We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 14 November 2017

Northern Europe Part 5 - Suomenlinna Island, Finland

15 Oktober 2017, Ahad (Day 6)

Suomenlinna ("Castle" atau "Fortress of Finland") adalah merupakan sebuah kubu pertahanan yang mula diperkukuhkan oleh Sweden bermula dari kurun ke 17. Nama asal pulau ini dalam bahasa Sweden adalah Sveaborg. Orang-orang Swedish menguasai pulau ini selama 60 tahun sebelum ditakluk oleh Russia pada pada 1808. Russia menguasai pulau ini, juga digunakan sebagai kubu pertahanan, sehingga lebih 100 tahun sebelum kerajaan Finland mengambilalih pada 1918, lalu dialih nama kepada Suomenlinna.

Suomenlinna juga telah diletakkan di dalam senarai World Heritage Site oleh UNESCO.

Pagi-pagi lagi kami sampai di jetty boat di Helsinki yang tidak jauh dari hotel, lebihkurang 700m berjalan kaki. Tetapi kami menggunakan tram untuk ke sini kerana telah membeli 'day-pass' (Euro$9 seorang) untuk membolehkan kami menggunakan sebarang jenis pengangkutan awam termasuk bot ke Suomenlinna, untuk tempoh seharian (24jam).  Jika beli tiket per trip ialah Euro2.50 seorang, valid digunakan dalam tempoh 60 minit.

 
 

Merayau di sekitar kawaan jetty dahulu sambil menunggu ketibaan 'tourist guide' kami. Old market hall, salah satu landmark Helsinki tidak beroperasi pada hari ahad..

 
 
 

Vending machine kat sini pun boleh pakai kredit kad.


Foto semasa bot mula menghampiri Suomenlinna.

 

Sampai di jetty Suomenlinna..  Jarak dari Main Quay hingga ke King's gate quay ialah 1.5km.  Pada musim panas ada perkhidmatan feri di jeti King's Gate.  Jadinya tak perlulah berpatah balik jika berjalan sampai hujung sana.


Bot yang kami naiki dari Helsinki ke pulau ini.. dalam setengah jam perjalanan sahaja


Dari jetty Suomenlinna, nampak ferry Viking Line meninggalkan pelabuhan Helsinki. Ini ferry yang kami naiki untuk ke Tallinn, Estonia tempoh hari.


Dari jetty kami mula menapak, bersiar-siar melihat suasana pulau Suomenlinna. Hari pun tak hujan dengan suhu nyaman, tidak sejuk sangat.


Ini adalah salahsatu daripada akademi/sekolah tentera Finland

 
 
 
 

Jambatan penghubung antara kawasan akademi tentera itu dengan bahagian pulau Suomenlinna yang diduduki oleh lebihkurang 850 penghuni.

 
 
 
 
 
 
 

 

Tak lepas untuk ambil foto daun/bunga luruh..

 
 

Pengalaman bercuti Eropah (dari Paris hinggalah ke Croatia) sebelum ini, tandas awam tidaklah semewah di tempat kita. Selalunya memerlukan bayaran untuk masuk dan tiada petugas untuk mengutip bayaran. Jadi sediakanlah duit syiling kecil dalam poket...


Ini nampak macam tempat mereka membina kapal, tetapi rasanya sudah tidak beroperasi lagi.


Salah satu kubu..


Pandangan dari dalam salahsatu kubu..


Menuju balik ke jetty untuk ambil bot 12.30 tengahari, balik ke Helsinki. Tidak perlu banyak masa kalau hendak menjelajah Suomelinna. Boleh saja untuk dijadikan itinerari separuh hari dari Helsinki.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...