Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 4 May 2018

Abyaneh, Iran - Mac 2018

Abyaneh : 24 Mac 2018

Pagi 24 Mac, kami meninggalkan bandar Isfahan menuju ke perkampungan kuno Abyaneh, sebelum ke Kashan,  destinasi akhir percutian kami di Iran kali ini.


Seperti perjalanan di Tehran, Shiraz, Isfahan juga, ada jalanraya-jalanraya yang kami lalui terdapat poster-poster pejuang Iran (yang asal di kawasan setempat) yang terkorban di dalam perang Iran-Iraq (1980) dipamerkan sebagai penghormatan. Ada poster-poster lebih besar didirikan di tepian jalan, ada juga poster-poster yang digantung di tiang-tiang seperti foto di bawah.


Hojat, pemandu pelancong kami memilih jalan dalam (bukan highway) untuk ke Abyaneh kerana pemandangannya lebih  menarik daripada pemandangan dari highway.


Mula mendaki untuk tiba ke perkampungan Abyaneh.


Tiket masuk sebelum memasukki kawasan perkampungan Abyaneh.


Bangunan (binaan baru) yang pertama dilewati selepas memakir kereta. Di sini tempat kami menikmati makan tengahari selepas meninjau Abyaneh. Masa 2 jam agak mencukupi untuk meninjau (berjalan kaki) mengelilingi kawasan perkampungan.


Pemandangan yang cantik sebelum mula memasuki kawasan pusat perkampungan.


Pengunjung agak ramai. Hojat membawa kami melalui jalan yang melencong dari lorong kebiasaan pelancong, menyusuri bahagian belakang perkampungan, sehingga sampai ke atas bukit untuk melihat pemandangan keseluruhan kampung itu.


Di bahagian bawah (binaan bulat berlubang) adalah tempat mandi wap tradisional perkampungan.  Kalau di pekan/bandar ianya dipanggil "Damam" atau rumah mandi wap (Turkish bath house). Di Tehran, Shiraz dan Isfahan, kami tidak meninjau bath house (yang juga menjadi tarikan pelancong) kerana jadual yang agak padat. Kami plan untuk meninjau satu bath house sahaja di Kashan nanti.


Antara bentuk rupa kediaman (rumah lama) di perkampungan Abyaneh. Kebanyakan kediaman-kediaman di sini dibina dengan lumpur tanah merah.  Sekarang pun untuk membaikpulih rumah, harus menggunakan bata tanah lumpur supaya mengekalkan seperti binaan yang asal.  Perkampungan kuno Abyaneh adalah di antara perkampungan yang tertua di Iran.  Masih ada peninggalan fire temple di sini.  Kini masih ada yang didiami oleh generasi mereka.


Sekumpulan mereka yang berpakaian tradisional yang terserempak. Mereka mungkin juga keluarga orang Iran dari luar Abyaneh yang datang bercuti di sini dan menyewa pakaian-pakaian tradisional ini.

 

Kubah berbentuk begini (kubah biru dalam foto di bawah) menandakan tempat seseorang (selalunya ahli agama) disemadikan (maqam).


Melalui kawasan pokok-pokok dan bunga-bungaan ke bahagian hujung perkampungan. Pemandangan musim spring sangat cantik dengan bunga yang sedang berkembang dan ranting pokok yang tak berdaun.




Selalunya pelancong akan berpatah balik setelah sampai di hujung perkampungan, tapi kami teruskan berjalan untuk memanjat bukit kecil bagi mendapatkan pemandangan overall perkampungan dari jauh.



Kemudian kami berpatah untuk kembali ke dalam perkampungan bagi menamatkan sesi lawatan ke Abyaneh. Semasa melepasi seorang perempuan yang sedang menjemur kain, dia menawarkan cuka epal buatannya sendiri (homemade).


Benda berbentuk bekas kayu (foto di bawah) akan digunakan dalam perayaan besar Asyura di bulan Muharram bagi mengingati Husayn bin Ali (cucunda Nabi Muhammad) yang terkorban di peperangan Karbala.


Kemudian kami melewati jalan yang agak sibuk dengan pengunjung,  dan ada yang menjual pelbagai barangan cenderamata buat pelancong.


Tempat menyewa pakain-pakaian tradisional Abyaneh..


Di sini, Hojat membeli semangkuk "mee" tempatan yang famous katanya. Kami mencubanya, tetapi yang semangkuk itu Hojat kena habiskan sebab selera kami belum cocok lagi dengan cita rasa tempatan.



Mausoleum/maqam (foto kubah biru sebelum ini) Imamzadeh Isa dan Yahaya, dua orang anak kepada Imam Syi'ah ke 7, Imam Musa ibn Jaafar.


Antara wajah-wajah orang kampung Abyaneh yang kami temui.


Selepas habis melawat, kami menikmati makan tengahari di bangunan/resort yang mula-mula kami sampai tadi, sebelum bertolak ke Kashan, yang terletak lebihkurang 90km dari Abyaneh.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...