Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 25 March 2025

Awaza, Zon Perlancongan Kebangsaan - Turkmenbashi, Turkmenistan (Mac 2025)

Program percutian kali ini adalah untuk ke Awaza, zon percutian kebangsaan Turkmenistan, yang terletak hampir 700km dari Ashgabat, menghala ke laut Caspian (tasik terbesar dunia)

Penerbangan awal pagi (6am) dari Ashgabat ke Turkmenbashi mengambil masa selama sejam. Kami pesan teksi jam 4.30 pagi pada malam sebelumnya untuk ke airport. Yang datang adalah kereta ala-ala grab. Tambangnya lebih murah dari teksi biasa.

  

Setelah mendarat, kami ambil teksi airport yang dapat masuk terus ke kawasan Awaza untuk ke penginapan 2 malam kami di Tolkun Yaht Kluby.

 
Awaza adalah zon perlancongan kebangsaan yang dibangunkan untuk rakyat Turkmenistan, terletak di kawasan pantai Laut Caspian. Pelancong asing boleh juga berkunjung ke sini cuma rakyat tempatan mereka akan menikmati kos perlancongan yang lebih murah kerana Awaza ini dibangunkan untuk rakyat tempatan seluruh Turkmenistan keluar bercuti.

Awaza ditutup pada musim sejuk dan akan meriah dengan segala macam acara dan persembahan di hujung musim panas. Selalunya dalam bulan Julai/Ogos khabarnya.

Perjalanan dari airport menuju Awaza.

Awaza hanya boleh dimasukki oleh kenderaan yang dibenarkan sahaja. Kenderaan yang selainnya kena berhenti di sebuah tempat perhentian di sempadan daerah Awaza. Dari situ kena ambil kenderaan lain yang dibenarkan masuk. Kami ambil teksi rasmi (yang dibenarkan masuk terus ke Awaza) di airport untuk  ke tempat penginapan.

Beberapa foto pemandangan di kawasan kami menginap.


Berbuka puasa di sebuah restoran di kawasan tempat penginapan


Keesokan harinya, berbasikal ke  kawasan hotel/tempat penginapan yang ada di sebelah tempat kami.


Bandar di Turkmenbashi, diluar kawasan daerah Awaza


Airport Turkmenbashi - Balik ke Ashbagat dengan penerbangan awal pagi juga.


 

Wednesday, 19 March 2025

Darvaza, Turkmenistan - "Door to Hell" (Feb 2025)

Kawah Gas di Darvaza, mungkin merupakan satu tarikan utama berdekatan dengan bandar Ashgabat (ibunegeri Turkmenistan). Ada ura-ura mengatakan bahawa kawah ini akan di kambus atas alasan pencemaran udara.

Kawah ini juga terkenal dengan jolokan "Door to Hell", terletak hampir 300km ke utara Ashgabat. Kenderaan pacuan 4-roda disarankan untuk sampai ke sana kerana perlu melintas hampir 100km jalan tarmac yang rosak dan juga jalan tidak bertar untuk rapat ke kawah.

Geologis menemukan sebuah gua bawah tanah yang mengeluarkan gas asli. Pada tahun 1970, keputusan dibuat untuk menyalakan api bagi menghapuskan gas yang terkeluar ke permukaan tanah itu. Sejak dari itu, api bernyala tidak padam-padam sehingga sekarang.

Terdapat 3 buah kawah yang boleh dikunjungi iaitu, Water Crater, Mud Crater dan Gas Crater (Door to Hell)

Kami memulakan perjalanan kami lebihkurang jam 2 petang dari Ashgabat dengan membawa bekalan berbuka puasa. Kami bertolak balik ke Ashgabat waktu malam dan sampai ke rumah selepas tengah malam untuk terus bersahur.

Selepas melewati kawasan bandar/pekan, kami sampai ke suatu check point polis (agaknya sempadan daerah). Sepanjang perjalanan selepas itu adalah merupakan kawasan gurun dan seingat kami, hanya satu pekan sahaja dilewati sebelum sampai ke destinasi. Jalanraya mula rosak agak teruk selepas melewati pekan ini.

Di beberapa kawasan perjalanan, kami nampak "pasir putih" yang sebenarnya merupakan garam yang terhasil dari punca air bawah tanah yang masin. Kami juga nampak unta-unta liar di beberapa kawasan di dalam perjalanan tersebut.

 

Tempat persinggahan pertama adalah di "Water crater", terletak 20km lebih sebelum "Door to Hell". Ia merupakan kawah besar berukuran 50m luas dan 15m dalam, dipenuhi dengan air berwarna turquoise. Boleh agak saiz kawah tersebut dengan kereta pacuan 4-roda di photo di bawah.

Kemudian kami singgah di "Mud Crater" pula. Tidak nampak macam selut pun di dalam kawah tersebut, cuma terdapat sedikit api yang menyala. Ianya nampak macam sama dengan Gas Crater/Door to Hell yang kami kunjungi selepas ini, cuma, api dalam kawahnya hanyalah sedikit.

Jalan masuk ke "Door to Hell" tidak bertar.

 

Kami sampai ke "Door to Hell" sebelum matahari terbenam. Dalam perjalanan balik, kami singgah semula ke kawah ini selepas berbuka puasa, untuk menikmati pemandangan kawah dalam suasana gelap.

 

Kami bergerak ke kawasan perkhemahan, yakni kawasan yang disediakan kepada para pelancong sekiranya akan bermalam di sini. Khemah, yang dipanggil "Yurt" disediakan untuk kami berbuka puasa.


Pemandangan "Door to Hell" di sebelah malam yang kami singgah sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ashgabat.


Saturday, 15 March 2025

Turkmenabat - Farap Border, Turkmenistan (Feb 2025)

Sampai ke Ashgabat dari KLIA pada 19/2/2025 tempoh hari, rehat sehari, seterusnya berkemas barangan travel. Keesokan pagi sebelum subuh 21/2/2025 dah ke airport untuk ke Turkmenabat bagi memulakan perjalanan darat ke Uzbekistan dan Tajiskan.

Di Turkmenistan pemeriksaan untuk naik kapalterbang adalah agak ketat. Segala barangan dalam poket kena keluarkan, kasut kena tanggalkan, dan pakaian barangan kemas pun mungkin akan trigger buzzer semasa screening.

Screen badan sebanyak 3 kali hari tu sebab buzzer dok asyik bunyi, walaupun segala barangan telah dikeluarkan dari poket. Rupa-rupamya yang trigger buzzer adalah cermin mata yang dipakai. Yang seorang lagi tu, kerana barangan kemas (gelang).

Apabila sampai, luggage-tag kena tunjuk barulah boleh bawa luggage keluar ke balai ketibaan. Prosedur ini baik (untuk mengelakkan terambil luggage orang lain) tetapi mungkin tidak praktikal sekiranya ada beberapa buah pendaratan kapalterbang sekaligus. Sewaktu beratur untuk keluar ke balai ketibaan, tidak lah sesak sangat kerana hanya kapalterbang kami saja yang mendarat pada waktu itu.

Diluar balai ketibaan sejurus sebelum menaiki kereta.

 
Waktu terbit matahari di airport Turkmenabat
 

Baru-baru sampai di Turkmenistan, diberitahu bahawa di negara ini kena berhati-hati nak ambil gambar. Kebanyakan tempat adalah dilarang terutamanya di tempat-tempat yang ada askar atau polis mereka berkawal.

Dalam airport mereka cantik, tapi tak berani nak ambil gambar dengan kamera (bolehlah juga curi-curi ambil dengan handphone).

Perjalanan ke sempadan (Pekan Farab) mengambil masa sejam lebih.


Foto yang dapat diambil dari dalam kereta sewaktu perjalanan.

 

Sampai di check point berpagar di Farap, kami turun kereta untuk diperiksa dokumen di sebuah pondok kecil. Bukan saja kami, kereta dan pemandunya juga diperiksa. Ambil masa juga disini dalam kesejukan pagi. Tetapi di pagi itu, kereta dibenarkan menghantar kami ke pusat Imigresen yang terletak lebihkurang 400m (?) ke dalam. Kalau tidak, kami terpaksa naik shuttle bas (berbayar) dengan beg-beg yang kami bawa.

Kereta membawa kami hampir ke bangunan Imigresen/Passport control. Seperti biasa, ambil masa lagi di sini screen luggage, isi borang landing card, proses passport control etc. Selepas urusan keluar border selesai, kami menunggu pula shuttle bas (berbayar) untuk membawa kami ke sebelah sempadan Uzbekistan (beg beg semuanya dimuatkan dalam carrier yang di tarik di belakang van)

Sampai di persempadanan Uzbekistan, kami berjalan kaki sedikit (200m?) sambil mengheret beg ke bangunan Imigresen/Passport control untuk masuk ke negara Uzbek. Urusan ini lebih lancar (orang Malaysia tidak perlu visa untuk masuk) dan lebih cepat.

Selesai urusan imigresen dan paspot, kami berjalan lagi (100m?) untuk keluar dari kawasan Imigresen di mana kereta sudah menunggu kami untuk membawa kami ke Bukhara. Maka bermulalah percutian kami ke Uzbekistan sewaktu menjelang Ramadhan.

Catatan sewaktu balik untuk masuk semula ke Turkmenistan

Melalui proses yang sama. Naik shuttle bas berbayar selepas selesai urusan Imigresen/Paspot keluar dari Uzbekistan.

Sampai di bangunan Imigresen/Passport Control Turkmenistan, lihat ramai sangat orang bersesak menunggu proses kemasukan ke Turkmenistan. Hampir kemua mereka itu adalah peniaga-peniaga membawa masuk barangan dari Uzbekistan. Cuma kami tak perlu screen beg-beg kami, agaknya, kerana banyak sangat barangan peniaga hendak di imbas masuk.

Sama saja proses di sini cuma kami dikenakan bayaran USD14 seorang untuk proses kemasukan semula ke Turkmenistan. Sedang menunggu urusan passport diselesaikan, baru perasan sebuah beg galas tertinggal atas shuttle bas. Beritahu pegawai imigresen, dia maklumkan ke sebelah sana kemudian disuruh tunggu shuttle bas sampai. Lama juga menunggu dan penuh juga lagi shuttle bas itu dengan para peniaga dan barangan mereka. Walau bagaimanapun, kami dapat balik beg galas tersebut yang mengandungi laptop, kamera dan lain-lain yang penting/berharga tanpa terusik pun.

Selesai urusan imigresen/passport dapat panggilan bahawa kereta yang menghantar kami dahulu tidak dapat masuk rapat ke bangunan Imigresen, jadi mereka tunggu kami diluar kawasan check point berpagar semasa mula-mula sampai dulu. Pada mulanya kami ingin berjalan kaki sahaja tanpa menunggu shuttle bas, tetapi pegawai Imigresen buat syarat "goyang stereng" menyuruh kami menunggu shuttle bas. Apa yang kami faham dari peniaga yang juga sedang menunggu itu, ada risiko "deportation" sekiranya suka-suka nak jalan kaki tanpa guna shuttle bas.

Terpaksalah kami naik shuttle bas lagi untuk keluar ke kawasan check point. Para peniaga yang ramai dengan barangan mereka itu, mempersilakan kami naik shuttle bas dulu (agaknya kerana melihat kami sebagai pelancong asing kot). Kalau nak ikutkan, trip kedua pun belum tentu muat nak naik kesemuanya ke shuttle bus itu.

Sampai di check point, kami terus ke kereta yang pakir diluar sementara pemandu kereta kami menguruskan dokumen passport kami di pondok kecil check point itu. Menunggu di kereta, datang askar Turkmenistan memeriksa kereta yang kami akan naik (rasanya mereka hendak memastikan nombor plate kereta).

Setelah semuanya selesai kami bertolak ke Turkmenabat untuk menginap semalam di hotel. Masuk bilik hampir jam 2 pagi, di mana keesokan paginya dalam jam 10 kami check out ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Ashgabat tengahari itu.

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...