Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 13 August 2015

Salzburg, Austria

Dari 05/06/2015 hingga 08/06/2015

Semasa sampai di Vienna dari Budapest, kami terus membeli tiket-tiket keretapi untuk perjalanan seterusnya iaitu dari Vienna ke Salzburg dan dari Salzburg ke Zagreb (Croatia). Terdapat pejabat tiket OBB di stesen Wien Westbahnhof, Vienna. 

TIPS - sekiranya anda tidak "travel light", kami berpendapat adalah lebih baik untuk "reserve kan seat" anda semasa membeli tiket. Keretapi europe ini tidaklah se-selesa shinkansen Jepun di mana ruang tempat duduk shinkansen lebih luas (sehinggakan cukup utk meletakkan bagasi besar anda di tempat duduk anda dan masih dapat menghulurkan kaki semasa duduk). Lagipun shinkansen mempunyai ruang yang luas untuk menyimpan bagasi (dan boleh dikunci sekiranya mahu) di bahagian belakang kabin.

Ada charge tambahan untuk reserve seat (shinkansen tiada charge tambahan).

Semasa membeli tiket perjalanan Vienna-Salzburg dan Salzburg-Zagreb, kami disarankan supaya tidak perlu reserve seat kami kerana keretapi agak kosong katanya. Berpandukan pengalaman keretapi dari Budapest ke Vienna, kami tidak mahu mengambil chances. Memang berbaloi membayar lebih untuk reserve kan seat kerana tidak dapat kami bayangkan kesusahan mengheret bagasi atas keretapi sambil mencari-cari seat yang kosong untuk diduduki. Dan sudah pasti kami berempat tidak dapat duduk setempat.

Tidak banyak foto di ambil disepanjang perjalanan dari Vienna ke Salzburg kerana jurugambar lebih banyak terlentok.


Sesampai di stesen Salzburg HBf, mula-mula ke info tourist, bertanyakan panduan untuk ke hotel. Jarak dari stesen Salzburg HBf ke hotel Drei Kreuz tidaklah jauh mana, lalu kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja kerana kami belum explore lagi sistem pengangkutan awam (hanya bas dan teksi sahaja untuk ke hotel). Walaupun begitu, kami makan buah langsat juga apabila tersilap jalan untuk menuju ke hotel.



Kenal pasti dulu pintu keluar dari stesen... ikut kearah Schallmoos, kerana lokasi hotel kami di kawasan Schallmoos.  Seterusnya ikutlah panduan yang dijelaskan oleh kaunter info.  Kerana tersilap pintu exitlah yang menyebabkan kami tersesat pada awalnya.

Diluar bangunan utama stesen Salzburg HBf ini, terus jumpa restoran HALAL (kebab). Malah semasa berjalan kaki menuju hotel, kami melintasi beberapa buah restoran halal.

Staff hotel ini begitu mesra melayan kami sepanjang penginapan kami.


Salzburg Old Town (Altstadt) tersenarai di dalam senarai World Heritage Site UNESCO. Dari hotel, kami menaiki bas dengan menggunakan tiket "day-pass" untuk menaiki bas/tram sekitar Salzburg.

Bandar Salzburg tidaklah sebesar Vienna, boleh ronda-ronda dengan berjalan kaki ataupun menyewa basikal jika mahu. Bandarnya terpisah dua oleh sungai Salzach.

(Lingkaran bas/tram sekitar Salzburg)
TIPS : Sekiranya kami sampai lagi di Salzburg di masa-masa akan datang, kemungkinan besar kami akan memilih untuk menyewa basikal untuk bersiar-siar di sekitar Salzburg, menggantikan bas/tram.



Terdapat beberapa jambatan menyeberangi sungai di kawasan Old Town ini. Salahsatu dipenuhi dengan mangga kunci sehingga menjadi suatu tarikan pula. Jika bercadang untuk mengunci kasih sayang pada tersayang atau keluarga bolehlah bawa mangga kunci siap-siap untuk diabadikan di sini.



Kami hanya menyewa basikal untuk beberapa jam sahaja semasa berada di kawasan Old Town. berbasikal menyusuri Sungai Salzach sehingga ke jalan-jalan yang tidak berturap di kawasan 'hutan/taman semulajadi', sangatlah menyeronokkan dan asyik dengan pemandangan yang sangat indah.


 



Bersiar-siar disekitar kawasan tumpuan Old Town...



terkenang masa main deco restaurant city bila tengok cafe ni...

Salzburg.. kota kelahiran Mozart


Pemandangan senja di Old Town sebelum kami pulang ke hotel..


Keesokan harinya, kami ke Haalstadt (artikel selepas ini).

Hari ketiga di Salzburg, kami menumpukan lawatan di Salzburg Castle (Hohensalzburg Fortress) dan kawasan sekitar, yang juga terletak di kawasan Old Town. 

View from below
(Panoramic view from above)


Marionette Museum at Hohensalzburg



Fortress Museum at Hohensalzburg



Europe's largest Amber store  juga berada di sekitar Hohensalzburg..



Taman yang berdekatan dengan kawasan.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...