Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 12 July 2015

Jun 2015 - Budapest, Hungary

Dari 01 hingga 03 Jun, 2015

Setelah penerbangan selama 6 jam dari Dubai UAE, akhirnya kami menjejak kaki di lapangan terbang antarabangsa Ferihegy, Budapest sekitar jam 12:45 tengahari.  Prosidur imigresen yang mudah dan pantas, jadinya kami tidak mengambil masa yang lama untuk keluar ke balai ketibaan. Pun begitu kami tersangkut juga kerana beg-beg kami yang lambat sampai, hampir 45 minit menunggu di tempat mengambil beg kerana katanya terdapat masalah teknikal mengangkut dari kapalterbang. Bukan kami sahaja, ada sebahagian lain penumpang turut juga mengalaminya.

Keluar dari balai ketibaan, kami mencari kaunter teksi untuk ke tempat penginapan, Nova Apartment.

Oleh kerana kami belum lagi ada Forint, HUF (matawang Hungary), kami membayar teksi menggunakan matawang Euro,  €50 dikembalikankan baki HUF7,000 (lebihkurang €23)

Tukaran wang (pada waktu itu) ialah €1 = HUF 304 = RM4.20

TIPS : Sekiranya lebih daripada 2 orang dan belum biasa lagi di Hungary, lebih baik naik teksi dari airport ke Budapest kerana kosnya adalah lebihkurang sahaja jika dibandingkan dengan tambang bas dan kemudian metro untuk sampai di destinasi penginapan di Buda atau di Pest. Tidak payah pening kepala, faktor makan buah langsat  cherry serta lambat sampai, lagi-lagi kalau membawa beg besar ke hulu ke hilir.

LAGI TIPS : Nak shopping luggage? Beli yang ada 4 roda, boleh pusing 360 darjah. Elakkan luggage bersaiz lebih besar (lebih banyak muatan, lebih berat), kecualilah anda ada tukang bawa beg semasa nak naik kenderaan awam seperti tram, bas, keretapi dan seumpamanya (kami ditolong orang tempatan semasa menuruni/menaiki tangga di stesen metro dan menaiki tram sebelum luggage besar dapat diletakkan diam-diam di aparment). Teksi biasa pun belum tentu muat nak bawa semua luggage anda sekali gus.


Sampai ke apartment sebelum jam 3 petang, tetapi belum boleh masuk apartment lagi. Kami diberi ruang di dalam stor ofis apartment untuk menyimpan beg-beg sementara menunggu waktu check in.


Kami kemudiannya berjalan kaki ke stesen metro Blaha Lujza ter yang tidak berapa jauh dari apartment, untuk ke stesen Keleti Palyaudvar, bagi menempah tiket keretapi ke Vienna.



(Foto di Keleti semasa sudah hendak bertolak ke Vienna)

TIPS - Membeli tiket keretapi

Pada mulanya kami ingin membeli tiket secara online, melalui Rail Europe semasa masih berada di Malaysia lagi, tetapi terasa 'complicated' kerana terpaksa mengambil 'tiket sebenar' di kaunter-kaunter rail europe (tidak nampak pula ada kaunter rail europe in di Budapest). Tiket boleh juga dihantar melalui pos (tambah kos) setelah tiket ditempah online. 

Tiket boleh juga dibeli melalui OBB portal (lebih murah dari Rail Europe walaupun menaiki keretapi Railjet yang sama.)  Semasa membuat online search di OBB, tiada pula keretapi direct (Railjet) ke Vienna. Yang ada pada masa itu adalah perjalanan yang memerlukan pertukaran keretapi sebelum sampai ke Vienna. Siap download apps OBB Scotty lagi sebagai langkah persiapan.

Kami mengambil keputusan untuk membeli tiket di kaunter setelah sampai di Budapest nanti, dengan harapan tiket yang menepati rancangan perjalanan kami itu masih ada.  Rupanya syarikat keretapi Hungary adalah MAV-START.   Walaupun begitu, pembelian online masih agak rumit. Walaupun Railjet sebenarnya adalah keretapi Austria, tiket Railjet juga boleh diperolehi kaunter MAV-START.

Kos tiket Railjet dari Keleti (Budapest) ke Vienna (stesen Wien Westbahnhof) adalah HUF8,990, lebihkurang RM120 untuk seorang penumpang dewasa. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah separuh harga (RM60). Tempoh perjalanan keretapi lebihkurang 3 jam, dengan jarak lebihkurang 250km (tak boleh lawan Jepun)


Bersiar-siar di Budapest

Sehari penuh di Budapest kami membeli pass family (untuk 4 orang) di kaunter stesen metro. Day pass ini boleh digunakan untuk tempoh 24 jam, berharga HUF3,300 (lebihkurang RM45).  Ianya lebih senang dan ekonomi jika berbanding tiket biasa HUF300/sehala/1 stesen untuk seorang (RM4). Dengan pass family ini, anda boleh menaiki semua jenis pengangkutan awam yang ada di Budapest. Day pass ini terbukti menguntungkan setelah kami makan buah langsat cherry lagi kerana tersilap naik bas semasa hendak balik dari Campona.


Budapest, ibu negara Hungary ini adalah dari gabungan dua nama bandar Buda dan Pest yang terpisah  oleh sungai Danube.  Pest meliputi sebahagian besar pusat bandar.

Foto sekitar Pest...

 


Di Buda pula kami sempat melawat St Stephen's Basilica (gereja terbesar Budapest), Buda Castle (a world heritage site), Campona dan Citadel. 


Pemandangan dari Buda Castle, jelas kelihatan bangunan Parliament dan Chain Bridge (jambatan tertua dan paling popular di Budapest)


Shoes by the Danube... ini ceritanya di sebalik barisan kasut simbolik kepada peristiwa "one of the most moving memorial".... Untuk ke sini, kami berjalan kaki menyusuri Sungai Danube dari bangunan Parliament.


Budapest Parliament, ketiga terbesar di dunia...


Heroes Square, largest square in Budapest...


Palace of Wonders (CSOPA) di Campona Mall, scientific playground for children... Campona adalah iternary tambahan memenuhi permintaan Mia ... semestinyalah bila ada kanak-kanak, tak banyak sikit pun kena masukkan tempat kesukaannya dalam list percutian.


Citadel....(on top of Gellert Hill, part of the UNESCO World Heritage site)

Untuk mendaki hingga kepuncak bukit, ianya mengambil masa dalam 30 minit, jalan yang tidak sekata dan agak mengah jugalah mendaki. Tapi berbaloi.. bila sampai dipuncak.. pemandangannya... cantik sangat..

Sebelum sampai ke puncak, akan jumpa Rock Chapel.


Sebenarnya masa yang kami peruntukkan 1 hari setengah (2malam di sini) sangat terhad untuk mengenali Budapest.  Jadinya itinerari pun agak padat dan memenatkan. Banyak lagi tempat yang menarik yang tidak sempat kami kunjungi. Kemungkinan besar kami akan mengunjungi lagi Budapest di masa hadapan, belum puas lagi rasanya meneroka Budapest.

Destinasi kami seterusnya selepas ini adalah ke Vienna, Austria......

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...