Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 27 November 2012

Nara...akhirnya sampai jua


Dari Pengkalan Kubor, Kelantan menyeberangi  ke Tak Bai dengan feri, tambang 60 sen, tak sampai pun 5 minit perjalanan menyeberangi sungai. Nasib baik ada dua feri beroperasi. Kekadang cuma satu feri sahaja yang menyebabkan terpaksa menunggu berjam-jam lama. Pilihan lain boleh juga menaiki bot kecil yang memuatkan 8-10 orang.  Dari Tak Bai ke Narathiwat perjalanan hampir 45 minit menaiki kenderaan.  Sepanjang jalan terdapat 4 -5 pos pemeriksaan tentera sehingga sampai ke destinasi yang dituju.


Kastam di Tak Bai tempat pemeriksaan pasport (gambar kiri); kenderaan ke Nara (gambar kanan)



Pemandangan biasa di bandar Nara, bekas letupan bom di sana sini.  Bangunan bekas letupan dibaikpulih semula.



Menu pagi tidak jauh bezanya dengan Kelantan. nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, bubur nasi, aneka jenis pulut manis dan bermacam jenis kuih-muih.  Sebungkus nasi RM2 - RM3.


Suatu petang, bersantai di tepi pantai Nara sambil menikmati som tam dan lain-lain yang sejenis dengannya.. dimakan dengan pulut tanak.


Makan malam bersama keluarga besar Hj.Wan di Restoran Nasir.  Hidangan buffet masakan Thai seperti laksa dengan pilihan kuah hijau, merah, nasi, mee, kerabu, grill menggunakan arang, macam-macam jenis manis (pencuci mulut), hanya RM12.90 untuk seorang


Nasi belacan bersama ulam, ayam manis dan telur;
jambo kesukaan dan pilihan tetap makan malam Aisya;
pisang dan keledek bakar dengan kuah santan..aroma asap, manis pisang/keledek dan lemak santan bersatu menjadi rasa yang...yummmy..


Nadia yang keletah... Budi yang pemalu... dan cole Pakcik Kob...


Cole ialah ruang sambungan pada motosikal supaya boleh dinaiki lebih ramai penumpang atau untuk membawa barang, digunakan penduduk setempat untuk jarak dekat.  Kenderaan awam ialah kereta atau motor tambang.

Kalau nak tunggu tanah Narathiwat akan bebas dari serangan pengganas, mungkin aku tak sampai lagi ke sini.  Pergolakan yang sudah sekian lama, serangan senyap pengganas yang tidak mengenal tempat dan sasaran.. penduduk setempat semacam sudah biasa, kalih dengan bunyi letupan bom...jika silap kebetulan, silap masa dan silap tempat sesiapa saja boleh menjadi mangsa.

Masa di sini, sejam awal dari Malaysia. Penduduk Melayu masih boleh bertutur bahasa Melayu dengan loghat Kelantan.  Seorang menantu Tok Wan dari kawasan Bangkok sudah tidak pandai bertutur bahasa Melayu.  Semestinyalah bahasa kebangsaan Thai yang menyatukan dan perantaraan mereka.

Antara beberapa loghat perkataan yang hinggap ditelingaku yang jarang atau mungkin tidak lagi digunapakai di Kelantan - suka cerat  (suka sangat); mughih (marah); poyo (siapa dia)

...Terimakasih atas semua kenangan...budi yang baik tersimpan dihati.. setulus doa semoga Ayie akan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa...

1 comment:

  1. Ijin Berkunjung gan, ditunggu Kunjungan baliknya
    My website ; Jasa Seo

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...