Program percutian kali ini adalah untuk ke Awaza, zon percutian
kebangsaan Turkmenistan, yang terletak hampir 700km dari Ashgabat,
menghala ke laut Caspian (tasik terbesar dunia)
Penerbangan awal
pagi (6am) dari Ashgabat ke Turkmenbashi mengambil masa selama sejam.
Kami pesan teksi jam 4.30 pagi pada malam sebelumnya untuk ke airport.
Yang datang adalah kereta ala-ala grab. Tambangnya lebih murah dari
teksi biasa.
Setelah mendarat, kami ambil teksi airport yang dapat masuk terus ke kawasan Awaza untuk ke penginapan 2 malam kami di Tolkun Yaht Kluby.
Awaza ditutup pada musim sejuk dan akan meriah dengan segala macam acara dan persembahan di hujung musim panas. Selalunya dalam bulan Julai/Ogos khabarnya.
Perjalanan dari airport menuju Awaza.
Awaza hanya boleh dimasukki oleh kenderaan yang dibenarkan sahaja. Kenderaan yang selainnya kena berhenti di sebuah tempat perhentian di sempadan daerah Awaza. Dari situ kena ambil kenderaan lain yang dibenarkan masuk. Kami ambil teksi rasmi (yang dibenarkan masuk terus ke Awaza) di airport untuk ke tempat penginapan.
Beberapa foto pemandangan di kawasan kami menginap.
Berbuka puasa di sebuah restoran di kawasan tempat penginapan
Keesokan harinya, berbasikal ke kawasan hotel/tempat penginapan yang ada di sebelah tempat kami.
Bandar di Turkmenbashi, diluar kawasan daerah Awaza
Airport Turkmenbashi - Balik ke Ashbagat dengan penerbangan awal pagi juga.
No comments:
Post a Comment