Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 1 June 2013

Kenapa Greece

Kenapa Greece?


Greece, negara yang terletak di penghujung tenggara Benua Eropah, semakin dikenali untuk dikunjungi kerana mempunyai keunikan yang tersendiri untuk diterokai. Kaya dengan legenda purba dan sejarah tamadun bangsa yang hebat, serta pemandangan dan landskap yang menarik. Greek Island pula menghimpunkan ribuan pulau-pulau peranginan yang terletak di tengah-tengah Laut Mediterranean, yang disebut-sebut kerana keindahan pantai, matahari petang dan airnya yang membiru.

Athens, ibu negara Greece merupakan bandar tuan rumah pertama Sukan Olimpik moden pada tahun 1896, dan 108 tahun kemudian ia mengalu-alukan Sukan Olimpik 2004. Athens adalah rumah kepada Muzium Arkeologi Nasional, yang memaparkan koleksi terbesar dunia Yunani antik purba, disamping Muzium Acropolis yang baru.

Menaiki pesawat Turkish Airlines dari KLIA, transit di Istanbul (IST), kemudian meneruskan perjalanan ke Athens (ATH). Dari situ menaiki pesawat Olympics Air ke Corfu (CFU), yang merupakan destinasi pertama percutian.

Selain daripada Pulau Corfu dan Athens, saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Santorini.   Antara banyak-banyak pulau peranginan Greek, Pulau Santorini, disebut salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi (amazing place to go part 1).

Santorini Architecture

Hasil carian di zabihah.com. restoran halal hanya terdapat di Athens, dan tidak ada satu pun yang tersenarai di Corfu dan Santorini. 





Ini pula hasil carian di Islamic finder.org....






Suhu 21C - 28C

Zone masa semasa GMT +3
Maksudnya waktu di Greece 5 jam lewat berbanding Malaysia





Pada awal bulan Jun, di mana musim panas mula menghampiri, waktu siang selama 14 jam, lebih panjang berbanding waktu malam.  Greece paling ramai dikunjungi pelancong pada musim panas, iaitu pertengahan bulan Jun hingga bulan Ogos.  Pelancong dari negara Malaysia tidak perlu memohon visa untuk memasuki Greece.


(Semua urusan percutian seperti tempahan tiket pesawat, hotel, pakej pejalanan ditempah melalui Kelab Percutian Worldventures)

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...