Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Monday, 3 February 2020

Sarajevo, Bosnia - Kembara Balkan (November 2019)

Rabu 13/11/2019 - Sabtu 16/11/2019

Kami berada di Sarajevo selama 3 malam penginapan. Tempah "Family apartment with garden" selama 2 malam secara online semasa di Travnik, kemudian tambah lagi satu malam penginapan direct dengan host.


Pemandangan persekitaran dari anjung apartment.  Ada pokok epal yang sedang berbuah.  Masuk ke dalam apartment, ada sebakul epal di atas meja makan.  Dapatlah kami merasa buah fresh dari pokok. Orang Bonia, mereka sangat peramah dan bersikap penuh hospitaliti terhadap tetamu.  Suatu hari, jiran sebelah yang sedang renovate rumah, perasan kereta kami berbunyi bila undur.  Dia bersusah-payah menolong betulkan di bahagian bawah kereta walaupun agak sukar.


Sentiasa menunggu kami apabila balik ke apartment


Lokasi apartment ini adalah di atas bukit (mountain view) di mana, seperti biasa, jalannya challenging, mendaki untuk ke apartment dan menurun cerun apabila keluar. Jalan sempit berliku-liku dan ada di setengah-setengah tempat itu tidak dapat berselisih kereta pun.

Antara pemandangan turun dari apartment.



Apartment somewhere sebelah belakang bukit di atas sana, tak jauh sangat dari kawasan old town yang berada di bawah, boleh nampak sebahagian dari bandar Sarajevo dari atas.


Hari kedua di Sarajevo, pagi-pagi hari sebelum keluar ke bandar, kami ke kawasan tinjau di Zuta Tabija / Yellow Bastion ataupun Yellow Fortress yang tidak jauh dari apartment untuk view bandar. Zuta Tabija ini dibina pada awal kurun ke 18 sebagai kubu pertahanan.


Ini pula adalah pemandangan sebelah petang (sunset), di sebuah kawasan lain yang juga berdekatan dengan apartment kami. Ada cafe di sini untuk bersantai-santai.


Pemandangan kawasan perkuburan yang besar dari sudut lain di kawasan tinjau.


Kawasan old town Sarajevo, Bascarsija (bazar lama) ni dalam 5 km sahaja dari apartment, cuma terpaksa menuruni bukit melalui jalan sempit cerun bukit untuk sampai.

Antara tarikan yang terletak di tengah-tengah Bascarsija adalah Sebilj Fountain, sebuah struktur kayu air pancur yang dibina oleh Mehmed Pasha (zaman Daulah Osman) pada tahun 1753.


Masjid Gazi Husrev Bey, masjid yang paling melambangkan Daulah Osman di Sarajevo, disiapkan pembinaannya pada tahun 1532.


"European side" of Sarajevo's old town


Bahagian dalaman sebuah bazar


Cevabdzinica Sarajevski Biser, sebuah restoran steak, yang disarankan oleh host apartment. Ramai orang-orang tempatan mengunjungi restoran ini yang terletak dalam kawasan old town.


Suatu pagi, berhenti di tempat cuci kereta sebelum sampai ke museum Sarajevo War.  Cuci semua sekali dengan bayaran Bosnian Mark $8.  Apa yang kami perasan sangat kurang tempat perkhidmatan cuci kereta.  Yang banyak ialah tempat cuci kereta DIY, kena cuci sendiri... hmmm.. memang tak lah sebab cuaca yang sejuk dan hujan yang renyai2 pula.   Minum kopi sebuah cafe kecil di sebelah tempat basuh kereta.  Ada yang datang menyapa kami, mesra bersembang walaupun bahasa englishnya agak terhad.


Ziarah ke museum Sarajevo War Tunnel. Bayar pakir di bahagian depan museum.


Mereka hanya menerima Bosnian Mark (BAM) untuk masuk ke museum/tunnel dan hanya dengan bayaran cash sahaja. Kami tidak cukup cash BAM untuk tiga orang dewasa, tetapi diberi diskaun bayaran bagi dua orang dewasa dan seorang student. Cukup-cukup cash yang ada.


Bandar Sarajevo telah dikepung oleh pengganas Serbia dari tahun 1992 hingga 1995. Setiap hari Sarajevo telah dibedil dari atas bukit di segala penjuru yang mengelilingi bandar.

Sarajevo war tunnel mula dibina secara rahsia pada March 1993 dan mula digunakan pada bulan Jun untuk menyalurkan bekalan-bekalan keperluan orang awam dan tentera Bosnia yang terkepung. Kedua-dua kawasan hujung terowong ini, menghubungi Butmir dan Dobrinja, satu-satu dua kawasan yang masih dikuasai oleh Bosnia dalam kepungan pengganas Serb. Ianya lebihkurang 1km panjang, digunakan berulang-alik secara rahsia bagi menyampaikan bekalan ke kawasan yang terkepung. Hampir sejuta orang berulang-alik menggunakan terowong ini semasa perang Bosnia tersebut dan lebihkurang 20 juta tan makanan telah disampaikan ke kawasan bandar yang terkepung itu di musim perang.


Ada gambar Radovan Karadzic, "The Butcher of Bosnia", penjenayah Serb, yang dipaparkan di museum ini yang telah diguris, dikelar oleh pengunjung-pengunjung agaknya.


Sarajevo Rose adalah somekind of memorial, yang merupakan kesan-kesan calar konkrit akibat bedilan mortar, meninggalkan kesan calar bewarna merah.

Sewaktu Sarajevo dikepung oleh pengganas Serb (1992 - 1995), lebih 300 peluru mortar dibedil setiap hari, dan paling banyak adalah pada 23 July 1993 di mana pada hari itu Sarajevo dihujani peluru  hampir 3,800 bedilan.


Semasa melalui kawasan perumahan menghampiri ke museum Sarajevo war tunnel ini, ada juga kami nampak sebuah dua rumah yang dikekalkan dengan kesan bedilan seperti di dinding museum ini.


Foto menghala ke Sarajevo International Airport dari kawasan museum.


Meronda di bandar Sarajevo, kami sampai di kawasan bersejarah ini, Latin Bridge, sebuah jambatan yang dibina oleh Daulah Osman pada kurun ke 14 merentasi sungai Miljacka. Jambatan ini famous kerana ia merupakan tempat di mana Archduke Franz Ferdinand dan isteri, Sophie, dibunuh oleh Gavrilo Pincip pada 28 June 1918. Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Dunia I.  Selepas perang dunia 1 semuanya berubah, Daulah Osman tidak lagi mempunyai kekuasaan besar dan pemerintahannya selama 620 tahun berakhir.  Maka bermulalah era peralihan kuasa kepada  pentadbiran sekular Kamal Ataturk di Turki.


Katanya monument yang dibina untuk mengingati peristiwa ini telah dialihkan. Kami hanya nampak papan tanda ini saja di tepi jambatan tersebut.


Bersiar-siar dipersekitaran..


Last day meround Sarajevo, kami ke SCC - Sarajevo City Center mall.


Kami kehabisan cash Bosnian Mark (BAM), food court kat SCC ini hanya menerima cash. Lalu kami turun ke bahagian bawah, tempat ATM, gunakan BigPay untuk withdraw cash. Dikenakan cas RM10 (oleh BigPay) untuk satu withdrawal. RM ditukarkan kepada BAM ikut kadar exchange-rate internet  (lebihkurang) tanpa sebarang komisen oleh pihak bank. ATM di Bosnia ini juga tidak mengenakan apa-apa bayaran penggunaan mesinnya.  Kedai-kedai di sini menerima bayaran kad, melainkan food court sahaja yang caj bayaran tunai.


Diluar SCC - Berjalan-jalan di mall lain yang berdekatan..


Esoknya kami tinggalkan Sarajevo untuk ke Podgorica, Montenegro pula, sebelum memasuki negara Kosovo, dalam perjalanan balik ke North Macedonia.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...