Dari Tashkent kami naik keretapi biasa ke Samarkand. Di Samarkand tour kami hanya bermula keesokan harinya, lalu kami ambil saja teksi yang ada di stesen keretapi untuk ke hotel.
Esoknya, pagi-pagi lagi tour guide datang untuk membawa kami ke tempat-tempat menarik di sekitar Samarkand. Pertama sekali kami ke kompleks Imam Al Bukhari yang sedang dalam pembinaan. Mereka sedang mengubah-suaikan kawasan untuk menjadikannya sebagai sebuah kawasan kompleks. Kompleks ini akan kelihatan seperti imej ini apabila siap nanti. Foto dibawahnya, adalah masjid yang ada sekarang.
Mirza Ulugh Beg adalah salah seorang pemerintah empayar Timurid di abad ke 15. Beliau juga adalah seorang ahli kajibintang dan matematik.
Pada tahun 1420, beliau membina sebuah pusat kajian bintang yang hari ini dikenali sebagai Ulugh Beg Observatory. Pusat ini musnah pada tahun 1449 dan ditemui kembali pada tahun 1908. Muzium Ulugh Beg Observatory ini dibina pada tahun 1970 bagi mengingati sejarah astronomi Ulugh Beg.
Emir Timur Mausoleum - Timur (Tamerlane, klik untuk baca sejarahnya) adalah pengasas dinasti Timurid.
Bibi Khanym Mosque - juga dieja sebagai "Khanom", "Khanum", Hanum" atau "Hanim" merupakan masjid terbesar dan gah di dunia Islam pada abad ke 15. Ia dianggap sebagai "masterpiece" empayar Timurid.
Registan Square - bermakna "A Sand Place" adalah merupakan sebuah tempat di mana hukuman mati dilaksanakan. Ia juga merupakan sebuah tempat dimana rakyat dipanggil untuk pengumuman diraja/kerajaan. Selepas kurun ke 15 hingga kurun ke 17, tiga buah madrasah (sekolah) dibina mengelilingi tempat ini.
Registan Square juga merupakan salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 2001.
Registan Square ini cantik untuk dikunjungi sebelah malam bermula jam 7.30pm.
Selepas lawatan di Tajikistan, kami masuk semula ke Samarkand melalui sempadan, dijemput oleh pemandu pelancong yang sama yang membawa kami terus ke stesen keretapi Samarkand untuk menaiki keretapi ke Bukhara. Di Bukhara, pemandu pelancong Bukhara siap menunggu kami untuk membawa kami ke sempadan Alat (Uzbek) - Farab (Turkmen) untuk kami cross sempadan balik ke Turkmenistan. Hari dah tengah malam sewaktu kami cross sempadan Turkmenistan untuk menginap semalaman di Turkmenabat, sebelum mengambil penerbangan pulang ke Ashgabat pada keesokan harinya.
Semasa masuk ke Turmenistan, tertinggal beg galas di dalam shuttle bas yang ulang alik dari sempadan ke pusat Imigresen Turkmenistan. Walaubagaimanapun beg galas itu selamat (dalamnya ada laptop, kamera dll yang berharga) setelah agak lama menunggu ketibaan semula shuttle bas tadi dari sempadan ke pusat Imigresen.
No comments:
Post a Comment