We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Wednesday, 25 November 2015

Zagreb, Croatia

14 JUN 2015


Pagi-pagi lagi dah mulakan perjalanan dari Zadar ke Zagreb yang memakan masa selama 3 jam (melalui highway tol sejauh 290km).



Kami perlu memulangkan kereta sewa sebelum jam 12 tengahari (Pejabat Sixt akan tutup awal hari Ahad). Kami juga belum meninjau lagi Zagreb semasa sampai dulu, serta kami juga bercadang untuk makan di sebuah restoran halal yang terdapat di salah sebuah hotel di Zagreb sebelum menaiki keretapi.

Keretapi dari Zagreb ke Budapest, Hungary,  dijadualkan berlepas pada jam 2:30pm.


Ini foto kawasan berhadapan dengan apartment di Zadar, sebelum meninggalkan bandar Zadar untuk ke Zagreb.


7.30am, pagi yang sangat indah.. bye.bye Zadar..

Selain dari melalui terowong-terowong panjang, kami juga melintasi Tesla Village. Siapa dia? Tonton.. Nikola Tesla - The Forgotten Wizard. Sayang kami tidak ada masa untuk singgah. Mungkin satu hari nanti kami akan datang semula ke sini.




Sampai di Zagreb, kami terus ke Restaurant Kaptol di The Westin Zagreb Hotel, makanan halal, untuk early lunch..

Di Zagreb terdapat beberapa restaurant halal berdasarkan carian google.  Kami memilih yang ini kerana tidak jauh dari pusat bandar




Selepas makan tengahari, kami ke pejabat Sixt, hantar kereta sebelum jam 12:00 tengahari. Selesaikan urusan pemulangan kereta, mereka kemudiannya menghantar kami ke stesen keretapi. Ada masa lebihkurang 2 jam untuk bersiar-siar sekitar pusat bandar Zagreb, berhampiran dengan stesen keretapi Glavni Kolodvor.





 

Sedang seronok berjalan-jalan, kami terkejut disapa oleh mamat ini.. Katanya, seorang muslim, merayau-rayau di Zagreb.. tak punya wang..  beberapa hari lagi dah nak puasa.... nampak okay lagi kalau nak kerja pun.. anyway, kami sedekahkan saki baki coin yang ada kat dia..





Central Hotel, tempat kami menginap sebaik saja tiba di Zagreb dulu, terletak tidak jauh berhadapan dengan stesen keretapi utama Glavni Kolodvor, Zagreb.


Masa untuk berlepas ke Budapest, Hungary hampir. Kami masuk platform untuk menunggu keretapi sampai.. pusing-pusing platform dulu





Kabin kami untuk ke Budapest...






Repinec.. stesen yang menghampiri sempadan Hungary..






Foto di bawah ini diambil kerana teringat movie Psycho.. motel Norman Bates





Mesej motivasi pada botol air minuman....




Hari dah semakin gelap.. tutup kedai kamera.. belum sampai Budapest lagi



Keretapi sampai di Budapest jam 8.30 mlm.. sebaik saja turun dari keretapi di stesen Keleti, ada tuan teksi  dah offer sewa teksi ke  hotel. Tengok dia ada pakai tag nama, tidak cerita panjang terus setuju untuk menggunakan khidmat teksinya. Teksi bermeter dengan kadar sewaan yang berpatutan. Sambil mengheret beg, kami pun berjalan ke tempat teksi yang terletak di kawasan luar stesen.

Minta tuan teksi hantar ke pusat bandar Budapest dulu kerana hendak ke Hard Rock Cafe, beli baju. Kena pergi malam tu juga kerana esoknya, pukul 11:00am baru Hard Rock Cafe tu buka, tak sempat dengan jadual penerbangan pulang ke Malaysia.

Tuan teksi tunggu tepi jalan sehingga selesai urusan pembelian, barulah kami bertolak ke apartment penginapan (artikel selepas ini) yang tidak juga berapa jauh dari situ.


Slide Photosnack..














No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...