Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 12 November 2015

Zadar, Croatia

13 JUNE 2015

Check out dari Apartment Dvije Palme, kami menuju pula ke Baresic Apartmani di Zadar, dengan jarak perjalanan lebihkurang 100 km.


Bandar Pelabuhan Zadar.. 

Dari Sibenik, menuju lokasi Baresic Apartmani (penginapan kami di Zadar), peranti GPS kami membawa terus ke lokasi di bandar pelabuhan ini. Tidak nampak sebarang apartment di lokasi ini. Akhirnya, kami memakir kereta dan bertanyakan kepada seorang pemuda pengusaha pelancongan di kawasan itu. Kami menunjukkan voucher penginapan yang memaparkan alamat Baresic Apartmani, dan beliau pasti lokasi apartment tersebut bukannya di sini tetapi di kawasan lain. Beliau seperti bersungguh-sungguh untuk menolong...  menelefon nombor yang tertera di voucher tersebut untuk mendapat penjelasan lanjut.  Akhirnya dia sarankan supaya mencari lokasi yang berdekatan dengan alamat tersebut.



Apartment tersebut terletak di kawasan lain, lebihkurang 11km dari tempat kami mula-mula sampai. Menggunakan panduan Waze, kamikemudiannya sampai ke kawasan apartment tersebut setelah dua tiga kaliberpusing di jalan-jalan sempit.

Apartment ini terletak berdekatan dengan sebuah gereja. Loceng gereja dibunyikan awal pagi dan juga di sebelah malam (lebihkurang jam 10pm). Kami tidak pasti berapa kali loceng gereja dibunyikan pada siang hari sebelum jam 10pm itu kerana kami berada di luar.




Setelah check-in, kami keluar semula menuju ke tempat kami mula-mula sampai tadi, kerana kawasan itulah yang menjadi kawasan tumpuan pelancongan.







Pemandangan dari puncak gereja...







Kemudian kami berjalan ke kawasan tepian pantai di mana terdapat ramai pengunjung yang juga terdiri dari orang-orang tempatan, berkelah serta mandi mandi di situ. Tujuan utama kami ialah untuk mencari "Sea Organ of Zadar", tarikan utama perlancongan di sini. Binaan architecture organ laut itu akan mengeluarkan bunyi harmonik apabila pukulan ombak  terkena pada strukturnya.





Inilah kawasan "Sea Organ" tersebut...



"Sea Organ" of Zadar, bunyinya yang dirakamkan di waktu malam:-



Time untuk pulang ke tempat penginapan kerana keesokan harinya kami akan ke Zagreb semula, untuk memulangkan kereta sewa dan seterusnya mengambil keretapi ke Budapest.






Slide foto di Zadar...







Pemandangan tepi laut di kawasan jalan masuk utama, berhadapan dengan aprtment yang kami inap di Zadar..


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...