Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 4 January 2020

Albania - Kembara Balkan (November 2019)

Tirana (05/11/2019)

Bertolak pagi hari dari Ohrid menuju ke Tirana, ibu negara Albania. Mengikut rancangan, kami hanya singgah sahaja di Tirana dan sekiranya sempat, kami akan bermalam di Montenegro.

Kami ada baca artikel yang mengatakan border crossing Albania ni cerewet sikit dan akan makan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lepas. Kereta akan diperiksa dengan teliti, katanya. Sebab itulah kami ingin bertolak se awal mungkin dari Ohrid.

Kami cross border di Ќafasan (Struga, North Macedonia) - Qafë Thanë (Pogradec, Albania) yang merupakan border crossing laluan darat yang utama. Kami tidak mengalami sebarang masalah, dan cepat juga melepasi border. Tiada pemeriksaan kereta yang teliti seperti yang kami baca.


Dari Ohrid ke Tirana, jarak perjalanan adalah lebihkurang 135km dan memakan masa lebihkurang 2jam setengah untuk sampai.  Sangat cantik pemandangan, dengan susunan banjaran gunung yang berlapis-lapis, tiada perkataan yang dapat menggambarkan melainkan kalimat memuji kebesaranNya dan rasa bersyukur sangat...

 
nampak tak... kabel panjang yang merentas banjaran tu...
Mula memasuki bandar Tirana, pertama sekali kami cari sim kad Albania. Walaupun kami hanya singgah saja di Tirana, kami rasa perlukan sim kad untuk memudahkan mencari lokasi. Lagipun, kami akan masuk lagi Albania dalam loop/pusingan balik kembara kami nanti. Beli simkad yang valid untuk 2 minggu.

  
Melihatkan keadaan tempat pakir awam/pakir tepi jalan yang penuh, kami mengambil keputusan untuk mencari pusat membeli belah berdekatan dengan Skanderbeg square, untuk pakir dan seterusnya berjalan kaki dari situ.


Toptani Shopping Center terletak lebihkurang 450m dari Skanderbeg square.

 

Berjalan-jalan di sekitar kawasan Skanderbeg square

 

Masjid Hadji Et'hem Bey (Xhamia e Et'hem Beut) di Skanderbeg square ini, tidak dibuka sepenuhnya sewaktu kami sampai kerana sedang diubahsuai. 


Selepas meronda-ronda di Skanderbeg square, dan meninjau shopping center tempat kami pakir, kami bergerak ke Dajti cable car, untuk melihat pemandangan bandar Tirana dari atas.  Kereta kabel beroperasi setiap hari, kecuali ditutup pada hari Selasa.  Eh.. hari ni 05/11/2019 hari Selasa! patutlah nampak lenggang dan tak ramai orang. 😥  Tu la! Tak buat homework lagi, main redah saja!  Rupanya ramai juga orang lain yang sama macam kami..  kesian juga yang guna public transport, dah penat mendaki naik dan kena patah balik semula.

 

Hari sudah petang, dari Dajti kami terus saja memandu ke sempadan Albania/Montenegro yang jaraknya lebihkurang 100km dari Tirana. Nak keluar dari pusat bandar Tirana, memakan masa kerana jalan jam. 

Ikut map, kami tuju ke bandar Shkoder untuk cross border, tetapi apabila tengok tanda jalan, bandar Shkoder jauh 20km lagi dari border crossing Muriqan yang jaraknya hanya 8km saja. Kami berpatah balik, menukar arah perjalanan menuju Muriqan instead of Shkoder. Hari dah mula gelap lalu kami singgah saja hotel yang kami jumpa di tepi jalan, Ambassador Hotel, sewa dua bilik (sebilik Euro$20/mlm)


Albania/Montegnegro border -  (06/11/2019)

Pemandangan dari hotel pagi hari sebelum bertolak masuk ke Ulcinj, Montenegro 

 

Border crossing Muriqan (Shkodër, Albania) – Sukobin (Ulcinj, Montenegro) bukanlah border crossing laluan darat yang utama, tetapi ia lebih dekat ke Ulcinj. Tiada masalah juga untuk melepasi sempadan di sini, urusannya adalah cepat juga.


Shkoder (17/11/2019)

Hampir 2 minggu kemudian, kami kembali masuk ke Albania dalam perjalanan loop balik ke North Macedonia. Kami masuk dari arah Podgorica, ibunegara Montenegro dan melewati sempadan Montenegro/Albania di cross border darat yang utama,  Božaj (Podgorica, Montenegro) - Han i Hotit (Malësi e Madhe, Albania).

Dalam perjalanan sebelum sampai ke pekan Shkoder, ramai yang berjualan di sepanjang jalan, macam-macam.. dan ayam hidup dalam reban pun ada.  Mungkin pasar minggu/pasar pagi agaknya.  Sampai di Shkoder, singgah sekejap di pusat bandarnya untuk ronda dan cari cenderamata.


Masjid Ebu Bekr (Xhamia e Madhe) terletak di tengah-tengah bandar Shkoder.

 

Pinggir bandar Shkoder, memandu menghala ke expressway Albania-Kosovo.
  

Sebelum memasuki expressway, singgah beli buah sedikit di gerai tepi highway.  Bayar dengan matawang euro sebab kami tak ada matawang Albania.. dan tentulah sipenjual caj mahal sikit.

 

Durres-Kukes highway (A1) adalah satu-satunya highway yang mempunyai tol dan merupakan highway terpanjang Albania setakat ini (114km). Menuju Kosovo, ia mempunyai terowong yang agak panjang, Thirre-Kalimash tunnel (5.5km).

 
 
 

Kami cross border di Morinë (Kukës, Albania) – Vërmicë (Prizren, Kosovo) cross border utama laluan darat Albania-Kosovo.

Urusan lancar dan cepat, pegawai imigresen di sebelah Kosovo senyum mesra serta ramah menegur bila melihat paspot Malaysia yang kami hulurkan.


Memasuki negara Kosovo.

 
 

Pada 26 November, berlaku gempa bumi yang kuat, magnitude 6.4, di bandar Durres, lebihkurang 20 batu dari Tirana. Gempa bumi mengakibatkan sekurang-kurang 18 orang meninggal dan beratus-ratus orang cedera. Katanya, gegaran dirasai hingga ke Skopje, North Macedonia.


Beberapa jam selepas itu, dilaporkan juga, Mostar di Bosnia, juga mengalami gempa bumi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Waktu itu, kami telahpun berada di Istanbul, Turki selepas meninggalkan negara-negara Balkan pada 20 November.

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...