Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 2 April 2020

IYI - Daulah Osmaniah (1299 - 1922) - Ottoman Empire

Sejarah ringkas kerajaan Turki Osmaniah

sumber google
Empayar Osmaniah memerintah selama 623 tahun bermula pada 1299 tahun dan berakhir pada 1922, merupakan pentadbiran Islam yang paling lama dan berjaya menyebar dan mengembangkan syiar islam. Terdapat beberapa fasa pemerintahan, yang mana zaman era penaklukan ialah pada kurun ke 14 hingga kurun ke 17, merupakan era kegemilangan Daulah Osman.

Sepanjang kurun ke-16, Empayar Osmaniah terus berkembang dari segi wilayah dan kekuasaan sehingga ke Afrika Utara di barat daya dan Parsi di sebelah timur.  Semasa Pertempuran Chaldiran, di sebelah timur Anatolia, (sekarang ini di barat Tabriz, Turki) pada tahun 1514, tentera Osmaniah di bawah pimpinan Sultan Selim 1 telah mengalahkan tentera Parsi. Hal ini memastikan keselamatan wilayah Osmaniah di sebelah timurnya.

Selepas itu tumpuan beralih kepada bahagian barat empayar tersebut. Selepas Sultan Suleiman I menaiki takhta pada tahun 1518, baginda mula menguasai beberapa kawasan melalui beberapa siri ketenteraan di Balkan. Kepimpinan Sultan Suleiman digambarkan seorang strategis yang hebat, di mana tentera Osmaniah mara ke utara bagi menguasai Belgrade (1521), Hungary (1526) dan menyerang Vienna (1529). 

Kejayaan pengembangan kuasa Osmaniah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran menggunakan senjata dan bijak dalam teknik peperangan, di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Mereka juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan itu telah mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap pihak musuh.

Kekalahan besar yang pertama yang dialami oleh Empayar Osmaniah adalah dalam perang Zenta, di mana perjanjian Karlowits yang ditandatangani pada 26 Januari 1699 menyaksikan permulaan tamatnya penguasaan Empayar Osmaniah di Eropah tengah.

Tercatat seramai lebih 30 orang khalifah yang memerintah di sepanjang Empayar Osmaniah. Antara Khalifah yang paling popular ialah khalifah ke 7, Sultan Muhammad II @ Muhammad Al-Fatih, yang berjaya menawan kota Konstantinopal pada tahun 1453 di usia 21 tahun, selepas 2 tahun menjadi sultan. 

Pengasas Daulah Osmaniyah, Osman, yang memakai gelaran Osman I.

(Osman I)
Setelah Perang Dunia pertama pada tahun 1912-1919 semuanya berubah. Dalam perjanjian Sevres, yang mula menyaksikan pemecahan serta pembahagian kawasan takluk Empayar Osmaniah di mana sebahagian besar wilayah penguasaannya terpaksa diserahkan. 

Perjanjian ini tidak dipersetujui oleh rakyat Turki yang berfikiran radikal yang dipimpin oleh Kamal Artartuk. Apabila Kamal Artartuk berjaya dalam perang Gallipoli (Çanakkale) perjanjian itu terbatal dan dengan perjanjian baru Turki berjaya mendapat semula wilayah jajahannya.

Tahun 1922 Empayar Osmaniah berakhir, tiada lagi sistem Kesultanan. Maka bermulalah episod baru sejarah Turki yang bertukar wajah kepada liberal dan radikal dibawah pimpinan Presiden Kamal Artatuk, sehingga tahun 1934.

Empayar Osmaniah yang diasaskan oleh Osman I, bermula dengan bibit-bibit awal sejarahnya dari suku kaum Kayi (IYI) yang diketuai oleh Suleiman Shah (datuk kepada Osman). 

(watak Suleyman Shah dalam siri drama TV Dirilis Ertugrul)
IYI adalah suku kaum nomad yang berasal dari Asia Tengah. Suleiman Shah bersama 1,000 orang pengikutnya mencari perlindungan di provinsi Seljuk Rome di Asia Kecil/Anatolia daripada serangan Mongol dan Tartar.

(koleksi fridge magnet IYI dibeli di Bulgaria)

Setelah kematian Suleiman Shah, anak beliau, Ertugrul, mengganti ayahnya sebagai Ketua puak Kayi (IYI). Ertugrul menyatakan taat setia kepada Sultan Alaudin Keykubat, mempertahankan Seljuk dari serangan Mongol. Banyak kemenangan dicapai oleh puak Kayi dibawah pimpinan Ertugrul, dan Sutlan Alauddin menghadiahkan tanah sebagai ganjaran, sehingga membentuk kawasan pemerintahan kecil IYI sendiri. Keberanian Ertugrul kemudiannya disambung pula oleh anak beliau yang bernama Osman. Setelah kemangkatan Sultan Alaudin Keykubat, tanpa waris pengganti, kesultanan Seljuk menjadi semakin lemah. Kesultanan Seljuk ini akhirnya tamat selepas Osman mengasaskan Empayar Osmaniah bagi menggantikan pemerintahan.

(Ertugrul Ghazi)
Kisah sejarah IYI ini boleh ditonton di siri drama sejarah TV Turki bertajuk Dirilis Ertugrul / Resurrection Ertugrul. Siri TV ini menjadi popular di banyak negara-negara termasuk Malaysia.

Musim 1 yang mula disiarkan pada Desember 2014 mengandungi sebanyak 26 episod. Kemudian diteruskan dengan Musim 2, 3, 4 dan 5 dengan jumlah keseluruhan 150 episod.

Hendak bercerita di sini memang tidak habis. Setiap episod memakan masa lebihkurang selama 2jam 15 minit (di Youtube). Siri drama inilah yang memberikan semangat kepada percutian Kembara Balkan 2019, di mana dua tiga episod terakhir tidak sempat ditonton sebelum pergi bercuti. Siri Dirilis Ertugrul ini akhirnya habis ditonton semasa sedang bercuti di Balkan. 

Kesinambungan dari siri Dirilis Ertugrul ialah Kurulus Osman yang mula disiarkan oleh TV Turki di minggu terakhir percutian Kembara Balkan 2019. Sempat menontonnya dua episod awalnya semasa masih berada di Istanbul yang disiarkan pada setiap hari rabu 9 malam di ATV Turkey, walaupun tak faham (kerana tiada subtitle translation). Kini kami terus menonton siri Kurulus Osman ini di Malaysia pada setiap hari Khamis yang mana sudah masuk episod ke 17 (dah ada subtitle!), link ini atau di sini.

(Suleyman The Magnificient)
Bagi peminat sejarah Empayar Osman ini, antara siri drama Turkey yang di suntik unsur sejarah yang disyorkan untuk ditonton (yang ada terjemahan subtitle) adalah Muhtesem Yuzyil/Magnificent Century, yang mengisah era pemerintahan Sultan Suleyman The Magnificient (era 1494-1566) dan Payitaht Abdul Hamid, kisah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (era 1876-1909) Sultan ke-34 Empayar Osman. Sultan Abdul Hamid II adalah Sultan terakhir yang gemilang di era Empayar Osmaniah, di mana selepas pemerintahan baginda Empayar Osmaniah mula jatuh dan akhirnya ditamatkan, berganti dengan pemerintahan liberal yang tidak lagi diketuai oleh seorang Sultan, tetapi presiden.

(Sultan Abdul Hamid II)
Satu lagi movie yang menarik untuk ditonton adalah Fetih 1453, yang mengisahkan penaklukan Constatinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih / Mehmed II (Mehmed The Conqueror). 

(Sultan Muhammad Al Fatih / Mehmed II The Conqueror)
Mengikut sejarah, Sultan Mehmed I (1413 – 1421), Sultan Suleiman I (1522-1566) dan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909) adalah sultan yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih.

Antara 34 perkara yang menarik untuk dibaca mengenai Empayar Osmaniah.


Antara makam-makam persemadian yang ada di Turki, sebahagian dari mereka yang diceritakan di dalam drama sejarah TV Turki (Ertugrul, Halime, Osman, Turgut, Gunduz, Dundar, Abdul Rahman dan Samsa Cavuz)








Wednesday, 25 March 2020

Cappadocia, Turki - Kembara Balkan (November 2019)

28/11/2019 (Khamis) - 01/12/2019 (Ahad)

Hari ini kami checked out dulu apartment untuk ke Goreme.  Kami travel-light dengan kebanyakan barang kami tumpang/simpan di pejabat apartment Ayasofya, untuk kami check-in kembali setelah pulang ke Istanbul pula nanti.

Terdapat dua  domestik airport untuk ke Goreme, iaitu  Nevsehir dan Kayseri. Goreme terletak di tengah2 antara dua airport itu.  Penerbangan domestik Turkish Airlines TK2012 yang kami ambil menuju ke Kayseri Erkilet airport (ASR), selama 1jam 40minit dari lapangan terbang baharu Istanbul (IST). Dari apartment di Sultanahmet, perjalanan pergi-balik ke airport IST adalah mudah dengan bas Havaist.

Urusan penerbangan domestik dan antarabangsa adalah di bangunan airport yang sama (lebih kurang sama seperti urusan di KLIA-1)


Kami mendarat di Kayseri Erkilet airport pada lebih kurang jam 3 petang. Setelah keluar ke balai ketibaan, kami terus mencari kaunter kereta sewa  Rent Go. Kami tempah kereta sewa di Kayseri ini secara online di Malaysia lagi.


Apabila tidak jumpa kaunter kereta sewa, kami bertanyakan petugas airport. Rupanya RentGo ini ada di bangunan sebelah, iaitu bangunan airport antarabangsa (kami tiba di bangunan airport domestik). Customer service RentGo dah siap menunggu ketibaan kami di luar bangunan airport antarabangsa semasa kami berjalan ke situ dari bangunan airport domestik.


Perjalanan ke tempat penginapan di Goreme, Cappadocia dari Kayseri airport melalui jalanraya yang selesa dengan jarak lebih 80km. Kami berharap untuk tiba di tempat penginapan sebelum hari gelap kerana jam 4 petang, matahari dah mula terbenam.


Percutian kami di Goreme melibatkan kawasan-kawasan seperti peta di bawah ini. Tidak perlulah menyewa kereta dengan 'unlimited mileage kerana kereta yang kami sewa itu pun had percuma mileage pun sehingga 4,000km, jauh lebih dari memadai (jumlah jarak pemanduan kereta di 7 negara Balkan sebelum ini pun meliputi jumlah sejauh 3,500km)


Kami tempah penginapan di  Caravanserai Cave Hotel, Goreme secara online semasa di Malaysia lagi. Ada bilik famili yang menempatkan 5 orang, tetapi kami menempah dua bilik, satu bilik famili triple' dan satu bilik 'double'.

 

Foto tempat penginapan di waktu siang.


Ini pula foto pemandangan dari anjung sarapan hotel kami 


Kawasan tempat kami menginap ini adalah kawasan pelancongan. Mudah berjalan kaki di kawasan sekitar.


Kami mencari Restoran Topdeck Cafe, yang disarankan semasa buat study percutian Balkan dulu. Berjalan kaki tidak jauh dari hotel. Oleh kerana kami di sini di musim off-peak, kami hanya walked-in saja untuk makan malam di sini, tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Makanannya enak seperti biasalah, sepertimana di restoran-restoran lain di kawasan pelancongan ini, harganya agak pricey. 


Pusat membeli-belah Forum Kapadokya, terletak di bandar Nevsehir, kurang dari 15km dari tempat penginapan. Di sini lebih berbaloi untuk makan, ada food court beraneka jenis hidangan dengan harga bukan harga pelancong.  Tetapi, kebanyakan gerai di food court ini tidak menerima bayaran kad, hanya tunai sahaja.

Kami berhasrat untuk naik hot-air balloon, tetapi tiada operasi hot-balloon dilakukan sepanjang 4 hari kami di sini kerana cuaca tidak mengizinkan.  Tiada langsung belon panas yang melintas ruang Goreme, jika tak boleh nampak je pemandangan itu dari teres hotel.


Kami ganti dengan aktiviti ATV (All Terrain Vehicle) ride untuk menikmati pemandangan di sekitar Goreme yang terkenal dengan "fairy chimney rock formation". Ianya macam 'pinnacles' di Cervantes, Australia tetapi 'pinnacles' ini hanyalah formation yg kecil-kecil manakala di Goreme ini, formation semulajadi yang besar-besar serta ada luas merata dan tersangat unik kejadiaannya. Sewaktu datang ke Turki dahulu pada tahun 2011, kami pernah datang di sini, tetapi tidak singgah lama melainkan hanya melintasinya sahaja. 

Aktiviti ATV selama 2 jam,  tempatnya mulanya tidak berapa jauh dari hotel, mereka ambik dan hantar dari/ke hotel.  Menghayati keindahan landscape Goreme yang cantik dan unik, singgah di beberapa tempat yang menarik untuk bergambar, antaranya di Swords Valley, Rose Valley, Cayusin town dan Love Valley.  

Beberapa keping foto dari beratus-ratus keping foto yang kami snap semasa aktiviti ATV dan juga semasa kami bersiar-siar sendiri dengan kereta.


Kemuncak aktivit ATV kami adalah menunggu sunset di kawasan tinggi sebelum berpatah balik dengan ATV ke tempat sewaan ATV.  Sunset tidak jelas kelihatan kerana awan tebal.


Salahsatu tempat yang kami singgah dalam aktiviti ATV kami


Lagi foto-foto rupabentuk semulajadi mukabumi di Goreme...


Pemandangan dari kawasan tanah tinggi menghala ke kawasan pekan pelancongan Goreme.  View point ini tidak berapa jauh dari hotel, sekitar 10 minit berjalan kaki.


Kami ke Derinkuyu Underground City yang jauhnya lebihkurang 35km dari Goreme. Kami pernah juga ke sini pada tahun 2011 dahulu, jadi yang masuk meninjau underground city tu yang tiga orang lagi yang belum pernah sampai. Tiket masuk TL35 seorang (dewasa)

 

Kemudian kami menuju ke Ihlara Valley, lebih kurang 90km dari Goreme.  Tiket masuk berharga TL36/seorang.  Canyon, pokok-pokok musim luruh yang hanya tinggal dahan dan sungai Melendiz yang airnya  mengalir jernih,  menjadikan pemandangan alam semulajadi yang sangat cantik.   Jarak trekking mula dari Ihlara Valley hingga ke hujungnya di Selime Monastery sejauh 14km. Banyak tinggalan gereja gua tetapi kami tak berminat untuk menjejakinya.

Di bawah ini adalah sebahagian lagi dari beratus foto yang kami snap di Ihlara Valley.


Turun melalui tangga dari tempat masuk, lembah ini agak jauh ke bawah (ratusan anak tangga), kami berjalan hingga ke kawasan di mana ada disediakan gerai-gerai minuman.  Berehat seketika di sini kemudian kami berpatah balik.


Ini surau yang terdapat di bahagian mula-mula turun dari pintu masuk.  Tempat ambik wuduk ialah di sungai di hadapan masjid, yang airnya teramatlah dingin.


Setelah selesai bersiar-siar di sini (lebihkurang 7km pergi-balik berjalan kaki), kena panjat lagi anak tangga untuk ke kawasan tinggi tempat kami mula-mula masuk dan parking kereta


Flight Turkish Airlines TK2011 berlepas dari Kayseri airport (ASR) ke Istanbul airport (IST) pada jam 10pagi pada 01/12/2019. Jadi awal2 pagi lagi kami bangun, siap2 berkemas untuk ke airport yang jauhnya 80km lebih dengan bajet masa untuk uruskan penghantaran balik kereta sewa.

Sepertimasa kami sampai dulu, Customer Service Rentgo dah siap tunggu kami sampai dalam jam 8pagi di parking airport untuk urusan car-return.

Sampai di Istanbul (link) kami terus menaiki bas Havaist untuk ke Sultanahmet dan check in apartment Ayasofya untuk semalaman lagi.

Akhirnya, kami menamatkan Kembara Balkan 2019 kami, keesokan harinya dengan penerbangan Etihad EY96/EY418 ke KLIA yang berlepas pada 02/12/2019 lebih kurang jam 3 petang dan kami mendarat di KLIA pada 03/12/2019 jam 10pagi.

Kembara Balkan 2019 yang meliputi 8 buah negara (North Macedonia, Bulgaria, Albania, Montenegro, Croatia, Bosnia, Kosovo dan Turki) bermula dengan penerbangan di KLIA pada 29 Oktober 2019, memakan masa keseluruhannya selama 36 hari. 

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...