Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday 12 August 2023

Norway Trip Day 14 & 15 - Trondheim (Mei/Jun 2023)

Kami pada mulanya bercadang untuk sampai ke Trondheim lewat petang, seboleh-bolehnya dalam 8pm. Tetapi di sepanjang jalan dari Kristiansund ke Trondheim, tiada tempat yang kami plan untuk singgah dan akhirnya sampai dalam jam 5pm lebih di City Living Scholler Hotel.

Tips - Jika anda memandu kereta, pilihlah tempat penginapan diluar pusat bandar/pekan yang selalunya dapat menyediakan tempat pakir percuma. Setidak-tidaknya, periksa samada tempat penginapan tersebut ada menyediakan pakir untuk tetamu mereka. Kalau dikenakan bayaran pun, mungkin pada kadar tetamu yang menginap, lebih murah rasanya.

Kami memakir kereta di tepi hotel dengan bayaran (melalui meter) lebihkurang bernilai RM25 untuk 2 jam pakir. Selepas jam 8 malam pakir adalah percuma. Untuk mengelakkan pakir yang mahal, kami pakir di sebuah garaj berdekatan hotel di mana kadarnya lebih murah dan boleh memakir untuk jangkamasa yang lebih lama. Pakir di tepi jalan Trondheim rata2nya terhad kepada 3 jam saja. Selain daripada itu kami keluar berjalan (bermula 8am) dan hanya balik ke hotel jam 8pm. Kami juga sengaja menghabiskan masa di Ikea selama beberapa jam kerana pakir di situ adalah percuma.

Antara tempat-tempat yang kami lawati di sekitar Trondheim.



Old town bridge tidak jauh dari hotel kami, bersiar-siar dengan berjalan kaki sahaja. Sebelum ini, kami pakir dulu kereta di garaj yang berdekatan hotel. Beberapa pemandangan yang diambil dari Old town bridge.


Pagi hari di sekitar bandar Trondheim.


Trondheim town square


Nidaros Cathederal 


Ikea Leangen, lebihkurang 6 km dari hotel kami. Kawasan pakir yang luas serta percuma. Kami makan lewat tengahari di sini, Menu di sini hampir sama dengan menu di Ikea Malaysia. "Beef balls" adalah dari plant-base, lebihkurang vegetarian.


No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...