Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 12 July 2023

Norway Trip Day 5 - Bergen, Norway (Mei/Jun 2023)

Hari ini kami ke Bergen, bandar kedua terbesar Norway selepas Oslo, yang terletak lebihkurang 100km dari tempat penginapan di Vossvangen.


Kami memakir kereta di ByGarasjen dan bersiar-siar di bandar Bergen dengan berjalan kaki. Ini adalah kerana agak sulit untuk mendapatkan pakir-pakir ditepi jalan di bandar besar, selain daripada caj pakir yang mahal. 

Foto dibawah ini, tak ingat dah kat mana, diambil waktu singgah untuk berehat sekejap minum kopi.


Berjalan kaki dari ByGarasjen, tempat pertama kami luangkan masa adalah taman di kawasan tengah-tengah bandar yang dipenuhi dengan bunga-bungaan.



 

 

Menyusuri bangunan- bangunan, kami meuju ke pusat penerangan pelancong di Bergen.


 

 Kawasan 'Market square - Old fish market' di Bergen.


Pusat penerangan pelancong terletak berdekatan dengan kawasan Byrggen - sebuah kawasan Warisan Dunia UNESCO, yang merupakan sebuah dermaga yang berusia sejak tahun 1,200an dahulu. Ia menjadi pusat perdagangan Norway dan benua lain ketika itu.







 

Bersiar-siar dalam kawasan Rosenkrantz Tower, yang dibina pada tahun 1560 oleh gabenor Bergen Castle (Bergenhus), Erik Rosenkrantz. Sebahagian daripada bangunan yang terdapat disitu telah berusia sejak tahun 1270. 

 

Dalam perjalanan balik ke ByGarasjen, kami mengikut jalan lain menyusuri celah-celah bangunan, termasuk bangunan-bangunan kediaman yang ada di tengah-tengah bandar Berden.


  


 




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...