Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday 20 November 2017

Northern Europe Part 7 - Tromso, Norway

Ketibaan - 16 Oktober 2017, Isnin  (Day 7)

Pagi-pagi lagi dalam lebih jam 7 kami dah turun untuk menaiki tram No. 4 ke central railway station. One-day pass yang kami beli semalam masih lagi boleh digunakan. 

Sampai di perhentian tram berdekatan dengan central station, kami berjalan kaki (lebihkurang 200m) untuk ke Eliel Square, perhentian Finnair City Bus yang terletak disebelah luar central train station. Kami sampai in time, bus sedang bersedia untuk berlepas ke airport. Tiket sehala berharga Euro$6.70 seorang.  Pilihan lain, boleh juga menaiki Train I atau Train P, terminalnya berada di dalam central train station.  Bus 615 yang berada di hadapan station juga menuju ke airport. Cuma kalau naik train, stesen perhentiannya bukanlah betul-betul di depan pintu balai berlepas, rasanya kena berjalan dalam 500 - 800 m juga. Tidak pasti juga kalau Bus 615 lalu dan berhenti betul-betul depan pintu balai berlepas.

Di airport, guna mesin untuk dapatkan boarding pass dan tag bagasi. Pasang tag, kemudian ke check-in counter untuk timbang, scan dan masukkan bagasi sendiri. DIY semuanya, tidaklah rumit sangat.

Kami menaiki Canadair CRJ900 City Jet (SK2703 Scandinavian Airlines) untuk transit di Oslo sebelum menaiki flight lain, SAS juga, SK4418 untuk ke Tromso, Norway.


Terbang melepasi awan..


Mula mendarat di Oslo Gardermoen airport..


Di airport Oslo, kami kena pastikan bagasi kami telah dibawa masuk ke kapalterbang dahulu, check dengan mesin ini, sebelum dibenarkan melepasi gate untuk ke pintu berlepas bagi penerbangan seterusnya. Katanya, dalam 20 minit selepas mendarat, bila bagasi dah masuk, nama passenger akan dipaparkan di skrin untuk kami ke pintu berlepas. 


Kami pergi cari breakfast dulu sebelum datang balik ke mesin ini. Selepas makan, masukkan nombor PNR di mesin ini, kemudian foto kedua-dua bagasi dipaparkan untuk kami tekan 'confirm'.

Breakfast, kopi, roti dan pisang...


Kemudian kami masuk ke pintu berlepas untuk penerbangan seterusnya..


Scandinavian Airlines SK4418 dah sampai untuk kami ke Tromso..


Mendarat lebihkurang jam 4 petang, akhirnya kami menjejakkan kaki di Tromso,  bandar kecil yang terletak di zone artic circle.  Kami mencari bas untuk ke tempat penginapan. Flybussen Airport Coach ada di luar pintu balai ketibaan saja tetapi bas ini akan terus ke pusat bandar dan tidak berhenti berdekatan dengan tempat penginapan kami.

Mencari-cari di mana terminal city bus, kami bertanyakan orang di situ. Rupanya kami kena keluar dari kawasan airport (tak jauh sangat), melintasi tempat parking, untuk sampai ke jalanraya laluan bas No. 40 tersebut.

Sampai di jalanraya, ada perhentian bas di sebelah parking dan satu lagi di seberang. Check papantanda, memang ianya laluan bus No. 40 tapi nak tunggu sebelah mana? Tanya orang lagi, katanya laluan yang di seberang jalan itu yang akan menuju ke arah destinasi kami.

Di atas bas, bayar tiket dalam NOK100 untuk dua orang, dan mamaklumkan kepada pemandu yang kami akan berhenti di Bispegarden (perhentian paling hampir dengan apartment).  Perjalanan dalam 15 minit sahaja. Sophie telah pun mesej kami supaya beritahu dia apabila telah menaiki bas. Dia akan tunggu diperhentian.

Sampai, terbuka saja pintu bas, Sophie dah tersenyum menyambut kami lalu naik keretanya untuk ke apartment. Tidak jauh sangat dalam 250m sahaja, cuma mula-mula sampai tu, tidak tahu arah mana hendak dituju. Kalau Sophie tidak datang ambil, kena map google 'Borgasvegen 4' untuk kami berjalan kaki ke apartment. (cuba google map 'Borgasvegen 4', kemudian click 'satellite view', kemudian 'zoom'. Nampak apartment yang kami inap itu macam foto di bawah. Anda pun boleh 'berjalan-jalan' menerusi skrin komputer anda.. cute!😏)

Apartment kecil tetapi selesa untuk kami berdua.


Haripun dah gelap semasa sampai, makan malam apa yang ada, nasi Brahim dan serunding daging.  Hari pun hujan jadi kami pun rehat agak awal untuk berjalan ke bandar esok harinya.

Waktu solat di Tromso.. Subuh dan Maghrib yang panjang, Zohor pula pendek...


Bandar Tromso - 17 Oktober 2017, Selasa  (Day 8)

Pemandangan di sekitar tempat kami menginap pada waktu pagi sebelum kami berjalan ke pusat bandar. Apartment yang kami inap terletak di bahagian bawah. Yang atas (merah) tu tempat host kami tinggal.


Pemandangan sekitarnya...  terkenang penginapan di Spiez, Switzerland tahun lepas, yang juga terletak di lereng bukit dengan pemandangan yang hampir sama..


Borgasvegen merupakan kawasan tinggi, jadi untuk ke pusat bandar, tidak penat untuk berjalan turun. Tapi bila dah penat berjalan di pusat bandar, hmmm.. berkilo pulak nak jalan balik ke apartment, naik bukit pulak tu..  Jika naik bus cuma 5 minit sahaja untuk sampai..


Pemandangan sepanjang jalan menerusi kawasan perumahan..


Menghampiri pinggir bandar, ada sekolah..


Dah sampai ke kawasan bandar, ini library Tromso


Mencari tourist shop


Hajat nak beli sedikit fridge-magnet. Masuk tourist shop.. harganya agak mahal juga RM25  sekeping...


Ini pula pemandangan, masih awal pagi, di tepi laut berdekatan dengan kawasan tourist information center. Kalau kami naik Flybussen Express Coach dari airport hari tu, bas itu akan berhenti dekat-dekat kawasan ini. Jauh pula untuk mengheret bagasi menaiki kawasan tinggi di Borgasvegen.


Ini dia tourist information center Tromso


Di tourist information center ini kami beli pakej lawatan ke fjord untuk keesokan harinya dan juga day-pass untuk kami menaiki bas menjelajah bandar Tromso. Harga day pass adalah NOK100 seorang.

Ini sebuah taman kecil di sebelah tourist information center.


Berpandukan peta dan bertanyakan orang, kami menaiki bas untuk ke seberang bandar di mana terletaknya kereta kabel Fjellheisen dan juga Artic Church.  Kedua-dua icon Tromso itu agak jauh sedikit dari bandar.  Bandar Tromso agak kecil sahaja, boleh saja kemana-mana dengan berjalan kaki.

Kami hanya pergi untuk meninjau kawasan dan tidak menaiki kereta kabel kerana kami merasakan sudah cukup puas menaiki kereta kabel semasa bercuti di Austria dan Switzerland dulu. Lagipun kereta kabel di Tromso ini agak kecil dibanding dengan yang di Austria dan Switzerland.

Ada penumpang tempatan di atas bas yang memberitahu kami bila hendak turun untuk ke tempat kereta kabel ini dimana perhentian basnya adalah dalam kurang dari 100m dari situ. Rata-rata kami temui penduduk tempatan agak peramah dan mesra.


Setelah melihat lebih kurang, kami berjalan menuruni tanah tinggi berpandukan google maps untuk pergi ke Artic church.


Ini dia Artic church, di kawasan bawah. Gereja ini boleh nampak semasa kami berada di tepi laut berdekatan dengan tourist information di seberang sana.


Berjalan mencari hentian bas untuk kami kembali ke seberang sana..


Sampai kembali di seberang, kami berjalan untuk pergi ke Museum Polar.


Juga tidak berminat untuk memasukkinya...


Dan ini di kawasan tengah-tengah Tromso, nampak macam perhentian teksi bandar.


Dari situ, kami berjalan kaki dalm 1km lebih untuk sampai ke kawasan Polaria, satu lagi tarikan pelancongan di sini. Di sini harga fridge magnet murah sedikit, tapi tak banyak pilihannya..


Reka bentuk bangunan seolah-olah papan runtuh..  kenapa senibinanya senget2 ya..


Tugu peringatan seorang peneroka artic, Helmer Hanssen ....


Selepas bersiar-siar di kawasan Polaria ini, dan, kami mengambil keputusan untuk melihat kawasan Tromso dengan bas pula. Naik city bus (No. 33) ke arah keluar dari pusat bandar melalui laluan tepi laut, kami duduk di atas bas hinggalah ke stesen bas terakhir. Bus ini melalui Science Centre/ Planetarium dan Botanical Garden, tetapi kami tak pun singgah.

Tidak semua foto dapat kami ambil disepanjang perjalanan kerana agak susah untuk mendapatkan foto yang jelas.


Akhirnya, semua orang sudah turun, tinggal kami berdua sahaja di atas bas. Tak faham tulisan yang terpapar di skrin, ingatkan ada satu lagi stesen, rupa-rupanya bas masuk ke depot dan terus berhenti 😲. Tanya pemandu bas, mana stesen nak balik ke bandar? "You have to go the the hospital up there", tunjuknya. Menapak juga kami dalam 400m lebih untuk ke stesen bas terdekat.

Tiba di pusat bandar, kami singgah dulu di pasaraya Kiwi dan Coop membeli keperluan grocery.  Hari pun dah gelap, kami menaiki bus untuk pulang.. cuma 2 perhentian saja untuk sampai ke tempat penginapan kami.

Masak nasi, berlauk ikan salmon masak kari dan sambal mussel (mengguna pes yang dibawa) sebagai hidangan makan malam. Cukai untuk makanan adalah 15% dan cukai untuk beg plastik 25%. Pembelian bahan mentah (cod, mussels, salmon, telur dan sayur) + satu lagi berjumlah RM150+, lebih mencukupi untuk 4 hari di sini.  Wah.. harga ikan cod lebih murah dari salmon..


Hari masih gerimis dan awan masih meliputi langit. Kami sudah suspen tidak dapat tengok Aurora dalam keadaan cuaca sebegini. Menurut host kami, Sophie, Aurora ni biasa juga dilihat dari apartment dalam keadaan cuaca yang mengizinkan. Kami asyik check weather forecast dan kebarangkalian melihat Aurora sejak sampai di Tromso dan ia amatlah tidak memberansangkan. Unpredictable weather kata host. Macamana pun, kami dah buat keputusan untuk mengambil pakej Aurora hunting pada hari terakhir kami di Tromso (lusa) kerana pada hari itu sajalah cuaca diramalkan lebih baik sedikit. Tidak kisahlah jam 2/3pagi baru balik apartment dan 7pagi pula kena bersiap-siap ke airport untuk ke Sweden, destinasi kami seterusnya.

Sebelum tidur, keluar depan rumah ambil foto. Sejuk berangin, tidak tahan berada lama di luar rumah.

Pakej lawatan Fjord - 18 Oktober 2017, Rabu  (Day 9)

Entri lawatan fjord dimuatkan selepas ini.

Pagi-pagi turun berjalan dari apartment untuk mencari Masjid Al-Rahma Tromso dulu sebelum ke tourist infomation center untuk menaiki van lawatan fjord yang dijadualkan bertolak jam 11 pagi.


Masjid tutup dan pintunya berkunci semasa kami sampai. Hari pun masih awal pagi lagi. Inilah salahsatu masjid yang paling ke utara di dunia. Tidak banyak informasi mengenai masjid Al Rahma ini. Ada satu lagi masjid di sini, namanya Al Nor, yang kami cari keesokan harinya. Adalah lebihkurang 1,000 orang muslim di Tromso ini (931 orang mengikut bancian 2013 yang merupakan 0.6% dari jumlah penduduk Tromso waktu itu).


Jam 11am kami bertolak dari tourist information center dengan van untuk pakej lawatan fjord.


Petangnya, balik dari lawatan fjord, ingat nak beli terus pakej melihat Aurora borealis (Northern Lights) di tourist information center, tetapi melihatkan keadaan cuaca yang juga tidak memberangsangkan, lalu kamibuat keputusan untuk singgah ke pejabat Artic Guide Services (AGS) untuk membuat pertanyaan dulu sebelum membeli pakej.

Kami singgah di pejabat AGS yang tidak berapa jauh dari tourist information center, bertanyakan beberapa soalan untuk kepastian. Boleh saja menyertai Aurora hunting pada sebelah malam nanti, tetapi mereka kata, elok datang kembali esok, tengok cuaca macamana kerana malam ini cuaca pun masih gerimis dan awan pun masih banyak. Memang boleh nampak di tempat-tempat yang mereka akan bawa tapi, cuaca esok harinya nampak lebih baik sedikit. Pelancong pun masih belum begitu ramai lagi, jadi mereka sarankan datang kembali besok petang dan decide esok samada hendak menyertai pakej tersebut ataupun tidak. 


Pakej melihat Aurora - 19 Oktober 2017, Khamis  (Day 10)

Kami dah buat keputusan, macamana pun keadaan cuaca hari ini, kami akan teruskan juga akviti melihat Aurora malam nanti  (hari terakhir kami beraktiviti di Norway kerana esok paginya sudah hendak ke Sweden pula).

Oleh kerana petang jam 6 nanti baru berkumpul di pejabat AGS, maka hari ini bolehlah kami bangun lambat. Lepas bangun kemas rumah dan bagasi kerana bila balik lebihkurang jam 2 pagi nanti, sudah tidak ada masa untuk mengemas. Dapat masak sikit dan relaks kat apartment.


Cuaca pun nampak baik. Kali pertama intai keluar jendela, tiada gerimis hujan dan hari pun lebih cerah dari hari-hari sebelum ini.

 
 

Petang jam 4 kami turun dari apartment untuk mencari masjid yang satu lagi, Masjid Al Noor. Bila google, lebih banyak maklumat didapati mengenai masjid ini berbanding dengan Masjid Al Rahma yang kami pergi semalam.


Apabila kami sampai di alamat Masjid Al Noor, 132 Storgata, ini yang kami jumpa. Tidak nampak macam masjid pun.


Di alamat yang sama, 132 Storgata adalah "Forsikringsmegleren Nord-Norge",


..bila translate...


Anyway... kami kemudiannya meneruskan perjalanan menuju ke pejabat AGS untuk memburu Aurora borealis pada malam ini....


2 comments:

  1. Thanks for sharing lots of info and photos in yr blog. It is very helpful indeed. Btw, how was yr aurora hunting experience? Did you manage to catch it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes we did on the very last day of our vacation in Tromso before heading to Sweden. We will post blog entries on the Aurora soon (Part 9a - photos captured with our camera phone and Part 9b - photos captured by DSLR)

      Thank you for visiting this blog and we sincerely hope that a bit of information herein can assist fellow vacationers/travellers.

      Have good days ahead! Many thanks!

      Delete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...