Kawah Gas di Darvaza, mungkin merupakan satu tarikan utama berdekatan dengan bandar Ashgabat (ibunegeri Turkmenistan). Ada ura-ura mengatakan bahawa kawah ini akan di kambus atas alasan pencemaran udara.
Kawah ini juga terkenal dengan jolokan "Door to Hell", terletak hampir 300km ke utara Ashgabat. Kenderaan pacuan 4-roda disarankan untuk sampai ke sana kerana perlu melintas hampir 100km jalan tarmac yang rosak dan juga jalan tidak bertar untuk rapat ke kawah.
Geologis menemukan sebuah gua bawah tanah yang mengeluarkan gas asli. Pada tahun 1970, keputusan dibuat untuk menyalakan api bagi menghapuskan gas yang terkeluar ke permukaan tanah itu. Sejak dari itu, api bernyala tidak padam-padam sehingga sekarang.
Terdapat 3 buah kawah yang boleh dikunjungi iaitu, Water Crater, Mud Crater dan Gas Crater (Door to Hell)
Kami memulakan perjalanan kami lebihkurang jam 2 petang dari Ashgabat dengan membawa bekalan berbuka puasa. Kami bertolak balik ke Ashgabat waktu malam dan sampai ke rumah selepas tengah malam untuk terus bersahur.
Selepas melewati kawasan bandar/pekan, kami sampai ke suatu check point polis (agaknya sempadan daerah). Sepanjang perjalanan selepas itu adalah merupakan kawasan gurun dan seingat kami, hanya satu pekan sahaja dilewati sebelum sampai ke destinasi. Jalanraya mula rosak agak teruk selepas melewati pekan ini.
Di beberapa kawasan perjalanan, kami nampak "pasir putih" yang sebenarnya merupakan garam yang terhasil dari punca air bawah tanah yang masin. Kami juga nampak unta-unta liar di beberapa kawasan di dalam perjalanan tersebut.
Tempat persinggahan pertama adalah di "Water crater", terletak 20km lebih sebelum "Door to Hell". Ia merupakan kawah besar berukuran 50m luas dan 15m dalam, dipenuhi dengan air berwarna turquoise. Boleh agak saiz kawah tersebut dengan kereta pacuan 4-roda di photo di bawah.
Kemudian kami singgah di "Mud Crater" pula. Tidak nampak macam selut pun di dalam kawah tersebut, cuma terdapat sedikit api yang menyala. Ianya nampak macam sama dengan Gas Crater/Door to Hell yang kami kunjungi selepas ini, cuma, api dalam kawahnya hanyalah sedikit.
Jalan masuk ke "Door to Hell" tidak bertar.
Kami sampai ke "Door to Hell" sebelum matahari terbenam. Dalam perjalanan balik, kami singgah semula ke kawah ini selepas berbuka puasa, untuk menikmati pemandangan kawah dalam suasana gelap.
No comments:
Post a Comment