Menaiki menaiki pesawat
Aegean Airlines dari Athen (ATH) ke Santorini (
JTR), perjalanan mengambil masa 45 minit. Dari jauh dapat dilihat rumah-rumah kotak putih penempatan berlatar belakang gunung ganang yang gersang berbatu, tak banyak pokok-pokok yang ada. Jauh bezanya dengan Pulau Corfu yang menghijau.
|
Hotel Anastasia, Kamari |
Hotel Anastasia terletak di
Kamari tak berapa jauh dari airport. Dijemput oleh kenderaan Hotel, sampai ke bilik jam 8 malam walaupun nampak masih siang. Dah penat nak keluar, dan perut pun tak kosong sangat, makan malam kami cukup dengan mee segera dan serunding daging yang masih tersimpan kemas dalam bag, belum dibuka sejak seminggu kami berada di bumi Greece. Kopi segera pelengkap hidangan, berehat di kerusi varandah, dari sini boleh nampak
Profitis Elias di puncak gunung.
Beberapa photo yang dirakam di Profitis Ilyas, puncak tertinggi Santorini:-
|
(Landasan Lapanganterbang Santorini - JTR dari puncak Profitis Ilyas) |
Sedikit catatan mengenai Nabi Ilyas di
SINI.
(..Khidr is one of the four prophets whom the Islamic tradition recognizes as being `alive' or`immortal', the other three being Idris (Enoch), Ilyas (Elias), and `Isa (Jesus).)
|
(Kereta yg disewa - Suzuki) |
Pada hari kedua, selepas bersarapan di hotel, kami ke pekan Kamari untuk menyewa kereta selama 2 hari. Menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar mungkin bukan kesalahan di sini. Tetapi memakir kereta jangan sebarangan, berkali-kali diingatkan oleh pemilik kereta supaya memakir di tempat P untuk mengelakkan saman.
Destinasi hari ini ke Profilis Illyas,
Pyrgos,
Oia dan
Thira / Fira ialah pusat bandar Santorini. Pulau ini tak sebesar Corfu, sehari pun boleh habis pusing semuanya. Seni architecture Santorini yang disebut-sebut... rumah putih yang berpintu biru, gereja yang berkubah biru dibina rapat, berlapis-lapis dari bahagian bawah lereng gunung hingga ke atas, ada lorong sempit dan kekadang anak tangga yang menghubung...paling dikenali di Oia, Thira dan Pyrgos. Entahlah... di mana kelebihannya....
|
Thira |
|
Pyrgos |
|
Thira / Fira |
|
Thira |
|
Pyrgos |
|
banyak pilihan magnet... |
|
Grill Seafood di Pantai Kamari |
Singgah makan tengahari di tavarnas tepi pantai Kamari. Menu kami seafood bersama nasi, nasinya agak berminyak kerana digaul dengan minyak zaiton. Pemilik hotel memberitahu, untuk seafood yang lebih murah ke pantai Almira atau pantai
Gialos. Tetapi masalah memandu di sini ialah kurangnya tanda jalan, apatah lagi untuk jalan-jalannya yang kecil.
Hari ketiga, walaupun air pantai masih sejuk tak menjadi penghalang untuk mandi-manda, memandangkan harini hari terakhir sebelum pergi ke Athens dan takkan jumpa pantai lagi. Berendam dan berjemur...tak rasa melekit biarpun air laut kering di badan. Jika orang sana sunbath untuk dapatkan kulit tent dan kami pula menjadi cik tam... marah sangat Theha bila saya kata kulitnya dan hampir sama dengan Dayang Senandung. Tahu rupanya dia siapa Dayang Senandung... ialah, Theha kan peminat cerita melayu klasik dan filem P. Ramlee...
|
Pantai Kamari |
Kamari, mempunyai pantai yang agak panjang, air yang jernih, berbatu hitam, kesan dan sisa peninggalan letupan gunung berapi dari pulau yang sangat berhampiran dengannya.
|
Pantai Kamari |
|
Pantai Perissa berdekatan dengan Kamari, berpasir hitam dan kurang berbatu |
|
Kamari Beach.... ooppss !! tu bukan papa Theha tuh! |
Sunset di Oia menjadi tumpuan pelancong, tavernas yang mempunyai pandangan sunset penuh dengan pelanggan, dan ramai pasangan pengantin yang merakamkan saat indah mereka di sana. Penuh sesak... nak hulur kamera pun susah, apa lagi untuk mencari sudut yang menarik.
|
Oia |
|
Oia |
|
Oia |
|
Oia |
|
Oia |
|
(saat mentari hampir terbenam) |
Jika semalam ke Oia di bahagian paling Utara, hari ini pula ke light house, bahagian yang paling selatan untuk merasa suasana indah matahari terbenam. Dari sini boleh nampak Oia sebab pulaunya berbentuk seakan C terbalik. Sangat cantik...tak mampu diungkapkan...dan biar saja foto yang bercerita....
Ingin merasa jalan air, kami menaiki feri Seajet
Superjet ke pelabuhan Piraeus di Athens. Feri yang sepatutnya berlepas jam 12 tengahari, terlewat 1jam. Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai.
|
Jalan ke pelabuhan
|
Jalan berliku dari atas bukit turun ke bawah untuk ke Port Athinios, Santorini....tak terlepas dengan pemandangan indahnya ...
Lagi gambar-gambar sunset..
No comments:
Post a Comment