Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 18 December 2019

Sofia, Bulgaria - Kembara Balkan (Nov 2019)

Sofia (01/11/2019 - 03/11/2019)

Bulgaria adalah di antara negara tertua di Eropah di mana kaum Bulgars menubuhkan Empayar Bulgaria pertama tahun 681 AD. Nama 'Bulgaria' kekal sehingga hari ini sejak penubuhannya. Bulgaria berada dibawah pemerintahan Daulah Osmaniah (Empayar Ottoman) selama hampir 5 kurun (500 tahun) bermula pada kurun ke 14.

Antara beberapa perkara yang menarik mengenai Bulgaria:-
  • Ivan Atanasov, warga Bulgaria, adalah bapa kepada John Vincent Atanasov, pencipta komputer digital pertama. 
  • Bulgaria bangga dengan yogurt kerana bakteria Lactobacillus bulgaricus adalah native/hasil semulajadi Bulgaria
  • Sehingga 1980's Bulgaria adalah negara pengeluar rose oil yang utama. Kini, Bulgaria dan Turki menghasilkan kira-kira 90% pengeluaran dunia.
Kami menyewa kereta dari Sixt di Skopje, North Macedonia pada 01/11/2019 untuk memulakan pengembaraan negara-negara Balkan. Pastikan membawa bersama dokumen hakmilik kereta/green card/border pass/dokumen kebenaran border crossing yang disediakan oleh syarikat penyewa kereta, selain dari lesen dan paspot anda. Semua dokumen ini akan diperiksa di setiap border crossing, kecuali lesen memandu dan paspot yang kadang-kadang diperiksa. Disarankan supaya memasang lampu sepanjang pemanduan di Balkan walaupun pada siang hari (rasanya ada terbaca yang mengatakan wajib pasang lampu, tapi tak ingat negara Balkan yang mana) 

Destinasi pertama adalah Sofia, ibu negara Bulgaria, kira-kira 250km dari Skopje. Pagi hari di Gyueshevo pekan border crossing Macedonia-Bulgaria, terdapat banyak juga kereta menghala ke Bulgaria. Hampir setengah jam beratur menunggu giliran pemeriksaan untuk melepasi sempadan ini.


Sebaik saja melepasi imigresen, kami membeli 'Vignette' (lebihkurang road-tax) yang wajib untuk memandu kereta di Bulgaria. Ada booth mesin Vignette elektronik di sebelah sempadan Bulgaria.


Ingat/catat nombor plat kereta anda. Pergi ke booth dan masukkan kad kredit/debit anda ke dalam mesin Vignette. Pilih bahasa (English), masukkan nombor plat kereta dan negara ianya didaftar (North Macedonia) dan pilih Vignette yang diperlukan samada weekend (tempoh laku 2 hari), week (7 hari) atau month (30 hari). Kami pilih Weekend dengan kos BGN10 (RM23.87).

 

Ambil resit yang dikeluarkan, masukkan email (optional) sekiranya perlu resit itu dihantar ke emel anda. Vignette ini tidak lagi perlu dipaparkan di cermin kereta sepertimana zaman dahulu.

(resit Vignette - emel)
Selepas memandu lebih lebih kurang 5 km dari sempadan, kami ditahan oleh polis di tepi jalanraya. Paspot kami diperiksa dan agaknya mereka memastikan (secara elektronik) samada kami telah membayar Vignette ataupun tidak.

Antara pemandangan musim luruh menuju Sofia.

(melepasi checkpoint imigresen Bulgaria)

Setelah checked in apartment di k. Hadji Dimitar, Sofia, hari sudah hampir gelap (4pm), kami keluar semula ke bandar untuk mencari simkad. Kami terkial-kial hendak masuk apartment kerana tidak  dapat berhubung dengan host apartment (tiada internet) dan hanya berpandukan kepada off-line map dari Skopje untuk sampai serta nota-nota emel untuk 'self-check in'.

Setelah membeli simkad, kami ke kawasan tumpuan pelancong walaupun hari dah malam. Kami ulang ke tempat yang sama waktu siang hari ke 3 sebelum meninggalkan Bulgaria untuk ke destinasi seterusnya. Orang-orang di Sofia ini ganas-ganas juga memandu kereta.

Masjid Banya Bashi di Sofia, pada waktu malam dan pemandangan dalaman semasa kami singgah semula sebelum meninggalkan Bulgaria. Daripada sekitar 70 buah masjid yang pernah ada di Bulgaria, masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang masih beroperasi sepenuhnya (5 waktu dan Jumaat).




Terdapat beberapa bangunan serta tempat-tempat menarik di sekitar kawasan di mana terletaknya bangunan Alexander Nevsky Cathedral ini. Kedai Bulgaria Rose Oil juga berada tidak berapa jauh dari kawasan ini. 

(Alexander Nevsky Cathedral waktu malam)
(Alexander Nevsky Cathedral waktu siang, di sisi lain)



National Art Gallery


Selain sofia, kami sempat juga berkunjung ke Plovdiv, pada hari kedua di Bulgaria.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...