Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 24 June 2013

Corfu, Greece


Hari Pertama


Sebaik saja sampai di airport Athens Eleftherios Venizelos International Airport (selepas transit 2 jam di Istanbul, Turki), semua urusan berjalan lancar.  Tidak perlu mengisi borang ketibaan, terus beratur untuk pemeriksaan paspot.  Kemudian mengambil bag di ruang bagasi.  Ada lagi  masa 4 jam untuk pesawat berikutnya ke pulau Corfu.  Boleh terus check-in bagasi di kaunter Olympic Air. Airport Athens boleh tahan besarnya, ada shopping center, restoran, mini musium arkeologi, dan tempat mainan untuk kanak-kanak.
Di Airport Athens

Di Airport Athens

Greece in glance
Terbang dari Athens ke Corfu mengambil masa 1jam perjalanan.  Dari perut pesawat dapat dilihat pandangan mukabuminya yang  hijau bergunung dan laut yang membiru.  Terminal domestik Airport Corfu itu sudah agak sibuk menerima kunjungan pelancong yang mula membanjiri pulau Corfu.  Selepas ambil bag, kami beratur untuk mengambil teksi di luar terminal.  Kebanyakannya teksi mercedez benz yang menunggu, mengenakan kadar rata Euro$35 untuk ke hotel yang jaraknya lebihkurang 18km.

Setelah menempuh selama 25jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke Hotel Primasol Louis, Benitses kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan).  Hotel yang di bina di atas lerengan bukit di belakangnya dan di hadapan ialah laut yang terbentang luas berlatar-belakang gunung-ganang di tanah besar Greece masih boleh kelihatan.



Hari Kedua

Seharian merehatkan diri di hotel.
Primasol Loius Hotel

Biarpun hari nampak panas, suhu sekitar 23C, mentari cerah yang memancar menyebabkan kulit terasa perit tetapi angin sejuk yang bertiup seakan mengimbangkan suasana membuatkan cuaca terasa nyaman sekali.  Air laut masih lagi terasa sejuk, sesejuk air minuman dari peti sejuk..tak betah untuk berendam lama2...berendam sekejap pun dah menggigil.

Bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi... pantai yang tenang dengan warna biru laut, biru langit dan gunung-gunung pun seakan senada warnanya.... sangat-sangatlah cantik ciptaan Tuhan.  Berbaloi rasanya datang jauh-jauh ke sini.





Mereka "mandi-mentari" macam ni,,, 

Primasol Loius Hotel


kita pula "mandi-mentari" macam tu...





Primasol Loius hotel



Selepas tengahari, beralih pula ke kawasam kolam di tingkat 6, rooftop, terletak di atas bukit.  Theha seronok bermain gelonsor air biarpun kesejukan.  Untuk ke Prima Kids Club kena mendaki beberapa anak tangga lagi, setiap hari ada aktiviti disediakan mengikut tema yang telah dijadualkan.  Hari ini Theha melukis belon bersama beberapa kanak-kanak lain.












Primasol Loius Hotel





Makan malam  hari ini yang bertemakan tanpa daging.. kebanyakan menu berasakan sayuran... lasagna sayuran, pie bayam, mousaka terung (aubergine), pasta dengan sos keju, cendawan dengan adunan hirisan daun herba, salad segar dengan renjisan minyak olive dan vinegar, semuanya terasa enak dan berselera.


Hari Ketiga

Terjaga tatkala waktu menghampiri subuh. Kepala terasa pening-pening lalat, mungkin kerana fizikal sedang menyesuaikan dengan jam biologikal. Menunggu cerah masih lama lagi. jika waktu subuh 4.15 pagi dan fajar pula 6.15 pagi. Selesai solat subuh, seketika berdiri di varandah, pagi masih gelap gelita, cuma cahaya dari bulan sabit penghujung Rejab (hari ini 25 Rejab) begitu terang sekali sehingga ternampak bayangannya di air. Kedengaran bunyi ombak lembut menhempas pantai. Hembusan angin yang dingin membuatkan tidak betah berdiri lama-lama di varandah.


Sunrise @ room430 Primasol Louis Hotel
Sarapan pagi cukup dengan cereal dan campuran buah kurma dan peach, biarpun dihidangkan dengan macam-macam pilihan yang boleh dimakan...

Lepas sarapan menuggu bas di hadapan hotel untuk ke bandar Corfu.  Bas datang tepat pada masanya. Tambang bas....Euro$2 untuk dewasa dan Euro80sen untuk Theha.. masih pakai konduktor tiket..


Penuh sesak dengan penumpang yang kebanyakannya pelancong.  Kenalah berdiri untuk tempoh perjalanan selama 30 minit untuk sampai.  Hujan yang turun renyai2, sekejap turun dan sekejap berhenti membataskan pergerakan.  Berteduh sebentar di cafe.....

Corfu Town

Bandarnya mempunyai seni bina yang unik, dipengaruhi oleh banyak dominasi seperti abad Sicily, Venice, Perancis dan Inggeris. Berjalan-jalan sehingga sampai ke Dataran Esplanade yang merupakan pusat bandar Corfu, yang direka bentuk mengikut seni bina taman Perancis, dengan banyak pokok-pokok teratur dan bunga-bungaan.

Hampir 4 jam kami pun pulang semula ke hotel. Theha tidak mahu ketinggalan aktiviti di Prima Kid club, dengan bertema kraf. Malamnya pula Theha sudah tidak lagi malu-malu untuk ikut serta bersama Disco Kid Club.


Hari Keempat


Sewa kereta dengan Europcar (Fiat Punto) untuk 3 hari,
Harga minyak Euro$1.72/liter

Mula-mula ke pantai Paleokastritsa.  Lokasinya 23km barat laut Bandar Corfu.

Pantai yang paling terkenal dan mungkin yang paling indah di pulau ini. Pantai berpasir yang agak besar, tebing  hijau mengelilingi pantai dan gua laut yang boleh dikunjungi dengan bot sekitar Paleokastritsa. Ada Aquarium Corfu di sini.




Menaiki sub-marine bot, yang boleh turun 2m ke bawah deck melihat ikan sambil bot bergerak.


(deck 2 meter dalam laut)

(pelantar untuk menaiki submarine boat)

(tebing batu berwajah monyet)

Kemudian ke pantai Sidari  - Lokasi: 36 km barat laut Bandar Corfu.
Teluk terkenal  Sidari Canal d'Amour terletak di barat Sidari, di sebelah utara pulau itu. Ia adalah salah satu tempat yang paling menarik dan spot fotografi di Corfu.




Seterusnya ke Agios Spiridonas yang pantainya berpasir seperti juga di Sadari.

Singgah di Pyramid Restoran. di hadapan pantai Agios Spiridonas.  Sambil makan Theha boleh main-main... terdapat sudut mainan untuk kanak-kanak... mini golf, go-karts, playground...







Beberapa kali kami tersesat kerana kurangnya tanda jalan.  Di sini memandu di sebelah kiri. Tapi itu bukanlah cabaran yang sebenarnya. Semasa memandu ke puncak bukit Pantokrator itulah cabarannya...jalan yang sempit, selisih kereta pun susah, berliku dan berpusing-pusing. Beberapa kali saya yang di sebelah pemandu berasa cemas dan berharap supaya tiada kereta dari arah yang bertentangan kerana tiada ruang untuk berselisih kereta dan kiri kanan ialah cerung. Sesekali berjumpa dengan kawasan perkampungan di mana rumah-rumah mereka betul-betul di bahu jalan.

Pun begitu ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan di tambah lagi dengan pemandangan yang cantik. Pokok-pokok zaiton ada di mana-mana, menguasai hampir keseluruh pandangan kiri dan kanan. Bila hampir sampai ke puncak, pokok-pokok pine pula menghijaukan pandangan.




Pokok Zaiton yang baru mengeluarkan buah
Puncak bukit yang menguasai pemandangan pulau Corfu, dengan biara kecil ortodoks, yang sedang diselenggara.  Pemandangan pulau yang cantik, laut, dan  pantai Albania dapat dilihat dengan jelas.  Cantik jika dapat merakam sunset disini...tapi tak mungkin kami berani untuk menuruni bukit bila hari dah malam.

(Photo menggunakan telefon Samsung S3, "Panaroma" effect)




Ini paparan GPS yang menunjukkan jalan yang berbelit (diambil semasa berada di pertengahan jalan menuruni Mont Pantokrator)


Colours of nature
Hari Kelima

Theha tidak mahu ketinggalan aktiviti di Prima Kids Club, iaitu melukis muka. Kami berehat di tepi kolam sambil minum jus sementara Theha selesai dengan aktivitinya



Tag gelang hotel bermakna boleh makan dan minum 24 jam sehari dengan percuma di restoran, cafe samada di tepi pantai, pool bar, atau lain-lain bar. Wrist band orange pula ialah tag untuk member Worldventures Club.












Sebelah petangnya kami ke Achilleion Museum




Kemudian ke pantai Kassiopi... Suasana kampung tradisional yang cantik dengan pelabuhan yang aman. Berjalan-jalan di sekitar tanjung yang mempunyai pemandangan yang luar biasa, dicelah-celah deretan tavernas dan kedai souvenir.






Hari Keenam

Bersiar-siar ke pantai Kavos. Seperti kebanyakan pantai lain disini, berhampiran pantai pasti ada pekan kecil, tavernas dan kedai souvenir ada di mana-mana  menjual barang yang hampir sama. Kelihatan ramai anak-anak muda berjalan-jalan santai bersama teman-teman dengan sekadar berpakaian bikini mandi sahaja.


Di Corfu terdapat banyak pantai-pantai kecil yang air lautnya jernih, walaupun tak terbentang luas seperti pantai di tempat kita.


Hari Ketujuh

Hari terakhir di Corfu,  meninggalkan corfu menuju semula ke Athens untuk ke Santorini.


Theha @ Prima Kids Club






(Theha & Eva)
Disco Kids Club





Semua urusan percutian Greece ini, seperti tempahan tiket pesawat, hotel, pakej perjalanan ditempah melalui Kelab Percutian Worldventures. Siapa dia World Ventures? Klik DI SINI untuk berita mengenai kelab tersebut baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...