Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 18 September 2018

Iceland Jun 2018 - Skagaströnd ke Keflavik

Day 8 - 1/7 - Ahad : Skagaströnd ke Keflavik (345km)

Host kami mencadangkan supaya kami melencong ke Reykholt, daripada ambil jalan terus ke Reykjavik. Tidak jauh melencong, lagipun kami memang plan untuk singgah di kawasan geothermal yang berdekatan di kawasan itu.

Antara pemandangan sebelum sampai ke Reykholt.


Bila sampai di Reykholt, kami wazerkan Krauma, bercadang untuk mandi kat spa geothermal di sini.  Ada banyak tempat sebenarnya  tempat mandi geothermal, selain dari Blue Lagoon yang paling besar.  Paling tidak pun kolam mandi ada hampir di setiap bandar dan pekan yang mana air panasnya dari sumber geothermal semulajadi.  Bayarannya pun tak semahal mana, kolam di Akureyri bayaran masuk ialah ISK950 (lebihkurang RM40), berbanding di Krauma ISK3,800 (lebihkurang RM150).  Antara thermal pool yang ada di Iceland..


Krauma, tempat kami singgah..


Round-round kawasan..

  
  
 
  

 Air wap yang sedang membuak-buak..


Semasa mula keluar kawasan geothermal krauma tu, kami perasan ada sebuah kawasan airterjun yang juga menjadi tarikan pelancong. Terus wazer ke situ 

Airterjun Barnafoss yang tidak berapa jauh (lebihkurang 20km) dari situ..

 
 
 

Yang ini diberi nama Hraunfossar, yang terletak kawasan yang sama.

 
 
 
  

Dari situ kami mula meneruskan perjalanan meninggalkan Reykholt. Untuk sampai ke Reykjavik dari Borgarnes, kami melalui terowong Hvalfjörður, satu-satu jalanraya di Iceland / terowong yang dikenakan tol. Namun begitu, tol ini akan dihapuskan tidak lama lagi menjadikan seluruh jalanraya di Iceland tanpa tol.

Beginilah wazer menunjukkan jalan terowong semacam jalan berpintal


Mula memasukki terowong.. bayaran tol sekali lalu sebanyak ISK1,000 (lebihkurang RM40) dibuat sebelum memasukki terowong. Boleh dibuat secara tunai ataupun kad..

 

Keluar dari terowong, memasukki semula bandar Reykjavik untuk ke tempat penginapan terakhir di Iceland, yang lokasinya berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa Keflavik. 


Kami meneruskan perjalanan melintas bandar Reykjavik untuk terus ke tempat penginapan berdekatan dengan lapangan terbang di Keflavik. Tempat penginapan kami di hari terakhir percutian kami di Iceland, Anne&Siggi's Place, di pekan Sandgeroi.


Setelah checked in dan meletakan barang-barang, kami keluar semula untuk ke kawasan di mana terpisahya pelantar benua Europe dengan pelantar benua Amerika Utara.


Di sini sebuah jambatan di bina ebagai simbolik menghubungi kedua-dua pelantar benua ini, yang di kenali sebagai "The Bridge between Continents"

 

Cuaca pada ketika ini hujan renyai-renyai sederhana lebat bercampur dengan tiupan angin yang agak kencang menjadikannya begitu sejuk. Kami tidak duduk lama di sini kerana kesejukan, cukup sekadar ambil gambar dan kemudian terus pulang ke tempat penginapan.


Keesokan harinya, sampailah waktunya untuk meninggalkan Iceland. Penerbangan kami ke kota London dijadualkan berlepas jam 9.30 pagi.

Ringkasan perjalanan kami dari Strandgata ke Keflavik.



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...