We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 6 November 2017

Northern Europe Part 3 - Tallinn, Estonia

13 Oktober 2017, Jumaat (Day 4)

Pagi-pagi lagi dah sampai ke Katajanokka Terminal, terminal ferry viking line untuk membeli tiket ferry pergi-balik ke Tallinn, Estonia (terminal sama yang kami sampai dari Stockholm sebelum ini).  



Kami telahpun menempah tiket ferry ke Tallinn ini semasa di Malaysia lagi, tetapi perjalanan ferry yang sepatutnya berlepas jam 8 pagi telah dibatalkan di saat-saat akhir. Cubaan untuk menempah tiket ferry secara online semasa di hotel, Helsinki tidak berjaya kerana transaksi online tidak dapat disahkan apabila kami tidak punya line telephone/roaming (hanya ada internet access sahaja - diceritakan sebelum ini di sini)


Sebaik saja kaunter tiket mula beroperasi, kami menjadi orang pertama berurusan membeli tiket. Perjalanan ferry Viking XPRS ke Tallinn memakan masa selama 2 jam.  Perlu tunjukkan paspost semasa membeli tiket, begitu juga semasa hendak menaiki ferri.  Apabila berkunjung ke negara Eropah, pemeriksaan paspost hanya sekali sahaja di negara yang mula-mula sampai sahaja.  Dalam trip kami ini, cop masuk dan keluar paspost ialah di Amsterdam sebagai pintu masuk dan pintu keluar.



Ferry berlepas jam 11 pagi dan kami tiba di Port of Tallinn lebihkurang pada jam 1 tengahari. Ada 3 jam lebih untuk kami bersiar-siar di bandar lama Tallin sebelum berlepas balik ke Helsinki pada jam 6 petang.

Tiket yang kami beli ni tidak ada tempat duduk khas.. pandai-pandailah bawa diri mana nak duduk.  Kami menuju ke deck restoran, selepas membeli makanan terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat duduk kosong.  Selesai makan, kami pergi ke anjung luar untuk menikmati pemandangan dan udara Teluk Finland.   Tak dapat bertahan lama di luar kerana cuaca sejuk.  Kemudian kami menuju ke duty free shop.  Keadaan dan barangan yang dijual hampir sama juga dengan duty free shop ferry dari Stockholm-Helsinki.  Harga minyak wangi agak murah.  

Port of Tallinn (Tallinna Sadam) - Selain dari teksi, beca pun ada menunggu para penumpang yang ingin ke pusat bandar/old town Tallinn. Old town Tallinn tidak jauh sangat dari pelabuhan, kami berjalan kaki saja ke sana.



Tallinn old town - diisytiharkan sebagai salahsatu daripada World Heritage Site pada tahun 1997 kerana beberapa bangunan yang ada di sini telah dibina sejak sejak kurun ke 13 lagi dan masih dikekalkan. Seluruh kawasan old town heritage site Tallinn ini boleh saja dijelajahi dalam masa 3/4 jam.


Foto di bawah ini, bangunannya di panggil Fat Magaret Tower...


dan the Great Coastal Gate...


melalui the great coastal gate, kami mula menjelajahi bahagian old town Tallinn.. yang kebanyakannya terdiri dari lorong-lorong, sesuai untuk berjalan kaki.. hanya sekali sekala nampak kereta lalu lalang di kawasan itu..





Tallinn Town Hall - merupakan bangunan town hall yang tertua di Northern Europe.


Kawasan sekitarnya... Town  Hall Square...



Ada orang kerajaan nak belanja makan tengahari tak? Murah ni bagi orang kerajaan...


Restoran Kaerajaan


St Alexander Nevsky Cathedral - sebuah gereja senibina tinggalan Russia sewaktu dijajah dahulu.  Berfoto di sini.. terperasan macam dah sampai di St. Petersburg pula..





Cathedral of St Mary (Dome Church)


Ikut papan tanda arah untuk sampai ke satu tempat (atas bukit/tanah tinggi) di mana scenic view of Tallinn dapat dilihat...







Jalan turun untuk balik ke terminal ferry balik ke Helsinki





'Terkonpius' menggunakan pandu-arah google map semasa berjalan kaki balik ke pelabuhan ferry (Port of Tallinn). Datang dari arah lain (tepi bandar), menuju balik ikut arah lain pula (tengah bandar).  Ikut laluan ini baru kelihatan bangunan moden yang mewarnai kota Tallinn. Sedar-sedar berjalan kaki semakin jauh dari port. Tanya orang, depa tunjuk ke arah bertentangan. Patutlah semakin lama berjalan, semakin jauh pulak google map ni tunjuk.

Semasa dalam ferri balik ke Helsinki, tidak seramai sewaktu masa datang.   Kebiasaannya hari sabtu dan ahad, ramai penduduk Finnish akan berkunjung ke Tallinn untuk berbelanja kerana  lebih murah.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...