Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday 18 February 2020

Kosovo - Kembara Balkan (November 2019)

Ahad -17/11/2019 - Prizren

Highway dari Albania menuju ke Kosovo, kami cross border di Morinë (Kukës, Albania) – Vërmicë (Prizren, Kosovo) yang merupakan cross border utama bagi laluan darat Albania-Kosovo.


Sampai di Prizren selepas tengahari, sewa dua bilik di Hotel Theranda. Booking, kami buat melalui sembang di whatsapp semasa kami berada di Sarajevo lagi. Booked satu double room dan satu single single. Apabila check-in, kami diberi dua bilik triple (setiap bilik ada 3 katil) pada harga yang sama. 

(shot dari depan hotel) 

Kedengaran azan, rasanya dari tiga buah masjid berdekatan apabila masuk waktu Asar.

(shot dari bilik hotel sebelum masuk waktu Asar)

Masjid/Xhamia e Sinan Pasha di seberang jalan berhadapan dengan hotel.


Pemandangan di sekitar hadapan hotel. Merupakan kawasan tumpuan di mana terdapat banyak kedai-kedai, restoran, point of interest bagi pelancong-pelancong. Lokasi Hotel Theranda ini adalah baik untuk menziarah bandar Prizren.


Semasa kami berjalan kaki mencari sebuah restoran 'Halal' yang kami cari di google. Malangnya,bila sampai, restoran itu ditutup.


Dalam perjalanan balik semula ke kawasan berdekatan dengan hotel, kami singgah disebuah restoran vegetarian kerana dah lapar.


Kami berjumpa dengan orang tempatan yang datang ke Prizren dari Pristina. Menurutnya, 98% dari warga Kosovo adalah muslim. Katanya lagi, bekalan daging seluruh negara datangnya dari satu tempat pengedaran saja. Semua kedai-kedai makan di sini mendapat bekalan dari halal dari sini dan tiada daging babi dijual di Kosovo ini katanya.

Tuan punya restoran vegetarian yang kami singgah tadi dan juga beberapa orang lain yang kami tanyakan memberitahu kami yang semua makanan di restoran di Pizren ini adalah'halal'. Don't worry kata mereka. 


Bila hari sudah gelap, baru kami nampak ada restoran yang display tanda halal. Selalunya mencari tanda halal di pintu-pintu, tetapi perkataaan 'HALAL' yang agak besar diletakkan dibahagian aras atas/bumbung bangunan. Kami makan steak malam itu, nak balas dendam makan vegetarian petang tadi. 😋


Kesokan harinya, sebelum check-out, pagi-pagi hari lagi dari hotel kami mendaki naik ke Kalaja e Prizrenit (Prizren Fortress)


Ada tanda jalan untuk kami menyusuri jalan celah-celah bangunan ke kawasan mendaki naik.


Sebelum sampai ke bahagian atas fortress..


Berjalan kaki sampai ke atas.. ada makhluk jinak ini... tak lari bila dihalakan muncung kamera


Di bahagian depan pintu masuk fortress... tapi ianya masih berkunci di pagi-pagi hari... tidak dapatlah kami masuk ke bahagian dalam fortress.


Pemandangan bandar Prizren dari atas bukit fortress


Pemandangan-pemandangan semasa kami mula mendaki turun. Semasa turun, dua-tiga orang senior citizen sedang mendaki naik. Bila bersembang sekejap dengan mereka dalam bahasa inggeris, faham sikit-sikit, kami diberitahu bahawa ada jalan belakang untuk masuk ke dalam kawasan fortress itu. Kata mereka, jalan masuk bahagian depan memang sentiasa berkunci.


Dah hampir separuh jalan kami turun, sudah tidak berselera untuk mendaki naik kembali kalau nak tinjau kawasan dalaman fortress. 😥


Sampai ke bawah, kami terus ke hotel untuk breakfast yang disediakan oleh hotel, sebelum naik berehat dan berkemas-kemas bertolak ke ibu negara Kosovo, Pristina, lebih kurang 90 km dari Prizren.


Isnin -18/11/2019 - Pristina

Dari Prizren ke Pristina (dan seterusnya masuk negara Macedonia), hampir ke semua jalan yang kami lalui di Kosovo ini adalah highway dan tiada tol.


Sampai di bandar Pristina, kami cari tempat pakir berdekatan dengan National Library of Kosovo.  Ianya direka-cipta oleh arkitek Croatia, Andrija Mutnjaković, di buka pada tahun 1982Katanya bangunan ini adalah di antara yang terburuk/ugliest arkiteknya di dunia?


Besiar-siar dengan berjalan kaki di kawasan sekitar sehingga lepas waktu tengahari. University Hasan Pristina atau University of Pristina terletak di kawasan bersebelahan dengan National LIbrary of Kosovo.


Di kawasan persekitaran itu juga terdapat Cathedral of St Mother Teresa.


Hampir 2km dari kawasan kami bersiar, ada Bill Clinton Statue, tetapi kami tidak berminat untuk berjalan kaki sejauh itu pada waktu itu kerana ingin juga sampai ke North Macedonia sebelum hari gelap.


Selepas ambil kereta di tempat pakir mula-mula tadi, pakir awam, tetapi kami tidak nampak sebarang meter ataupun apa-apa yang menandakan ianya pakir berbayar, kami pusing sekitar bandar buat se ketika sebelum meninggalkan Kosovo menuju ke negara North Macedonia.

(Photo credit - SkyscraperCity)
Kami kembali ke Skopje, North Macedonia, tempat kami mula-mula sewa kereta dan memulakan kembara Balkan ini. Skopje lebih 90 km dari Pristina, dan kami cross-border di Elez Han (Kosovo) - Blace (North Macedonia).

(Photo credit - Kosovo Press) 

Blace pada akhir 90an ditutup kerana kebanjiran pelarian yang masuk ke North Macedonia melalui jalan ini. Semasa kami tiba di situ, ianya tidaklah sesak seperti yang digambarkan di atas. Kami siap melepasi border dalam lebihkurang 15 minit.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...