memakai kasut tanpa perlu tunduk untuk masukkan tumit ke dalam kasut. Rupa-rupa apa yang kami beli kat IKEA adalah satu 'alat' untuk memudahkan memakai kasut 😅 baru tahu camana nak guna... 


Nama 'alat' ini shoehorn, dan yang Gudmundur punya diperbuat daripada besi, lebih senang untuk memakai kasut sambil berdiri tanpa perlu tunduk.

Di antara penginapan airBnB di Iceland, rumah Gudmundur inilah paling lengkap dengan serba serbi peralatan, librari, perhiasan dan macam-macam lagi. Amat berbeza dari pandangan luar yang tidak berapa memberangsangkan tadi.


Teropong jauh untuk menikmati pandangan luar dari tingkap rumah pun disediakan..


Esoknya kami akan kembali semula ke Keflavik untuk meninggalkan Iceland pada hari berikutnya. Sebelum meninggalkan Skagastrond, kami pusing dulu pagi-pagi hari di kawasan pelabuhan kecilnya.


Mula keluar kawasan Skagastrond, nampak 'gembala' kambing di pagi-pagi hari sedang menghalau kambingnya yang dok main-main ditengah jalan.


Ini kambingnya yang sudah berada di tepi jalan, tak sempat nak snap semasa dia berada ditengah-tengah jalan. 


Sudah keluar kawasan Skagastrond untuk ke destinasi seterusnya..





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...