Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 13 January 2018

City of Perth - Dec 2017

23 Disember 2017

Setelah bersiar-siar/membeli cenderamata di Fremantle dan selepas makan tengahari, kami menghala ke Perth pula.



Persinggahan pertama setelah sampai di Perth adalah untuk membeli strudels di Corica Apple Strudels, tetapi ianya tutup (maklumat dalam wazer), lalu pergi ke Freddie Strudels pun berdekatan situ juga. Tidak puas hati, pada hari terakhir percutian, kami membeli strudels lagi di Corica, kedua-dua strudels pun memang enak...


Kemudian kami ke masjid Perth, yang terletak berdekatan dengan kedai Freddie Strudels.


Selepas zohor, terus ke Elizabeth Quay, tetapi susah nak dapat pakir yang berdekatan dengan kawasan. Lalu drebar tunggu dalam kereta sementara rombongan Che Kiah snap foto-foto lebihkurang..

 

 

Tidak jauh dari Elizabeth Quay, kami berkunjung pula ke Kings Park dan Botanical garden, berehat-rehat disebelah petang... pakir kereta di sini adala percuma, tetapi ada notis board denda sekiranya meninggalkan kenderaan pakir di situ untuk pergi tempat lain (contohnya.. ke pusat bandar di mana pakirnya terhad).

Beberapa foto pemandangan di Kings Park & Botanical garden..


 
 
 
 
 
 
 

Di bawah ini adalah pokok Gija Jumuku, berusia 750 tahun yang di bawa dari Telegraph Creek, Northern Australia ke Perth, Western Australia melalui jalan darat. Perjalanan sejauh 3,200km itu merupakan sejarah perjalanan darat terpanjang bagi pokok bersaiz ini, yang ditanam semula di Botanical Garden Perth ini pada Julai 2008. Sebuah jambatan dibina di Great Northern Highway bagi membolehkan laluan ini.


Setelah beredar, kami singgah sekejap di salah satu icon Perth, the Blue House (the Crawley boat house).  Ada beberapa orang yang sedang beratur untuk bergambar.. kami cukuplah sekadar menfoto dari tepi je...

 
 

Kami kemudian masuk balik ke highway 71 tepian laut untuk ke Cottesloe beach.  

Walaupun dah masuk musim panas tetapi air laut masih terasa dingin.  Angin pun bertiup nyaman, mengimbangi suhu panas kering yang membahang.

 
 
 


Kelebihan bermusafir di musim panas adalah siang harinya yang lebih panjang.  Masih banyak masa untuk memandu di persisiran pantai sementara menunggu matahari terbenam. Sesampainya ke Sorento Quay, hari pun sudah senja, matahari akan terbenam tidak lama lagi..

 
 
 

Kembali ke homestay menikmati hidangan makan malam ... dan apple strudel.. Telur dadar dengan cendawan, kerutuk udang, ayam goreng tepung...hmmm budu je yang takde...

Esok lagi jauh akan berjalan..




No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...