Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 30 June 2015

Japan Kali Kedua

24 APRIL 2015

Sekiranya anda ingin melawat Jepun, bolehlah meninjau entri kami "Planning a vacation in Japan? Take a look at these tips.." untuk mendapatkan serba sedikit maklumat awal.


Perjalanan pergi ke Jepun

Kami, hanya berdua, menaiki MH70, berangkat dari KLIA sebelum tengahari dan sampai sebelah petangnya di Narita. Percutian kali ini selama 8 hari, tertumpu di Tokyo dan Osaka/Kyoto.

(Dalam MH70)
Hidangan awal yang dihidangkan sejurus menaiki MH70...


Yang ini pula, bekalan yang disediakan sebelum berangkat, didingin-bekukan di rumah dan dipanaskan semula di Jepun nanti.

(Special diet pre-cooked meals)
Yang ini pula adalah bekalan makanan untuk sehari dua selepas  ketibaan, just in case kalau susah nak jumpa makanan Halal...



Perjalanan balik ke Malaysia

Perjalanan balik menaiki MH89, waktu sebelum tengahari di Narita dan sampai petang di KLIA pada 3 Mei, 2015.

Ianya bermula dari stesen ShinOsaka ke stesen Tokyo dengan shinkansen Tokaido/Sanyo. Kemudiannya bertukar kepada Narita Express di stesen Tokyo menuju stesen Narita Airport.


Tokaido/Sanyo shinkansen dari ShinOsaka ke Tokyo..


Pertukaran tren di stesen Tokyo...


Narita Express yang kami naiki.. tidak ramai penumpang dalam kabin kami..


Sampai di Narita Airport setelah 3jam 45 minit perjalanan meliputi jarak sejauh 570km..
 

Semalam di International Garden Hotel Narita, sebelum bertolak pulang ke Malaysia keesokan harinya..





Sebelah petang sedikit, pergi bersiar-siar ke pusat bandar Narita dan singgah membeli belah di AEON Narita dengan menaiki bas (shuttle) yang disediakan percuma oleh pihak hotel. 

Sedikit pemandangan dari tingkap bas..


Keesokan harinya di lapangan terbang Narita (pelepasan antarabangsa).. Selepas mendaftar masuk di kaunter dan membeli-belah sedikit sebanyak, kami terus ke business lounge MAS (yang disediakan oleh QANTAS airlines) sebelum menaiki MH89.



Di dalam kabin MH89 menikmati hidangan (dingin-beku yang disediakan lebih awal semasa di hotel) yang dipanaskan dan dihidangkan oleh cabin-crew MAS.


Kami bercita-cita untuk ke Jepun lagi dalam masa yang terdekat. Kali ini kami bercadang untuk pergi bersama anak-anak pula...

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...