Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday 1 March 2012

Experiment Bodoh Dengan Air Asia

Pada suatu hari, hampir setengah hari aku berada di rumah seorang kawan... beliau sedang "modify" tempahan tiket AirAsia (destinasi penerbangan dalam negeri, tetapi menyeberangi laut).

Aku tahu dia telah tempah tiket-tiket tu. Sebabnya, dia mengomel yang dia telah "TER"tempah bagasi yang sebenarnya dia tidak perlukan.
Aku : "Kau nak bawa kapal harta karun kesana ke sini ke sampai tempah bagasi 20kg each tu?"

Dia : "Bukanlah! Tak ada barang pun, cukup sekadar hand-carry aja"

Aku : "Habis tu?"

Dia : "Entah macamana aku TERTEMPAH, pergi dan balik pulak tu. Pening!"

Aku : "Itulah.. lain kali kalau nak tempah ticket AirAsia, jangan tergesa-gesa. Kau kena perhati betul-betul sebab AirAsia  ni agak pelik sikit tempahannya. Seat VIP telah di "defaultkan", jangan main taram aja. Melayang RM30 tanpa kau sedar. Tang insuran pulak, entahlah.. click cancel to say no? Entahlah! kat sini tick to say "yes", kat situ pulak un-tick to say 'no". Tak boleh ke "tick" to say "yes" all the way macam biasa-biasa orang dok buat? Banyak aku dengar komplen pasal web tempahan AirAsia ini yang begitu confusing.

Aku : Dia akan refund ke kalau kalau "modify" to cancel bagasi kau tu?

Dia : "Entahlah, tak ada cakap pulak kat sini. Tapi bagasi ni memang boleh di modify kan.

Aku : Modify to cancel the luggage?

Dia : Ya.. modify to down-grade dari 20kg to 15kg.

Aku : Cubalah.. pasti dia refund kut? Tapi aku dengar ramai orang komplen nak dapat refund tu bukan main lama. Jangan pula kau pergi telefon AirAsia tanyakan refund kau sebab orang kata telefon charge tu sampai RM2 seminit kalau kau call AirAsia.

Dia : Mahalnya!!!
Aku : Ya lah, AirAsia tak mahu kau menyibuk - so much for customer services.

Dia : Ok! dah! Aku dah modify. Down grade dari 20kg ke 15kg.  I keep satu ..... remain 20kg.  Sambil tu aku nak select seat, kalau tak beterabur dia letak sana sini...

Aku : Ada refund?

Dia : Emmmmm......tak ada pun? Nanti sat....

Aku : Kejap lagi dia hantar email confirmation kan? Tengok berapa refund nya... 


Selang beberapa ketika....
Dia : hah.. email dah sampai..... sat......... uuuuhh???!!! tak ada pun? Kejap..kejap!... HUHHHH!!!! Apa kebendanya "SPOILAGE" RM30 ni???!!!




Aku : Ha! ha! Ha! That's AirAsia for you!!!! Maunya dia nak refund anything!!!! Tak apalah!!! Hari ni kau dah buat EXPERIMENT BODOH!!. Dah bayar extra kg tapi bila down-grade, hilang kg, hilang duit!!! hahaha!!!

Dia : CELAKA!!! Suruh member kau blogkan menatang ni. Bagi tau orang jangan pi dok buat EXPERIMENT BODOH dengan AirAsia macam nih!!..
Aku: Ok! Ok! Nanti akan tuliskan sendiri dan minta member aku tu blogkan. ha! ha! ha!


2 comments:

  1. Itu bukan salah air asia ..
    itu salah yang buat kerja tak berhati hati
    aku travel setiap bulan tak ada masalah pun
    kalau ada pun, flight delay..
    dan kadang kadang kena jalan jauh sedikit..
    tak kisahlah ,, janji aku mampu..
    Tapi aku puas hati sebab harganya memang munasabah,
    Sekarang ini bagi aku naik kapalterbang dah macam naik bas eksekutif je ..

    Air Asia membuat ramai orang mampu travel..
    orang luar yang aku jumpa pun banyak yang puji..

    Tak kisahlah apa orang nak kata,
    air asia membuatkan orang mampu travel..

    ReplyDelete
  2. Air Asia for you!!!!

    http://homestayu1.blogspot.com/2013/05/air-asia-for-you.html

    ReplyDelete

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...