Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 20 June 2015

The Fuji Moss Phlox Festival 2015

28 April 2015

Walaupun musim sakura baru saja berakhir, tetapi banyak lagi kawasan bunga-bunga yang berlainan yang boleh dikunjungi semasa musim spring. Antaranya:-
  • Yushima Tenjin Shrine, Ume Matsuri Festival awal Februari - pertengahahan Mac (delicate flowers with a fine sweet aroma are the harbinger of spring)
  • Kameido Tenjin Shrine,  Fuji Matsuri Festival akhir April - awal Mei (Fuji iro, is one of Japan's traditional colors.  The flowers were used for hair accessories when wearing kimono)
Perancangan awalnya kami ingin berkunjung ke Hitachi Seaside Park,  Hitachinaka, Ibaraki, Japan untuk menyaksikan bunga biru Nemophila yang mula berkembang lewat April hingga awal Mei;tetapi kemudiannya membuat keputusan untuk ke Fuji Moss Phlox Festival :-

Fuji Motosuko Resort,
212 Motosu,
Fuji Kawaguchiko-machi,
Minami Tsuru-gun,
Yamanashi Prefecture.

Perjalanan kami yang bermula dari hotel kami berhampiran di Stesen Ueno ke Stesen Shinjuku. Dari situ kami menaiki shinkansen ke Stesen Otsuki di Yamanashi. Dari Otsuki kami menaiki keretapi tempatan (Fuji Kyuko Line) ke Stesen Kawaguchiko.

Tiket bas termasuk entrance fee ke Fuji Moss Phlox Festival dibeli di tempat bas, di luar Stesen Kawaguchiko.
Dari hotel, ke stesen Ueno yang berdekatan untuk ke stesen Shinjuku menggnakan Yamanote Line.

Dari Shinjuku, menaiki shinkansen ke stesen Otsuki di Yamanashi Prefecture. Dalam 2 jam perjalanan.





Fuji Kyoko Line untuk ke stesen Kawaguchiko.
(Pemandangan Gunung Fuji dari tingkap keretapi)
Di stesen Kawaguchiko, untuk seterusnya menaiki bas (dalam setengah jam perjalanan) ke Fuji Motosuko Resort.


Perjalanan bas...



Sampai ke Fuji Moss Phlox Festival di Motosuko Resort. Semasa kami ke sana, bunga-bungaan masih belum kembang sepenuhnya di keseluruhan resort..






40% yang kembang




Kembali ke stesen Kawaguchiko untuk menaiki.....


...keretapi "heritage" Fuji Tozan Densha...

(Foto kenangan menaiki Fuji Tozan Densha, siap dengan tarikh sekali, 28.4.2015, yang diambil oleh "Pramugari" keretapi)

Pemandangan dari Fuji Tozan Densha... di point-point yang menarik.. "Pramugari" keretapi akan datang memaklumkan kami (dalam bahasa Inggeris) tempat-tempat yang menarik untuk kami merakamkan foto. Foto di atas,  ebagai kenangan menaiki Fuji Tozan Densha,


Perjalanan balik ke Tokyo, kami tidak menaiki shinkansen tetapi sebaliknya, express train (dengan satu pertukaran) oleh kerana tidak mahu menunggu ketibaan shinkansen. Menaiki terus express train, walaupun dengan satu pertukaran, mengambil masa yang lebihkurang sama untuk ke Tokyo.

(Tiga orang budak sekolah, yang berada diluar keretapi, yang kami tanya arah ke Tokyo di stesen pertukaran keretapi)

Dalam keretapi express ke Tokyo...






No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...