Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Showing posts with label Osaka. Show all posts
Showing posts with label Osaka. Show all posts

Wednesday, 24 June 2015

Osaka River Cruise

30 APRIL 2015

Dari stesen Osaka, menggunakan Osaka Loop Line juga, kami ke stesen terdekat Osaka Castle, iaitu stesen Osakajokoen. Sejurus turun dari stesen tersebut, terdapat taman yang luas, nyaman untuk bersiar dan bersantai.


Tengok peta dan agak-agak berapa jauh kena berjalan serta berapa lama masa akan di ambil untuk merapati Osaka Castle.  Ukur kemampuan kaki sendiri.. kami mengambil keputusan untuk meninjau dengan River Cruise sahaja.

Boat baru sahaja berlepas apabila kami sampai di jeti yang disediakan. Berehat sambil menunggu ketibaan boat yang dijadualkan seterusnya...


Boat sampai....


Pemandangan-pemandangan sepanjang cruise...


Mulalah terbayang... jika musim sakura... tentu suasana sangat cantik dengan pohon sakura di sepanjang sungai berbunga lebat..


Bumbung boat ini boleh direndahkan dan juga dibuka sebahagiannya...


Lagi pemandangan yang dirakamkan semasa boat berpatah menuju ke jeti berlepas tadi (boleh juga berhenti di jeti lain sekiranya mahu).


Tuesday, 23 June 2015

Osaka - Museum Housing and Living

30 APRIL 2015

Itinerari pertama kami semasa lawatan ke Osaka - Museum of Housing and Living

Dari stesen Osaka, kami mengambil Midosuji-JR Osaka Loop Line untuk ke stesen yang terdekat dengan museum (stesen Tenjimbashi). Berpandu arah kepada Waze untuk sampai ke musuem ini dengan berjalan kaki, melalui shopping arcade "Tenjinbashisuji" yang belum lagi dibuka kerana jam belum pun 10 pagi.













Entrance museum itu terletak di tingkat 8 dalam bangunan yang nampak macam bangunan office. Bila masuk bangunan tersebut barulah nampak papan tanda museum yang tidak kelihatan di luar tepi jalan (atau kami tidak tahu baca!)



Mula-mula masuk museum, beli tiket pada mesin sekiranya nak bertukar jadi orang Jepun.  Mereka akan menyediakan persalinan dan membantu memakainya.  Dalam tempoh masa sejam, kita boleh berjalan-jalan di situ dengan berkimono..


Di dalam museum juga dipamerkan bayangan Osaka pada waktu-waktu/zaman terdahulu dan zaman kini. Ada juga barang-barang lama yang asal yang disimpan rapi di museum ini.



Semasa berjalan pulang ke stesyen, singgah di Tenjinbashisuji.  Pantang nampak kedai 100yen dan  Daiso pasti nak masuk..kerana sangat tertarik dengan barangannya yang menarik bersesuaian dengan harga, seperti barangan stationary dan dapur yang kecil-kecil.  100yen  bersamaan rm3.20 + 0.23 (lebihkurang 7.35% tax), murah lagi berbanding Daiso di KL  ( rm5 + 6%)

Meriahkan arked game mereka...penuh dengan pengunjung, kalau tempat kita anak2 muda je yang melepak disitu...


OSAKA STATION

Station yang terbesar bagi daerah Umeda (Kita).  Banyak tempat untuk bershopping di sini, malahan bahagian selatan saja pun tak terdaya untuk kami teroka, sekadar masuk beberapa kedai sahaja.  Kalau ada masa mahu rasanya habiskan seharian disini.  Barangan di Uniqlo sudah tentulah lebih murah di sini. dan lagi banyak pilihan.

Lupa diri seketika bila berada di lantai makanan, yang kebiasanyanya terletak di basement shopping mall (macamlah boleh makan ye!!!), Bento makanan diperaga dengan kemas dan cantik.. sepertimana yang display... sebegitu jugalah yang dijual.  Dengan layan mesra penjual yang tak loket dengan senyuman.. macam tak kenal penat bekerja seharian. 

 Sebenarnya banyak sangat yang  dikagumi tentang Japan ni..  budaya mereka.. sikap mereka..


Jangan bimbang tentang rangkaian pengangkutan yang berselirat.. senang je bila dah biasa.  Sesat... biasalah... tapi jangan malu untuk bertanya kerana rakyat mereka sangat membantu...



Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...