Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 22 June 2015

Tokyo ke Osaka

29 APRIL 2015

Selepas 4 hari di Tokyo, hari ini kami akan ke Osaka yang perjalanan selama lebihkurang 3 jam.  Dari stesen Ueno ke stesen Tokyo, kemudian menaiki shinkansen Tokaido/Sanyo Nozomi untuk terus sampai ke stesen Osaka dan sejurus selepas itu tiba di stesen destinasi, stesen ShinOsaka. Wifi percuma sepanjang perjalanan sangat stabil melainkan ketika memasuki terowong bawah tanah.  Dapatlah membalas beberapa email dan berwhatsapp...

Di Japan, wifi percuma boleh dikatakan menyeluruh, samada di hotel, di stesen atau pun didalam shikanzen.  Cuma kami perlukan mobile internet supaya dapat menggunakan applikasi "translate" dan beberapa apps lain yang telah dimuaturun dalam phone pada setiap masa bila diperlukan.


Apps yang membantu kami semasa menggunakan transit di Jepun :-

  1. Japan Trains
  2. NAVITIME for Japan Travel
  3. Tokyo Subway

 

Setelah sampai di stesen ShinOsaka, kami ambil metro subway Midosuji Line. Ada pilihan bahasa Inggeris semasa membeli tiket metro dari mesin.


Dari ShinOsaka, satu stesen metro sahaja untuk ke hotel. Panjang nama stesennya... Nishinakajima-Minamigata station. 


Dari stesen ini, kami berjalan kami dalam 300 meter untuk sampai ke Hotel Claiton Shin-Osaka.

(Penginapan kami di ShinOsaka)
Petangnya.. selepas dipandu arah serba sedikit oleh staff hotel, kami keluar meninjau pekan yang berdekatan. Ini stesen keretapi tempatan yang kami naiki untuk ke pekan tersebut. Tidak berapa jauh, kalau berjalan kaki akan amik masa 20 minit kalau tak makan buat langsat.

 

Semuanya tertulis bahasa Jepun, kami terpinga-pinga di mesin untuk membeli tiket keretapi. Tetapi orang tempatan, punyalah helpful, walaupun tidak dapat bercakap sepatahpun bahasa Inggeris, telah menolong kami membeli tiket, berkomukasi dengan bahasa isyarat dan menunjuk peta.

Di pekan (lupa nama pekannya) meninjau-ninjau, mencari bekalan buahan dan apa-apa yang patut...






Kawan ini menegur kami.. "Malaysia?.." Boleh bercakap Inggeris sedikit-sedikit. Pada mulanya beliau  tidak berapa faham yang kami ingin mencari kedai "Don Quijote" yang namanya ditulis dengan bahasa Japan. Beliau ingat kami ingin balik ke hotel. Setelah beberapa ketika berjalan mengikut beliau, kami sampai semula ke stesen keretapi yang kami turun tadi dan beliau bertanya samada kami larat berjalan dalam 20-30 minit. Kami dah suspek yang beliau ingin menolong kami balik ke hotel dengan berjalan kaki! Lalu kami cuba explain semula tempat tujuan kami. Barulah dia faham. Wow! Sanggup dia meneman kami untuk berjalan kaki sejauh itu ke hotel, kemudian beliau akan balik semula ke pekan!


Beliau seorang yang tinggi lampai. Cuba perhatikan kakinya yang sengaja dibengkokkan untuk merendahkan dirinya supaya dapat berdiri sama tinggi dalam foto!

Balik ke hotel.... urut badan.... yang disediakan percuma..


Esoknya, sebelum kami meneruskan itinerari kami di Osaka, kami ambil kesempatan di stesen ShinOsaka untuk menempah kerusi shinkansen ke Kyoto di hari berikutnya. Tiket shinkansen ke Kyoto lebih baik ditempah di stesen Shin-Osaka berbanding dengan stesen Osaka kerana ianya stesen permulaan dan tidak sesibuk stesen Osaka.

berkunjung ke pejabat tiket untuk membuat reserve seat
Di semua stesen yang kami sampai di Jepun, sebagai pemegang JR pass, kami melalui lorong "manual" untuk keluar masuk stesen dengan menunjukkan pass kami kepada petugas.

(ada petugas di situ jika ingin bertanya sesuatu)


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...