Diberitahu bandar Tashkent penuh dengan CCTV di segenap sudut. Keselamatan barangan di sini lebih terjamin kerana mereka menganggap perbuatan mencuri itu lebih serious dari membunuh, katanya. Anyway, kami merasakan lebih aman berjalan sana sini di Tashkent berbanding dengan Kuala Lumpur dewasa ini.
Berkenalan Halal, kami diberitahu hampir keseluruhan tempat makan adalah Halal walaupun tiada tanda halal seperti JAKIM, cuma kebanyakannya juga ada menjual minuman keras seperti vodka. Jika mengunjungi tempat makan (asing) seperti Korea, Jepun dsb, tanyakan dulu samada makanan yang disediakan itu halal atau tidak sebagai langkah berhati-hati. Kami makan malam di sebuah restoran Uygur pada keesokan malamnya.
Hari pertama, kami bersiar-siar sendiri di Tashkent dengan berjalan kaki. Untuk ke tempat-tempat yang agak jauh untuk larat berjalan kaki, kami tempah kereta melalui Yandex Go ataupun ambil teksi di tepi jalan. Tetapi kami tidak dapat masukkan butiran debit card ke dalam Yandex Go, jadi terpaksalah guna wang tunai sahaja apabila memesan melalui Yandex Go.
Foto-foto di sekitar bandar Tashkent.
Tugu Amir Timur di Amir Timur Square
Pagi-pagi lagi dah mula ada pelbagai gerai

Kemudian kami tempah kereta untuk ke Minor Mosque. Tidak nampak 6-seater dalam app Yandex Go, jadi kami tempah kereta yg "paling besar" yang ada, tetapi ianya kereta SUV, bukan untuk 6-seater. Pemandu yang sampai minta sedikit bayaran lebih untuk muat 4 orang di seat belakang. Katanya, lebih baik tempah dua kereta (lebih murah) dari pesan satu "mini lori/van" (lebih mahal)
Kami mengambil dua buah teksi dari tepi jalan untuk ke Kompleks Hazrati Imam.
TIPS - Dari butiran di internet, lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu sendiri (right hand drive) di Central Asia (tapi kami rasa IDL lebih selamat kerana kami rasa mereka nak baca dokumen dalam bahasa yang mereka faham (bahasa Russia kebanyakannya). Pemanduan di sini mencabar bila tiba di persimpangan dan pemandu-pemandunya (terutama di Tashkent) nampak macam nak mencelah untuk ke depan. Pemandu teksi tepi jalan di Tahkent bawa kereta macam lipas kudung. Pengesan radar nampak macam lazim bagi pemandu-pemandu di sini. Kami tidak rekomen untuk pandu sendiri di Central Asia.
Sampai ke kawasan pasar/bazar. Tidak ambil banyak gambar dalam pasar/bazar yang agak sesak ketika itu.
Ini satu lagi pemandangan masjid dari kawasan berdekatan kawasan pasar semasa kami menunggu pesanan kereta dari Yandex Go untuk balik ke hotel.
No comments:
Post a Comment