Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 1 July 2013

Athens, Greece

Kami sampai di Pelabuhan Piraeus pukul 7 petang, 2 jam terlewat dari jadual asal. Perjalanan yang hampir 6 jam dari Santorini agak boring juga...jadi tidur jelah kat dalam feri tu. Dari situ mengambil teksi ke Hotel Pargamos, di kawasan Omonia. Pemandu teksi meminta bayaran € 25 biarpun bacaan meter sekitar € 18, katanya extra bag padahal bag cuma 2 sahaja. Siap bertanya jika kami nak pusing-pusing bandar Athens dengan penguasaan bahasa inggeris yang sangat basic.

dari kamar hotel...

dari kamar hotel
Pokok anggur sebagai teduhan kereta
Malam tu, berpandukan peta kami mencari restoran halal yang paling hampir dengan hotel berdasarkan senarai dari zabihah.com. Hampir 10 minit berjalan maka berjumpalah dengan Dhaka Palace di 26 Geraniou. Kedudukannya di lorong agak kebelakang, ramai bangsa Bangladesh/ India sedang melepak. Dua set nasi bryani yang kami pesan tak mampu untuk dihabiskan, sebab agak pedas dan berminyak.

Masa berjalan pulang ke hotel baru kami perasan ada 3 restoran halal yang lebih dekat dengan hotel. Satu daripadanya, restoran kebab selang dua pintu saja dari hotel.

Dhaka Palace Restoran

(Hidangan di Restoran Madina)

Dua kali kami berkunjung ke Restoran Madina... di No. 75 Menandrou (kawasan komuniti Aghan). Nasi Briyani, ayam bakar, ayam kurma, salad, roti nan dan sos pudina € 10... rasanya enak dan murah berbanding dengan tempat lain.

Kedai kebab yang berdekatan dengan Hotel Pargamos

Hotel Pergamos berdekatan dengan station metro Omonia, kira-kira 7 minit berjalan, jika tak sesat. Kami menggunakan metroline untuk bergerak ke destinasi. Membeli tiket day pass €4 seorang, bebas menggunakan mana-mana line metro, tram, trawler dan bas untuk sehari. Tak susah untuk memahami sistem pengangkutan awam mereka.

 




Ada 3 line metro:-

Dari Omonia untuk ke Akropoli menggunakan line 2, selepas Station Syntagma
Dari Omonia ke Monastiraki, guna line 1

Syntagma Square, (Constitution Square) ialah pusat bagi Athens, dekat dengan bangunan Parlimen dan National Park. Terdapat laluan pejalan kaki sejauh satu kilometer yang menghubungkan Syntagma Square ke Monastiraki. Lengkap dengan kedai-kedai fesyen berjenama mewah dan pusat-pusat membeli-belah mempromosikan jenama antarabangsa, meletakkan ia tempat kelima jalan-jalan paling mahal membeli-belah di Eropah.

(KESAN LIBERALISASI - Sekumpulan muda-mudi Athens meng-"ekspresi"-kan kebebasan  di tengah-tengah  kesibukan orang ramai. -  Homoseks berpelukan dan berkucupan di kiri photo, hubungan normal (tengah-tengah photo, terlindung) dan lesbian di kanan photo. Adakah yang sebegini juga dituntut di Malaysia kini?)


Penduduk Athens boleh katakan agak peramah dan mesra pelancong. Polis yang berunifom t-shirt ada dimana-mana penjuru Athens. Terasa selamat dan tak kekok untuk bertanya.


Pengalaman ketika disapa mesra oleh seorang wanita tempatan ketika kami tersesat... agaknya kesian melihat kami yang terpinga-pinga mencari arah...

(Tram ke Achillious)
Kami sebenarnya ingin ke Achillious yang sebelum ini diberitahu oleh seorang warga tempatan supaya menaiki metro dan turun di station Metaxourghio. Jalan Achillious dekat-dekat station itu tetapi bukan itu yang kami maksudkan. Achillious yang dicari  adalah sebuah station tram berdekatan dengan kawasan membeli-belah barangan/pakaian sukan yang berjenama seperti Adidas, Nike, Timberland, Diesel, Speedo, dsb.
Wanita tempatan yang menolong kami di station Metaxourghio itu menerangkan bagaimana untuk ke Achillious dengan menaiki tram di Syntagma, berhadapan dengan Parlimen, bukannya dengan menaiki metro.


("Permainan Api" ditengah jalan.... mengharapkan sedikit derma dari orang ramai)


PARLIMEN

Menyaksikan pertukaran pengawal di hadapan bangunan Parlimen yang berlaku pada setiap jam. Agak unik cara mereka berkawad... mengangkat kaki sehingga 90darjah dan sesekali mengesel kasut pada lantai, mungkin mempunyai maksud yang tertentu. Jika kebetulan berada di sini pada hari Ahad bolehlah menyaksikan acara pertukaran dengan kumpulan yang lebih besar 'Evzones' setiap jam 11 pagi. Ada 'penjaga' mereka yang akan mengesatkan peluh, membetulkan baju dan topi, kemudian membenarkan orang ramai bergambar dengan mereka.



Acropolis ialah tapak arkeologi yang paling penting di Athens. Warisan era klasik monumen purba dan karya-karya seni masih dapat dilihat. Yang paling terkenal ialah Parthenon, yang dianggap sebagai mercu tanda utama tamadun awal Barat. Bandar ini juga mengekalkan monumen Rom dan Byzantine, serta Uthmaniyyah.
Theatre of Dionysus



Parthenon



Panathenaic Stadium or Kallimarmaron - stadium olimpik moden yang pertama

Athens merupakan bandar tuan rumah pertama Sukan Olimpik moden pada tahun 1896, dan 108 tahun kemudian ia mengalu-alukan rumah Sukan Olimpik 2004.









Tempat-tempat tarikan di Athens kebanyakan berdekatan sahaja. Boleh berjalan kaki jika larat asalkan memakai kasut yang selesa. Plaka, terletak hanya di bawah Acropolis, terkenal dengan seni bina banyak yang neoklasik, yang membentuk salah satu daerah yang paling indah di bandar ini. Ia kekal sebagai destinasi pelancongan utama dengan tavernas, persembahan secara langsung dan jurujual jalan.



Monastiraki, dikenali dengan flea market dan kedai-kedai kecil yang menjual barangan cenderamata.






Hari terakhir di Athens, selepas check-out, pihak hotel membenarkan kami menyimpan bagasi di situ sebab nak pergi ke airport masih terlalu awal lagi kerana pesawat kami akan hanya berlepas pada jam 10 malam. Berjalan kaki kira-kira 5 minit ke Muzium Arkeologikal Nasional, di Patission Avenue. Muzium yang mempamirkan koleksi barang-barang antik Yunani purba yang terbesar di dunia, menyimpan kira-kira 20,000 koleksi. Bayaran tiket ialah € 7.







Greek Purba



Dari hotel, kami mengambil teksi ke Syntagma square cuma € 5. Kemudiaan mengambil bas X95 ke Athens International Airport El Venizelos, tambangnya € 5 seorang dewasa. Jika menaiki metro, menggunakan metro line 3 tambang sekitar € 8 . Sehari sebelum kami balik, tiada pengangkutan awam pergi ke airport kerana mogok pekerja. Pilihan lain ialah teksi, tambangnya mungkin sekitar € 35.

Jika berpeluang berkunjung lagi ke Greece, banyak lagi destinasi menarik di daerah lain yang boleh dikunjungi seperti ke Delphi, Meteora dan Thessaloniki yang tentunya mempunyai tarikan yang berbeza.

Suatu pagi, berjalan ke station metro Omonia seperti kebiasaannya... kami nampak seorang perempuan ini, "sujud" di tepi jalan....



Masjid, yang kini telah tidak berfungsi.. hanya dijadikan sebuah monumen untuk tarikan pelancongan..








Memakir kereta di Athens... antara satu sebab mengapa menggunakan pengangkutan awam adalah merupakan pilihan yang lebih tepat dari menyewa kereta untuk memandu sendiri...



Memasuki ruang angkasa tanahair.. home sweet home!!
(di dalam pesawat TURKISH AIRLINES TK60)

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...