Sampai ke Ashgabat dari KLIA pada 19/2/2025 tempoh hari, rehat sehari, seterusnya berkemas barangan travel. Keesokan pagi sebelum subuh 21/2/2025 dah ke airport untuk ke Turkmenabat bagi memulakan perjalanan darat ke Uzbekistan dan Tajiskan.
Di Turkmenistan pemeriksaan untuk naik kapalterbang adalah agak ketat. Segala barangan dalam poket kena keluarkan, kasut kena tanggalkan, dan pakaian barangan kemas pun mungkin akan trigger buzzer semasa screening.
Screen badan sebanyak 3 kali hari tu sebab buzzer dok asyik bunyi, walaupun segala barangan telah dikeluarkan dari poket. Rupa-rupamya yang trigger buzzer adalah cermin mata yang dipakai. Yang seorang lagi tu, kerana barangan kemas (gelang).
Apabila sampai, luggage-tag kena tunjuk barulah boleh bawa luggage keluar ke balai ketibaan. Prosedur ini baik (untuk mengelakkan terambil luggage orang lain) tetapi mungkin tidak praktikal sekiranya ada beberapa buah pendaratan kapalterbang sekaligus. Sewaktu beratur untuk keluar ke balai ketibaan, tidak lah sesak sangat kerana hanya kapalterbang kami saja yang mendarat pada waktu itu.
Diluar balai ketibaan sejurus sebelum menaiki kereta.
Baru-baru sampai di Turkmenistan, diberitahu bahawa di negara ini kena berhati-hati nak ambil gambar. Kebanyakan tempat adalah dilarang terutamanya di tempat-tempat yang ada askar atau polis mereka berkawal.
Dalam airport mereka cantik, tapi tak berani nak ambil gambar dengan kamera (bolehlah juga curi-curi ambil dengan handphone).
Perjalanan ke sempadan (Pekan Farab) mengambil masa sejam lebih.
Foto yang dapat diambil dari dalam kereta sewaktu perjalanan.
Sampai di check point berpagar di Farap, kami turun kereta untuk diperiksa dokumen di sebuah pondok kecil. Bukan saja kami, kereta dan pemandunya juga diperiksa. Ambil masa juga disini dalam kesejukan pagi. Tetapi di pagi itu, kereta dibenarkan menghantar kami ke pusat Imigresen yang terletak lebihkurang 400m (?) ke dalam. Kalau tidak, kami terpaksa naik shuttle bas (berbayar) dengan beg-beg yang kami bawa.
Kereta membawa kami hampir ke bangunan Imigresen/Passport control. Seperti biasa, ambil masa lagi di sini screen luggage, isi borang landing card, proses passport control etc. Selepas urusan keluar border selesai, kami menunggu pula shuttle bas (berbayar) untuk membawa kami ke sebelah sempadan Uzbekistan (beg beg semuanya dimuatkan dalam carrier yang di tarik di belakang van)
Sampai di persempadanan Uzbekistan, kami berjalan kaki sedikit (200m?) sambil mengheret beg ke bangunan Imigresen/Passport control untuk masuk ke negara Uzbek. Urusan ini lebih lancar (orang Malaysia tidak perlu visa untuk masuk) dan lebih cepat.
Selesai urusan imigresen dan paspot, kami berjalan lagi (100m?) untuk keluar dari kawasan Imigresen di mana kereta sudah menunggu kami untuk membawa kami ke Bukhara. Maka bermulalah percutian kami ke Uzbekistan sewaktu menjelang Ramadhan.
Catatan sewaktu balik untuk masuk semula ke Turkmenistan
Melalui proses yang sama. Naik shuttle bas berbayar selepas selesai urusan Imigresen/Paspot keluar dari Uzbekistan.
Sampai di bangunan Imigresen/Passport Control Turkmenistan, lihat ramai sangat orang bersesak menunggu proses kemasukan ke Turkmenistan. Hampir kemua mereka itu adalah peniaga-peniaga membawa masuk barangan dari Uzbekistan. Cuma kami tak perlu screen beg-beg kami, agaknya, kerana banyak sangat barangan peniaga hendak di imbas masuk.
Sama saja proses di sini cuma kami dikenakan bayaran USD14 seorang untuk proses kemasukan semula ke Turkmenistan. Sedang menunggu urusan passport diselesaikan, baru perasan sebuah beg galas tertinggal atas shuttle bas. Beritahu pegawai imigresen, dia maklumkan ke sebelah sana kemudian disuruh tunggu shuttle bas sampai. Lama juga menunggu dan penuh juga lagi shuttle bas itu dengan para peniaga dan barangan mereka. Walau bagaimanapun, kami dapat balik beg galas tersebut yang mengandungi laptop, kamera dan lain-lain yang penting/berharga tanpa terusik pun.
Selesai urusan imigresen/passport dapat panggilan bahawa kereta yang menghantar kami dahulu tidak dapat masuk rapat ke bangunan Imigresen, jadi mereka tunggu kami diluar kawasan check point berpagar semasa mula-mula sampai dulu. Pada mulanya kami ingin berjalan kaki sahaja tanpa menunggu shuttle bas, tetapi pegawai Imigresen buat syarat "goyang stereng" menyuruh kami menunggu shuttle bas. Apa yang kami faham dari peniaga yang juga sedang menunggu itu, ada risiko "deportation" sekiranya suka-suka nak jalan kaki tanpa guna shuttle bas.
Terpaksalah kami naik shuttle bas lagi untuk keluar ke kawasan check point. Para peniaga yang ramai dengan barangan mereka itu, mempersilakan kami naik shuttle bas dulu (agaknya kerana melihat kami sebagai pelancong asing kot). Kalau nak ikutkan, trip kedua pun belum tentu muat nak naik kesemuanya ke shuttle bus itu.
Sampai di check point, kami terus ke kereta yang pakir diluar sementara pemandu kereta kami menguruskan dokumen passport kami di pondok kecil check point itu. Menunggu di kereta, datang askar Turkmenistan memeriksa kereta yang kami akan naik (rasanya mereka hendak memastikan nombor plate kereta).
Setelah semuanya selesai kami bertolak ke Turkmenabat untuk menginap semalam di hotel. Masuk bilik hampir jam 2 pagi, di mana keesokan paginya dalam jam 10 kami check out ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Ashgabat tengahari itu.
No comments:
Post a Comment