Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 17 November 2016

Miri, Sarawak - 2016

Oktober 2016

Ini adalah kali pertama kami sampai ke Miri, bercuti hujung minggu di dalam negara yang belum pernah dijejaki.  Bercuti gaya 'malas' dengan perasaan merdeka kerana Mia baru selesai menduduki peperiksaan Tahun 6.

Walaubagaimanapun, di saat-saat terakhir barulah tersedar tarikh pergi balik tiket kapalterbang adalah tidak 'matching' dengan tarikh penginapan hotel (haax.. macamni pun ada). Jadi terpaksalah beli tiket kapalterbang lain sehala dan ubah tarikh penginapan hotel. Kami juga menempah kereta sewa dari online untuk 4 hari 3 malam sepanjang di Miri dan juga berhasrat ke Brunei

Sampai di airport, terasa macam masuk negara lain pula kerana kena melalui pemeriksaan imigresen. Tidaklah cerewet mana cuma terasa agak janggal melalui imigresen dalam negara sendiri.


(Balai ketibaan Miri)

Dah dapat kunci kereta... apa yang perlu dulu ialah mencari kedai untuk sarapan pagi. Kami menghala ke Restoran Selera Rasa Segar di bandar, hanya 3km dari airport.  Di sini menu utamanya ialah nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk-pauk dan masakan panas.

Selepas sarapan kami meninjau  ke Pasar Tamu Muhibbah... membeli sedikit buah-buahan.. harga pisang sangat murah, tak kira timbang.. cuma RM2 sesikat.


Kemudian kami mencari sarawak handicraft.. sampai di alamat yang dituju bangunan tersebut dalam proses pengubahsuaian.  kami pun mengubah hala ke Canada Hill (Bukit Tenaga) untuk menziarah The Grand Old Lady - lokasi perigi minyak pertama di Malaysia. Ianya sudah dijadikan muzium petroleum.





Lokasi perigi berdekatan dengan Muzium petroleum. Kami tidak meninjau masuk ke dalam muzium.




Pemandangan bandar Miri dari puncak bukit Kanada..




Kecuali Bukit Tenaga, kami tidak menziarahi tempat-tempat tarikan pelancongan seperti taman-taman negara kerana lebih banyak menghabiskan masa di hotel dan keluar ke bandar Miri. Namapun percutian ala-ala malas.. banyak masa bersantai di hotel saja. Pada hari ketiga penginapan, kami memandu masuk ke Brunei Darul Salam di sebelah pagi dan kembali semula ke Miri lewat petang.

Untuk membeli barangan cenderamata kami berkunjung ke Bintang Mall yang kebetulan sedang mengadakan karnival jualan kraf, bukan hanya kraf dari Sarawak sahaja tetapi juga dari negeri lain seperti batik dari Terengganu dan Kelantan.

Kami menginap di Miri Marriot Resort & Spa selama 3 malam/4 hari.




Di kolam renang resort.






Unit penginapan kami terletak dekat dengan tepian pantai. Walau bagaimanapun, pantai tersebut tidak sesuai untuk mandi manda. Suasana sekeliling unit penginapan penuh dengan kehijauan umpama situasi dalam kebun.






2 comments:

  1. You missed the sunset at Canada Hill ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... kurang bernasib baik kerana masa tu petang-petang hujan... :(

      Delete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...