Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday 6 August 2023

Norway Trip Day 10 - Stryn to Korsbakken Camping (Mei/Jun 2023)

Tiga malam menginap di Stryn Camping, penginapan kami seterusnya adalah di Korsbakken Camping di Nordsidevegen, lebihkurang 180km jauh dan menaiki satu feri untuk menyeberang. Ada beberapa tempat persinggahan yang kami akan singgah di sepanjang perjalanan, dengan tujuan utamanya singgah di Trollstigen.


Suatu pemandangan yang cantik setelah kami mula keluar dari pekan Stryn.


Kami agak risau kerana kami tidak pasti samada jalan telah dibuka untuk ke Trollstigen. Kami dah berkira-kira untuk ke Trollstigen juga walaupun terpaksa melalui jalan lain dan terpaksa berpatah balik untuk sampai. Hari sebelumnya, semasa meronda di Stryn, kami nampak papan tanda jalan yang mengatakan jalan raya ke arah tempat kami tuju itu hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja. Kami bertanyakan orang tempatan, mereka kata jalan sudah boleh dilalui walaupun salji masih tebal.



Setelah melepasi jalan yang bersalji tebal, kami sampai ke Breiddalen Valley. Salji pun sudah banyak berkurangan. Berhenti di tepi jalan untuk menikmati keindahan pemandangan.



Flydalsjuvet, suatu lokasi meninjau dari tanah tinggi yang menarik sebelum memasukki bandar Geiranger.



Hanya meronda sekejap sahaja di Geiranger.


Setelah menyeberang menggunakan feri Eidsdal-Linge, kami sampai di Valdall, Sylte. Ikut google map, ada tourist information center di sini tapi puas kami mencari tak jumpa-jumpa. Akhirnya, kami menanya orang tempatan yang sedang minum di tepi fjord, menanya keadaan jalan ke Trollstigen.

Mereka beritahu bahawa jalanraya ke Trollstigen baru di buka pagi tadi. Alhamdulillah!! Dapatlah kami mengikuti rancangan asal kami ke Trollstigen. 


Kami kemudian meneruskan perjalanan, dan sebelum sampai kami singgah dulu di Gudbrandsjuvet. Ada aiskrim susu kambing, usaha orang tempatan, yang diwar-warkan di sini. Cafenya terletak disebelah air terjun. Kawasan itu dibangunkan untuk kemudahan pelancong bersiar-siar di kawasan air terjun. Kami tidaklah mencuba aiskrim susu kambing tersebut, kerana masih lagi kenyang dan selera pun belum ada.


Kami sampai di Trollstigen. Belum ramai pengunjung lagi, kerana itulah hari pertama dibuka selepas musim salji mula mereda. Berjalan kaki naik ke bahagian atas untuk meninjau jalan yang berliku-liku. Tujuan kami ke sini ialah untuk mengalami pengalaman memandu di turun di jalan yang berliku-liku tersebut. Tapi ia tidaklah seteruk mana seperti yang pernah kami alami semasa memandu naik ke Mont Pantokrator, Greece dan Lovcen National Park, Montegnegro.



Lambang Trollstigen. Kami meneruskan perjalanan ke Andalnes dan terus ke Nordsidevegen untuk menginap dua malam di Korsbakken Camping.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...